ADEENA ralit memandang telefon sebelum dia mengangkat muka memandang gerangan yang baru sahaja datang menarik kerusi di depannya.
"Dah lama tunggu?" Soal gerangan tersebut.
"Tak lah. Baru je. Ada apa nak jumpa aku?" Soal Adeena kembali. Pelik bila tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Zaim mengajaknya berjumpa tengah hari ini.
Sejak Zaim habis belajar mereka sudah jarang berjumpa di universiti ini apatah lagi sekarang Zaim sudah bekerja lagi la jarang mereka bertemu kalau tak ada apa-apa.
"Kau dah passkan hadiah tu dekat Nida?"
Adeena membuat muka. Ingatkan apa lah sebab Zaim nak berjumpa dengannya. Sebab tu je? Tanya la Nida tu sendiri dah dapat belum hadiah.
"Dah."
"Tapi kenapa Nida tu cakap dia tak ada terima apa-apa pun daripada kau?" Soal Zaim tidak puas hati.
"Apa pula tak ada. Aku dah bagi dekat dia semalam. Aku bagi dekat dia sendiri tau. Bukan kirim dekat siapa-siapa."
"Habis tu kau nak cakap Nida tipu aku la sekarang ni?" Sangkal Zaim.
"Habis tu aku yang tipu kau? Apa aku dapat kalau aku tipu kau?" Marah Adeena.
"Aku tak cakap kau tipu aku tapi.. "
"Tapi apa? Kau tak percaya aku Im?" Potong Adeena.
"Deena! Nida tu awek aku tau. Kalau aku tak percaya dia macam mana hubungan kitorang nak bertahan." Zaim tersepit diantara kekasih hati dan kawan baik. Dia nak percaya Nida tapi juga nak percaya dengan Adeena.
Adeena kecewa apabila Zaim meraguinya. Memang betul cakap Fatin semalam. Sepatutnya dia berkeras dengan Zaim biar Zaim bagi sendiri hadiah tu dekat kekasihnya. Sekarang tengok apa jadi.
"Aku kecewa dengan kau Im! Lebih kurang tiga tahun kita berkawan macam tu je kau nak hancurkan persahabatan kita ni disebabkan awek kau yang kau baru kenal tak sampai setahun pun." Luah Adeena kesal.
Zaim serba salah. Mana satu dia nak percaya? Takkan Nida nak menipunya. Apa motif?
"Deena! Aku tak ada maksud nak hancurkan persahabatan kita ni tapi bila Nida cakap dia tak ada terima apa-apa daripada kau itu yang aku sangsi sedangkan kau cakap kau dah bagi." Terang Zaim cuba memperbetulkan keadaan.
"Tak kisah la apa pun Im. Yang pasti kau memang dah tak percayakan aku. Aku minta diri dulu la." Pamit Adeena lalu mengangkat punggung untuk beredar dari situ.
"Eh! Eh! Nanti la dulu." Tahan Zaim dengan menarik tangan Adeena supaya kembali duduk.
"Aku mintak maaf! Duduk la dulu." Pinta Zaim lagi.
Adeena merenung tajam tangan Zaim yang masih memegangnya tanpa berlapik itu.
"Sorry!" Ucap Zaim apabila menyedari keterlanjurannya.
Adeena kembali duduk tetapi dia hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.
"Deena?"
"Ermm.. "
"Kita dah lama tak keluar sekali. Kau jangan la diam macam ni. Pasal tadi tu aku minta maaf la." Zaim tidak senang duduk apabila Adeena hanya berdiam diri.
"Lepas ni aku dah taknak ada apa kaitan antara kau dengan Nida." Putus Adeena. Kalau macam ni la Nida hendak memecahkan persahabatan antara dia dengan Zaim, dia lebih rela untuk tidak masuk campur urusan mereka.
