ADEENA duduk bersandar di sofa sambil mata terkebil-kebil memandang televisyen yang menayangkan cerita entah cerita apa. Hanya mata yang fokus memandang tetapi otak langsung tidak fokus ke arah cerita itu.
"Weih Naa, kau tak ada kelas ke?" Soal Fatin salah seoarang rakan serumah merangkap kawan baiknya Adeena.
"Petang nanti." Adeena menjawab lesu.
"Kau kenapa? Lesu semacam je aku tengok." Soal Fatin lagi sambil melabuhkan duduk di sebelah Adeena.
"Tak ada kenapa. Aku okay je."
"Eleh! Macam la aku baru kenal kau harini." Sangkal Fatin.
Mereka berkawan sejak awal masuk ke universiti lagi. Kenal sewaktu beratur untuk mendaftar masuk kolej kediaman. Waktu itu Fatin beratur di depan Adeena dan masing-masing hanya berbalas senyum je.
Apabila naik ke bilik asrama Fatin rupanya yang menjadi teman sebilik. Sejak hari itu mereka berkawan baik. Tambah pula mereka mengambil jurusan yang sama dan boleh dikatakan hampir semua subjek mereka sekelas.
"Betul la. Aku okay je. Tak ada apa-apa pun." Balas Adeena masih lagi ingin menutup masalahnya.
Masalah? Dia ada masalah ke? Dia sendiri pun tak tahu sebenarnya apa yang membuat dirinya terasa macam lesu je hari ini.
"Ye ye je lah kau. Kau gaduh dengan Zaim ke?" Direct Fatin menyoal. Bukan dia tak kenal Adeena ni macam mana. Tak ada sebab lain kalau monyok semacam je. Mesti sebab Zaim punya.
"Mana ada. Dah kenapa aku nak gaduh dengan dia?"
"Mana lah tahu. Kau kan biasa makan hati dengan Zaim tu." Pangkah Fatin.
"Memandai je kau. Sejak bila pulak aku selalu makan hati dengan Zaim?" Ujar Adeena cuba untuk menyangkal penyataan Fatin.
"Deena! Aku bukan apa tau. Kita ni dah kenal dekat 3 tahun lebih dah. Ni dah tahun akhir kita kat sini tau. Kau, kalau ada masalah ke apa ke cerita je lah dekat aku and aku tahu kau sebenarnya sukakan Zaim kan? Kau tak payah nak tipu aku la Naa. Aku ni kawan rapat kau tau? Dari air muka kau pun aku dah nampak. Tiap kali kau bercerita pasal Zaim pun dah perasan tapi Zaim tu buta sebab tak nampak perasaan kau terhadap dia." Panjang lebar Fatin meluahkan apa yang dia rasa dan nampak.
Adeena terdiam mendengar omelan Fatin. Obvious sangat ke perasaan dia terhadap Zaim?
"Fatin! Kau jangan lah buat spekulasi sendiri."
"Deena! Terus terang je lah dekat aku. Tak payah lah kau nak berselindung lagi."
"Ermm.. Nampak sangat ke aku suka si Zaim tu?" Tak tahu lagi macam mana Adeena nak sorokkan perasaannya terhadap Zaim itu kepada Fatin.
"Terlalu nampak Deena. Aku ni selaku kawan baik kau memang nampak sebab dari air muka kau bila bercakap tentang Zaim pun aku dah boleh nilai Naa. Apatah lagi bila kau bercakap dengan Zaim sendiri. Boleh nampak betapa berserinya muka kau. Tapi macam aku cakap tadi la, Zaim tu buta sebab tak nampak yang kau sukakan dia."
"Dia anggap aku ni kawan baik dia je Fatin." Perit untuk Adeena menerima kenyataan bahawa dia dan Zaim hanya sekadar berkawan baik. Tak lebih dari itu.
"Kenapa kau tak berterus terang je dengan Zaim yang kau suka dia?"
