37

2.6K 76 0
                                    

ZAIM menggeliat perlahan selepas lama menunduk membuat kerja. "Haih! Sunyi je rumah. Mana pergi semua orang ni?" Bebel Zaim lalu keluar daripada bilik kerjanya itu.

Di rumahnya itu disediakan satu bilik khas untuk dia membuat kerja. Taknak lah ganggu isteri dan anaknya jika dia buat kerja merata je nanti.

"Sayang?" Pintu bilik di kuak perlahan.

"Tidur ke?" Zaim menjenguk Adeena sekilas.

"Kenapa ni?" Soal Zaim sambil menyentuh Adeena. Ingatkan Adeena tidur tapi tak pun. Mata terkebil-kebil. Mengelamun apa entah.

Daripada dia balik kerja petang tadi tingkah Adeena lain macam. Diam je. Tanya sepatah, jawab sepatah. Tanya sepuluh patah pun sepatah je jawapanya.

"Sayang! Okay tak ni? Baby okay tak?" Diusap perut Adeena perlahan-lahan.

"I'm okay!" Jawab Adeena malas. Mood dia kelaut sejak bertemu Nida siang tadi.

"Dah kenapa moody je ni? Tadi keluar pergi mana je?" Soal Zaim lagi cuba untuk menghidupkan suasana.

"Tak ada gi mana pun. Lepas pergi supermarket terus pergi rumah umi then balik."

"Dah tu ada apa-apa jadi ke kat rumah umi?"

"Tak ada pun. Deena penat je ni." Dalih Adeena. Hari ini Adeena dapat tahu yang Zaim dengan Nida sudah bercerai sejak Sofeaa berumur setahun lebih dan hak penjagaan Sofeaa diperolehi Zaim sepenuhnya.

Atas sebab apa mereka bercerai tidak pula dia ketahui. Banyak persoalan yang ingin dia tanya Zaim tapi dia tiada kekuatan untuk bertanya. Tambah pula perkara itu berkaitan rumahtangga suaminya dulu.

"Betul ni? Itu la suruh tunggu abang balik taknak. Nak jugak pergi sendiri." Bebel Zaim.

"Ermm.. kalau nak tunggu abang balik memang tutup dulu lah supermarket tu. Elok boleh singgah sana singgah sini terus habuk pun tak ada." Sanggah Adeena. Balik pun dah lewat petang lepas tu nak suruh orang tunggu dia.

"Alah harini abang busy tapi esok kan ada. Esok abang cuti."

Ermm! Kalau pergi esok tak adanya dapat jumpa Nida harini. Mungkin sepatutnya dia pergi esok. Tak ada lah hidup dia tak tenteram sekarang ni.

"Benda dah lepas dah bang. Esok nak pergi lagi pun boleh." Jawab Adeena malas.

"Ini budak kecik tu kenapa tiba-tiba nak duduk dengan umi pulak?" Soal Zaim tiba-tiba.

"Umi pujuk apa entah tadi. Lepas tu terus setuju nak tidur sana malam ni."

"Ada lah tu umi rasuah apa tu. Esok kita balik rumah umi lah. Lusa Sofeaa dah sekolah."

"Okay!"

* * * *

"Daddyyyy!!!!!!" Berlari Sofeaa mendapatkan daddynya. Teruja bila nampak daddy. Rindu daddy!

"Haip! Taknak lari-lari sayang nanti jatuh." Dah lah pakai gaun kalau terjatuh mahu melecet kepala lutut tu.

"Nak dukung!" Pinta Sofeaa.

"Aih dah besar panjang pun nak berdukung lagi. Manja anak daddy ni." Pucuk hidung Sofeaa dikepit perlahan dan kemudian diangkat tubuh Sofea ke dukungannya. Dicium muka Sofeaa bertalu-talu. Mengekek Sofea ketawa geli dengan jambang daddy nya itu.

"Manjanya dia dengan daddy." Tegur Puan Zarina apabila Zaim dan Sofeaa melangkah ke dalam rumah. Dari dalam lagi dah dengar ketawa Sofeaa tadi. Happy betul boleh jumpa daddy dia. Padahal tinggal sehari je pun.

"Umi sihat?" Tangan tua uminya disalam lembut.

"Sihat. Kamu tahu pulak cuti hari ni. Ingatkan kerja manjang." Perli Puan Zarina.

"Alah along bukan robot umi nak kerja manjang."

"Mana lah tahu. Kamu tu bukan boleh kira sangat."

"Umi!" Tegur Adeena yang baru melabuhkan duduk di ruang tamu lalu bersalam dengan Puan Zarina. Tadi tak sempat nak salam. Tak sempat Zaim nak parking kereta dia dah keluar dulu. Tak boleh tahan nak terkucil dah.

"Daddy! Tengok ni. I got this." Sofeaa menunjukkan patung barbie barunya itu kepada daddynya.

"Iya? Nenek belikan ke? Kalau dapat hadiah say what to nenek?" Soal Zaim melayan Sofeaa.

"Noooo! Bukan nenek lah yang belikan." Marah Sofeaa apabila daddynya salah teka.

"Habis tu siapa beli? Mama?" Teka Zaim lagi. Mungkin Adeena yang belikan ketika mereka keluar ke supermarket semalam.

"No!"

"Dah tu siapa yang belikan?"

"Mummy la yang belikan."

Zaim terdiam.

Adeena terkedu. Bila masa Nida belikan. Rasa macam semalam tak ada pula Nida hulurkan sesuatu.

"Mum.. mummy? Siapa mummy? Soal Zaim blur.

"Nida ada datang semalam bagi hadiah untuk Sofeaa ni haa." Terang Puan Zarina.

Pantas Zaim menoleh memandang Adeena. Semalam? Jadi Adeena ada jumpa Nida semalam? Sebab tu ke tingkah Adeena lain macam je semalam? Apa jadi? "Ohh!" Hanya sepatah itu yang keluar daripada mulut Zaim. Tidak tahu respon apa yang ingin diberikan.

"Cantik kan daddy. Mummy belikan." Suara Sofea yang bertanya mengalih perhatian Zaim kepada Sofeaa semula.

"Ermm.. cantik!" Mata Zaim sikit-sikit mengerling Adeena. Cuba untuk melihat perubahan Adeena jika soal Nida diucapkan. Namun yang terpamer di wajah Adeena hanyalah riak biasa. Tak ada apa-apa terjadi kut semalam pikir Zaim.













28/05/2022

Maaf lama menunggu.. my life super hectic right now.. ada masa I akan update lagi ya tapi bila tu I'm not sure.

Happy reading guys. See u next time.

Dont forget to support me by vote n comment. Tq!

Demi kamuWhere stories live. Discover now