Harris melangkah masuk ke bahagian pentadbirannya bersama seseorang yang sedari tadi mengikut saja.
Pintu bilik pejabat yang bersebelah dengan pejabatnya dibuka dan dipersilakan seseorang itu masuk.
"Ini pejabat awak. Harap kita boleh bekerja dengan baik." Ucap Harris setelah mereka melangkah masuk ke dalam pejabat itu.
"Baik. Terima kasih Encik Harris." Gemersik suara si dia bersuara.
"Awak buat la apa yang patut. Awak bukan budak baru yang saya perlu terang satu-satu. Nanti saya perkenalkan dengan pekerja lain." Ujar Harris dengan nada yang beku.
Setelah menitipkan beberapa kata Harris melangkah keluar daripada pejabat penolong jurutera itu.
"Eh Encik Harris! Bila masuk?" Tegur Mona. Terkejut tiba-tiba encik Harris keluar daripada bilik itu. Buat apa encik Harris dalam bilik tu? Ada pekerja baru ke?
"Awak pergi mana Mona? Saya masuk pejabat tengok awak takde." Ujar Harris tanpa membalas persoalan Mona.
"Ermm.. Sa.. Saya dari pantry.. Haa dari pantry tadi Encik Harris. Ada apa-apa ke Encik Harris cari saya?" Tergagap-gagap Mona menjawab.
"Nanti dalam pukul 12 lebih sebelum waktu rehat panggil saya. Saya nak kenalkan pekerja baru kepada semua." Pesan Harris lalu melangkah masuk kepejabatnya tanpa sempat Mona menyoal lebih lanjut.
Mona memandang pintu bilik Harris yang sudah tertutup itu. Eleh! Nak pergi mana ntah gaduh-gaduh. Nak tanya lebih sikit pun tak boleh.
Siapa eh pekerja baru tu? Perempuan ke lelaki? Muda ke tua? Kenapa dia tak tahu pun harini akan ada pekerja baru? Bila masa buat interview untuk jawatan tu? Ke ada siapa-siapa dalam pejabat ni yang gantikan? Naik pangkat ke? Ish! Rasa macam takde pula dengar ura-ura orang dalam ni yang naik pangkat. Siapa eh?
Mona memandang tingkap pejabat sebelah Encik Harris. Tertutup je. Taknak buka ke tirai tu?
Terhendap-hendap dia memandang. Mana la tahu boleh nampak melalui celah-celah tirai yang beralun tu.
Hish! Tak nampak. Apa kata pergi ketuk pastu cakap nak berkenalan.
Eh! Taknak la. Buat lelaki tua dalam tu. Malu je buat perangai nak berkenalan. Desis Mona.
Tunggu je lah pukul 12 nanti Mona oi. Sekejap je lagi. Sekarang pun dah 11.30. Nanti tepat-tepat jam 12 dia nak pergi bagitau Encik Harris. Tak sabar nak tengok gerangan yang menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Encik Faizul yang bersara kerana sakit. Kesian umur baru lewat 40 an dah macam-macam penyakit dapat.
Tepat jam 12 tengah hari Harris memperkenalkan pekerja baru kepada semua.
"Seperti yang semua maklum yang jawatan penolong jurutera telah lama kosong setelah encik Faizul bersara so Alhamdulillah harini telah ada yang menggantikan encik Faizul." Ujar Harris setelah semua pekerja di bawahnya berkumpul.
"Saya pekernalkan ini cik Laila yang akan menjawat jawatan penolong jurutera. Cik Laila merupakan penolong jurutera daripada cawangan Johor Bharu yang bertukar ke sini so saya harap semua boleh beri kerjasama dengan cik Laila. Terima kasih." Sambung Harris lalu meminta diri setelah mengucapkan sepatah dua kata. Ditinggalkan gadis itu untuk berkenalan lebih lanjut dengan pekerja-pekerja lain.
Mona memandang Laila atas bawah. Boleh buat kerja ke minah ni?
"Selamat berkenalan cik Laila." Kak Lin selaku yang paling senior disitu menyapa dan bersalaman diikuti yang lain.
Laila ramah membalas dan bersoal jawab dengan rakan-rakan sekerjanya yang baru. "Harap awak semua boleh tunjuk ajar la dekat saya nanti."
"Eh! Kami ni yang perlu tunjuk ajar daripada cik laila. Cik Laila lebih pengalaman daripada kami. Lagipun kami ni kuli cik Laila je." Sampuk Adli.
"Eh! Apa pulak macam tu? Tak payah kisah lah pasal pangkat tu. Kita ni sama je. Apa pun saya tetap orang baru dekat sini. Tak gitu cik Deena?" Balas Laila.
Adeena terkulat-kulat apabila namanya diseru oleh Laila. Apa hal babitkan dia pula ni. Rasa macam dia diam je sedari tadi. "Haa? Haa aa. Eh! Apa tadi cik Laila?"
"Berangan je kerja kau ni. Rindu cik abang ke tu?" Usik Adli. Awang ni kalah perempuan kalau masuk bab mengusik. Ada je modal dia nanti.
"Alah! Dah nak rehat ni, nanti kau tenung la muka cik abang kau tu puas-puas. Hari ni kitorang bagi change dekat kau dating dengan bos. Amacam? Baik tak kitorang." Sambung Kak Lin mengusik.
Laila terpinga-pinga dengan usik mengusik dua rakan sejawat itu. Tidak tahu siapa cik abang yang dimaksudkan. "Cik Deena dah kahwin ya?" Tanya Laila.
"Eh! Belum lagi." Sangkal Adeena.
"Cik Laila jangan la panggil saya cik. Just Deena je cukup." Segan pula bila orang ber 'cik' dengan kita ni.
"Deena memang belum kahwin cik Laila tapi tak sampai sebulan lagi orang tu dah nak tukar title jadi 'mrs' dh. Mrs Haris." Kepoh Linda bercerita.
"Ouh! Ye ke? Tahniah! Nanti jangan lupa jemput saya sekali. Dah lama tak merasa nasi minyak kenduri." Teruja Laila menjawab. Tunang bos rupanya.
"Hehehe.. Terima kasih and insyaAllah cik Laila."
****
Haluuuuu i'm back.. miss me? Ofkos x kan? Huhuhu
Kembali untuk seketika.. berapa lama? I don't know.. berdoalah ada idea bia blh update byk ye
Psssttttt!!!!!
Kak yaa ada buat ig tau.. nak pollow boleh klik link dekat bio kak yaa tau. meh la pollow kak yaa ramai² ye.. kita berkenalan.. nk kongsi idea dgn kak yaa pun boleh.. mana tahu cepat sikit citer ni habis kan? So jgn segan² jom follow kak yaa..Bye!
12/02/2022
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...