ADEENA duduk termenung di dalam biliknya. Sudah seminggu sejak kejadian itu berlaku dia jadi begitu.
Hari-hari termenung menjadi kawan baiknya. Makan? Hanya sekadar lapik perut setelah puas dibebel oleh ibunya.
Entahlah. Jiwanya kosong.
Apa dia tak layak untuk bahagia?
Apa dia tak layak untuk memiliki?
Kenapa orang yang dia cinta akhirnya bukan miliknya?
"Anak awak tu makan belum Yam?"
Adeena berpaling sekilas ke arah pintu bilik yang di biarkan terbuka oleh Puan Maryam apabila mendengar suara ayahnya.
Tak tahu lah kenapa ibunya suka biarkan pintu biliknya terbuka. Takut dia bunuh diri sebab kecewa kut.
"Kalau tak dipaksa tak adanya nak menjamah makanan."
Pak Lah menggelengkan kepala mendengar balasan isterinya.
"Udah-udah la tu nak meratap pun. Perkara udah jadi. Tak guna nak dikonangnye." Sedikit tinggi nadanya bersuara agar anaknya itu dengar.
"Assalamualaikum!"
"Siapa pulak yang bagi salam tu bang?"
"Manalah saya tahu. Awak yang dekat dengan pintu tu pi lah nengok siapa." Balas Pak Lah.
"Waalaikumsalam." Laung mak Yam sambil menjengah dari tingkap rumah.
"Eh! Abahnya. Saya nampak macam Haris." Bisik Mak Yam perlahan lalu memandang Adeena di dalam bilik.
"Haris?"
"Haah. Macam mana ni bang?"
"Macam mana apa? Bagi dia naik lah. Takkan nak suruh tercegat dekat luar tu." Balas Pak Lah lalu bangun menjengah ke pintu rumah. Mak Yam pula berlalu menutup pintu bilik Adeena.
"Haa Haris! Ada apa? Mari lah naik."
Haris mengekori Pak Lah ke ruang tamu.
"Maaf kalau saya datang mengganggu abah sekeluarga." Ujar Haris berbasi-basi. Takut kedatangannya tidak dialu-alukan.
"Tak ada apalah. Mujur kami ada dekat rumah."
"Abah sihat?"
"Sihat macam ni lah abah. Sihat orang tua." Dah orang bahasakan dia 'abah', dibahasakan dirinya abah juga.
"Abah! Saya datang sini sebab nak jernihkan perkara haritu. Boleh ke kalau Deena ada sekali?"
Mak Yam melabuhkan duduk disebelah suaminya setelah mendapatkan Adeena.
"Apa lagi yang perlu dijernihkan Haris? Abah rasa perkara haritu dah selesaikan?" Soal Pak Lah.
"Tak abah. Selagi Deena dan abah sekeluarga tak tahu apa yang terjadi saya tak tenang." Walau macam mana pun dia harus menceritakan perkara sebenar. Adeena harus tahu yang dia tak salah. Dia tak buat semua itu.
"Saya ada bukti yang saya tak salah. Semua yang terjadi telah dirancang abah. Saya diperangkap. Bukti daripada CCTV hotel jelas menunjukkan saya diperangkap." Terang Haris lalu ditunjuk beberapa gambar dan video yang diperoleh daripada CCTV hotel tersebut.
"Astaghfirullahalazim!" Mengucap panjang Pak Lah dan Mak Yam melihat video tersebut. Dunia sudah akhir zaman.
Bukan mudah untuk Haris ingin mendapatkan semua bukti itu tapi kalau ini melibatkan maruahnya dan kalau bukti ini boleh bersihkan namanya dan kalau ini boleh kembalikan Deena kepadanya, dia sanggup buat apa sahaja.
Adeena pula hanya diam menyaksikan.
Terkejut!
Tidak pernah terpikir wanita itu sanggup melakukan perkara itu.
"Abah! Ibu! Saya sayang dan cintakan Adeena sangat-sangat. Tolong! Tolong saya miliki Adeena." Rayu Haris.
"Apa nasib perempuan itu?" Soal Pak Lah tiba-tiba.
Haris tercengang!
"Saya akan heret dia kemukan pengadilan abah. Disebabkan dia semua ini terjadi."
"Apa status dia sekarang? Kamu dah kahwin dengan dia?" Soal Pak Lah lagi.
Haris diam seketika.
"Haris akan ceraikan dia abah."
Ya! Dia akui yang malam itu juga dia selamat bernikah dengan perempuan itu. Keadaan memaksanya untuk bernikah. Tiada siapa yang percaya dengan kata-katanya.
"Baliklah!" Arah Pak Lah.
"Abah!" Haris terkelu memandang pak Lah. "Saya janji dan saya bersumpah yang saya akan ceraikan dia abah. Saya hanya cintakan Deena abah. Saya hanya mahu Deena jadi isteri saya." Ngongoi Haris.
Mak Yam memandang wajah Haris simpati. Apalah salah Haris dan anaknya sampai diuji begini.
"Baliklah. Kamu bimbinglah isteri kamu ke jalan yang benar. Kamu budak baik. Abah percaya kamu boleh bimbing dia jadi isteri solehah. Dia buat salah, kamu sebagai suami nasihat lah dia. Dia buat semua ini juga mungkin bersebab. Dia sudah sah menjadi isteri kamu. Jangan rosakkan lagi dengan menceraikan dia. Bimbinglah dia." Nasihat Pak Lah.
"Dan mungkin ini semua terjadi sebab kamu dengan Deena memang bukan dijodohkan bersama. Kamu cinta? Tapi ada sesuatu perkara walau kamu cinta sekalipun kalau dah ditetapkan dia bukan untuk kamu dia tetap tidak dapat kamu miliki. Ikhlaskan hati kamu melepaskan Deena. Tanamlah cinta kamu kepada isteri kamu."
Adeena menangis teresak-esak.
"Tapi abah... "
"Abah mintak maaf. Abah tak dapat nak serahkan Deena kepada kamu sebab dia sudah menjadi milik orang lain."
Deg!
Haris panggung kepala memandang wajah Pak Lah.
Apa yang dia dengar tadi?
"Milik orang? Mak.. maksud abah?" Tergagap-gagap Haris menyoal.
Pak lah mengeluh perlahan. "Deena dah kahwin. Majlis haritu kami tetap teruskan."
"Deena! Betul ke apa yang abah cakap? Tipu kan? Semua tu tak betul kan? Haris beralih arah menyoal Adeena pula.
Tidak!
Tidak!
Ini semua dusta!
Deena bukan milik orang!
"Haris! Apa yang abah cakap tu betul. Deena dah jadi milik orang." Mak Yam menjawab bagi pihak Adeena setelah Adeena hanya menangis sedari tadi.
"Balik lah! Lupakan Deena." Arah Pak Lah lagi.
"Saya minta maaf." Adeena bersuara setelah menenangkan diri buat seketika.
Kalaulah masa boleh diputarkan kembali.
16/02/2022
Esk cuti update tp kalau ada tu ada la..
Byeee!
Happy reading... Muah!!!
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...