24

2.8K 87 4
                                    

ADEENA mengeluh perlahan mengenangkan nasib diri. Orang yang dicinta melepas, kerja yang diimpikan terpaksa dilepaskan. Seminggu selepas kejadian tersebut dia telah memberi notis berhenti kerja 24 jam.

Tak sanggup nak menghadap orang-orang dipejabat. Dan dia pasti perkara itu telah kecoh antara rakan-rakannya. Orang lain mungkin tak tahu tapi rakan-rakannya pasti tahu.

Panggilan telefon yang dia terima daripada Kak Lin pun tidak dihiraukan. Dia tiada rasa ingin membahaskan perkara itu lagi.

Sakit!

Sangat sakit.

"Udah-udah la tu termenung terkenang perkara lepas. Kamu menangis air mata darah sekali pun perkara dah berlaku. Bak kata orang putih apa itu maf on? Move on?"

"Move on.."

"Haa move on la.. yang lepas udah dikenang yang mendatang harungilah dengan tenang.. haa gitew."

Adeena menjeling ibunya sekilas. 'Kerlass' mak dia sekarang berkata-kata.

"Daripada kamu duk termenung sana, termenung sini ada baiknya kamu tolong ibu dekat dapur. Nanti abah balik masjid boleh terus makan." Ujar Mak Yam.

Adeena hanya diam tanpa membalas kata-kata ibunya tapi kaki turut melangkah mengikut ibunya ke dapur. Sampai bila dia nak terperap dalam bilik kan?

"Laki kamu tak balik ke?" Soal Mak Yam sambil menghidang lauk pauk untuk makan tengah hari.

"Mana orang tahu."

"Eh! Suami sendiri pun tak tahu."

"Orang tak ada suami."

"Ish! Apa pulak macam tu. Kalau dia dengar kecik hati dia." Balas Mak Yam. Walaupun dapat menantu instant tapi dia senang dengan perwatakan yang dibawa menantunya itu.

"Biarlah. Dia yang terhegeh-hegeh nak ganti Haris. Deena ni lebih baik tanggung malu daripada kahwin dengan orang yang Deena tak cinta." Luah Adeena.

"Cinta boleh dipupuk. Masing-masing kena buka hati buka peluang InsyaAllah cinta itu akan datang dengan sendirinya. Nak bahagia ni tak susah pun. Terima dengan hati terbuka apa yang terhidang depan mata. Jangan berdendam, jangan ada perasaan hasad dengki, ikhlaskan hati." Panjang nasihat yang diulah Mak Yam. Berharap anaknya itu buka hati untuk mencari bahagia lagipun menantunya itu macam orang baik-baik saja.

"Dengar tak apa ibu cakap ni.. "

"Dengar.. " Malas-malas Adeena bersuara.

"Dah tu jangan nak ikutkan sangat rasa hati tu. Layanlah suami kamu elok-elok."

"Assalamualaikum.."

"Hah! Balik dah abah kau.. " Ujar Mak Yam setelah kedengaran suara suaminya memberi salam.

"Kat dapur rupanya dua beranak ni. Patut senyap je dekat luar tu. Kalau tak bunyi TV riuh sekampung." Ujar Pak Lah setelah menjejak lantai dapur.

"Abang nak perli saya la tu." Balas Mak Jah. Tahu lah kalau dia pasang TV mesti volume kuat punya. Nak buat macam mana kalau slow tak sedap. Kuat jugak baru sedap. Itu yang suaminya selalu membebel. Kata suaminya duduk masjid pun boleh dengar bunyi TV yang dia pasang. Melampau orang tua tu! Cakap orang sedap, diri sendiri tak sedar.

"Mana ada. Saya cakap umum. Hah Deena, suami kamu baru sampai dekat luar tu. Pergi lah sambut." Ujar Pak Lah. Tadi dia sampai daripada masjid, menantunya pun sampai.

"Biarlah dia masuk sendiri." Balas Deena malas.

"Deenaaa.. " Mak Yam menjeling tajam. Tadi baru bagi tazkirah sekarang buat hal.

Demi kamuWhere stories live. Discover now