"Kau gila ke apa? Aku ni perempuan Fatin. Malu la aku." Marah Adeena. Ada ke patut nak berterus terang dengan Zaim. Kalau berterus terang nanti bukan setakat jadi kawan, jadi musuh pun belum tentu Zaim ingin memandangnya.
Dia dan Zaim berkenalan ketika dia berada di tahun satu manakala Zaim pula tahun tiga. Zaim merupakan seniornya.
Bertemu di dalam kelas subjek umum universiti dan kebetulan mereka sekumpulan. Dari situ kerap mereka berjumpa atas alasan kerja dan assignment.
Pada mulanya Adeena hanya menganggap Zaim sebagai rakan sekumpulan sahaja tetapi bila lama kelamaan tiba-tiba perasaan itu bertukar menjadi suka.
Apatah lagi Zaim selalu melayannya dengan baik. Walaupun semester itu sudah tamat tetapi hubungan mereka tidak tamat disitu. Kerap kali juga mereka keluar berdua sehinggakan ramai yang menyangka mereka berdua adalah couple.
Hakikatnya mereka hanyalah sekadar kawan baik.
Adeena tidak berani untuk meluahkan perasaanya apabila terang-terang Zaim menghadkan hubungan mereka hanya sekadar itu.
"Deena! Kadang-kadang kita ni kena jadi tak tahu malu tau? Kalau tak jadi macam kau ni la. Taruh perasaan sendiri. Sakit sendiri, kecewa sendiri bila Zaim tu ada kekasih."
"Tak apa lah Fatin. Maknanya dia bukan untuk aku la tu."
"Kalau kau sedar dia bukan untuk kau move on la Deena. Bukan kau makan hati sorang-sorang kat sini." Nasihat Fatin. Kadang dia rasa benci dengan Zaim bila selalu membuat Adeena makan hati tetapi kadang dia rasa Zaim lah orang yang paling sesuai dengan Adeena apabila Adeena bahagia.
"Aku tengah cuba Tin."
"Dah ni yang kau monyok je kenapa? Zaim tu buat apa kat kau?"
"Tak ada apalah."
"Mustahillah tak ada apa."
"Zaim mintak aku tolong passkan hadiah untuk awek dia." Balas Adeena perlahan.
"Apa? Lepas tu kau sanggup la?"
Adeena mengangguk sebagai jawapan untuk pertanyaan Fatin.
Terbuntang mata Fatin. Apa gila ke Adeena ni.
"Sebab ni la aku cakap kau ni suka sangat makan hati sendiri. Apa salahnya kau tolak je permintaan Zaim tu." Tak puas hati Fatin menyoal Adeena.
"Aku tak sampai hati nak tolak bila Zaim merayu-rayu dekat aku."
"Kenapa si Zaim tu tak bagi sendiri je?"
"Zaim tu busy dengan kerja la Tin. Dia kan baru berapa bulan je kerja."
Zaim yang sudah setahun tamat pengajian itu baru sahaja mendapat pekerjaan di salah sebuah firma arkitek di ibu kota ini.
"Aih! Jumpa kau tak busy pulak?"
"Kebetulan dia ada kerja area sini semalam. Itu yang dia jumpa aku mintak tolong. Nak jumpa awek dia terus, si Nida tu busy." Terang Adeena. Nida itu ialah girlfriend Zaim. Adeena dengan Nida adalah sama-sama berada di tahun akhir sekarang.
"Menangkan la si Zaim kau tu. Lepas tu berendam air mata dalam bilik. Dah dah la tu Deena. Kau patut berkeras dengan Zaim tu." Nasihat Fatin lagi.
Adeena hanya diam mendengar. Bukan dia tidak cuba untuk berkeras dengan Zaim tetapi apabila Zaim datang merayu, bercakap lembut-lembut dengannya membuatkan dirinya lemah. Lemah dengan pujukan Zaim.
Tbc
1408
YOU ARE READING
Demi kamu
RomansaOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...