"Deena! Jangan la macam ni. Selama ni kau je yang selalu tolong aku. Aku dapat Nida pun sebab kau yang tolong aku. Mungkin aku ada salah dengar kut dengan Nida tadi. Mungkin dia cakap ada tapi aku dengar tak ada." Ujar Zaim cuba untuk memujuk Adeena. Kalau Adeena taknak tolong dia siapa lagi yang boleh tolongnya lepas ni.
"Im! Kau tak payah lah nak pujuk aku. Aku memang taknak jadi orang tengah dah antara kau dengan Nida. Apa-apa hal kau settle sendiri."
"Deena.. " meleret Zaim memanggil Adeena.
Adeena tak tahan. Kalau macam ni lah gayanya pasti dia kalah lagi dengan pujukan Zaim. "Dah la Im. Kalau kau masih nak pujuk aku pasal tu aku balik dulu sebab aku tetap dengan keputusan aku."
"Okay lah, okay lah. Aku mintak maaf kalau aku selalu desak kau. Jom la makan dulu sebelum kau balik. Nanti aku hantar kau." Balas Zaim mengalah. Lain kali la pujuk Adeena lagi.
"Tak pe. Aku boleh balik sendiri." Tolak Adeena.
"Apa pulak macam tu. Takde! Takde! Aku hantar kau."
"Tak payah la. Nampak dek Nida aku juga yang dituduh nanti."
"Nak tuduh apanya?"
"Kau macam tak tahu awek kau tu macam mana? Kuat jeles kut." Kutuk Adeena selamba. Bukan dia tak tahu yang Nida tu tak suka dia. Asal terserempak je pasti dia dapat jelingan maut daripada Nida. Tengok semalam masa dia bagi hadiah Zaim tu dah la. Tak pasal-pasal dia dapat warning.
"Kenapa mesti kau eh yang Zaim nak mintak tolong? Apa dia tak ada kawan lain dah ke?" Soal Nida ketika Adeena memberi bungkusan hadiah daripada Zaim.
"Mana lah aku tahu." Balas Adeena malas nak melayan.
"Eh! Kau dengar sini eh. Aku taknak tengok kau dekat-dekat dengan Zaim lagi. Kalau aku nampak kau keluar dengan dia siap kau." Ujar Nida memberi amaran. Adeena ni cantik orangnya. Dia takut Zaim jatuh hati dekat Adeena walaupun dia tahu yang mereka sudah lama berkawan baik tapi tak mustahilkan tiba-tiba boleh suka kan?
"Deena? Kau kenapa termenung? Aku cakap bukan nak dengar." Marah Zaim apabila Adeena tidak memberi respon akan kata-katanya.
"Apa? Kau cakap apa?" Soal Adeena terpinga-pinga. Terthrowback kisah semalam sekejap.
"Malas aku nak ulang. Bazir air liur aku je." Rajuk Zaim.
"Eh! Kau. Nak merajuk dengan aku pulak. Sorry la. Cakap la balik apa dia tadi?"
"Taknak."
Eh! Mamat ni. Nak main merajuk-merajuk pula. Ingat ni Nida ke apa?
"Imm... " Pujuk Adeena akhirnya apabila Zaim membatukan diri.
"Aku balik la macam ni." Ugut Adeena.
"Eleh kau. Pujuk tak jalan sikit nak main ugut-ugut terus. Sebab tu la sampai sekarang kau tak ada boyfriend. Tak pandai nak ayat manis-manis sikit." Kutuk Zaim.
"Apa aku pulak yang kena? Aku takde boyfriend sebab aku yang taknak." balas Adeena tidak puas hati. Memang la dia tak ada boyfriend sebab hati dia sudah diberi kepada hati kepunyaan orang lain.
"Ye lah! Ye lah! Aku tahu impian kau kan nak bercinta lepas kahwin. Aku harap kau jumpalah dengan soulmate kau tu suatu hari nanti."
"Tahu takpe." Balas Adeena cuba menutup rahsia hati.
Tbc
1608
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...