"Yang ni okay?" Adeena mengacukan baju kemeja yang dipilihnya ketubuh Harris.
"Cerah sangat lah colour tu."
Balasan daripada Harris membuatkan Adeena menjatuhkan bahu.
Sehelai baju je nak cari tetapi dah lebih dua jam mereka berada di mall. Satu pun tiada yang berkenan di hati Harris.
Cerewet!
Sungguh berbeza dengan Adeena yang sangat simple orangnya.
"Habis tu yang tadi colour gelap sikit bie taknak." Rungut Adeena. Dia dah penat. Sekarang ni terbayang-bayang ais manggo blended je. Sedut masuk ke kerongkong pasti nikmat. Wah! Sedapnya.
"Yang tu gelap sangat. Kita masuk kedai lain lah." Ajak Harris lalu melangkah keluar daripada outlet tersebut.
Adeena memberi senyuman kepada pekerja kedai yang sedari tadi melayan mereka.
Malu! Belek bukan main lama tapi alih-alih keluar tangan kosong.
"Bie! Saya dah penat la. Kalau kita gi minum dulu boleh?" Soal Adeena berhati-hati.
"Aloloo.. Dah penat ke yang?" Harris menjeling Adeena yang berjalan disebelahnya.
Kesian tunangnya yang sorang ni. Penat dari tadi melayan cerewet dia. Ya! Dia akui yang dia memang cerewet bab membeli sesuatu barang. Tak kira lah itu untuk diri dia atau pun bukan. Nasib baik barang-barang hantaran untuk Adeena haritu Adeena pergi beli sendiri tanpa dia. Kalau tak jenuhlah Adeena nak melayan. Satu hari belum tentu akan dapat satu barang. Macam tu lah tahap cerewet dia.
"Hmm.. Kita gi minum dulu eh?" Pujuk Adeena. Letih! Kaki pun dah penat jalan masuk kedai tu kedai ni.
"Okay la. Makan?"
"Ermm.. McD jom?" saran Adeena tapi nak ais manggo blended. McD tak ada manggo blended.
"It's not good la sayang makan fast food tengah hari. Not healthy. Cari nasi la jom." Tolak Harris.
"Ikut la." Balas Adeena pasrah.
Sob! Sob! Sob! Cadangan kena tolak lagi.
Harris membawa Adeena masuk kedalam restoran chicken rice shop.
Adeena hanya menurut. Nanti malam ni dia nak tarik Fatin makan McD. Lepas craving!
"Sayang nak makan apa?" Soal Harris. Untuk dia dia telah memesan set healty meal.
"Just give me set hainanese chicken rice and nak tukar air kepada lime mint supreme." Ambik kau. Ajak lagi Adeena makan sini. Memang yang sedap-sedap je lah dia pesan. Tak dapat manggo blended dapat lime mint supreme pun jadilah. Kering sangat dah tekak ni.
Selepas beberapa minit makanan yang dipesan pun tiba. Mereka menjamu selera sambil bercerita tentang persiapan perkahwinan mereka.
"Ibu call membebel-bebel dah tadi." Adu Adeena.
"Kenapa?" Harris menyuap sesudu nasi sambil mendengar Adeena bercerita.
"Sebab ni lah. Hantaran tak habis beli lagi sedangkan majlis lagi sebulan. Nanti nak gubah lagi lah. Itu lah ini lah. Macam-macam ibu bebelkan." Ujar Adeena.
"Habis tu sayang cakap apa?"
"Cakap apa? Saya cakap je lah yang semua tu kejap je. Bukan banyak pun. Dua barang je lagi. Tinggal nak beli baju kemeja dengan jam. Bahagian gubah tu nanti hujung minggu saya buat la." Adeena menyedut airnya sampai separuh. Wah! Lega. Sedapnya.
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...