BANGUN pagi itu kepala Adeena pusing. Tak cukup tidur.
"Okay tak tu?" Soal Zaim yang berada di depan almari mencari baju yang hendak dipakai. Dikerling sekilas Adeena yang sedang memicit-micit dahi di birai katil.
"Okay!"
Zaim julingkan mata ke atas. Dah terang lagi bersuluh muka pun pucat ada hati lagi cakap okay. Tak apa kita tengok takat mana okay dia tu nanti.
"Tidur pukul berapa semalam?" Bukan Zaim tak tahu Adeena gelisah sekali tidur dengan dia semalam. Baring dihujung katil. Selagi boleh berjarak selagi itulah Adeena jarakkan diri. Lagak macam dia nak terkam tanpa minta izin je. Dia bukan sangap sangat pun. Saja nak mengusik je.
"Ermm.. entah."
Sah! Tidur lewat la tu.
"Sambung la tidur tu dulu nanti pengsan kan lain pula jadinya." Saran Zaim.
"Takpe lah. Bukan tak biasa. Dulu time belajar tak tidur malam pun okay je." Bidas Adeena.
"You bercakap zaman bila ni? Dah bertahun dah zaman tu berlalu. You rasa tubuh you masih sama macam dulu ke?" Perli Zaim. Eh! Nak samakan zaman belajar dulu dengan zaman sekarang pula.
"Abang nak cakap saya tua la ni?"
Zaim jatuhkan bahu. Eh! Budak ni. Lain orang cakap lain yang dia faham. "Bukan tu maksud abang. Abang cakap dulu badan awak dah biasa sampai lewat malam berjaga. Ni kan dah lama awak tinggalkan semua tu. Mestilah badan awak terkejut kalau dah tiba-tiba tak tidur malam. Tak gitu?" Zaim mengalihkan jari-jemari Adeena yang sedang memicit dahi dengan menggantikan jari-jemarinya. Dipicit kepala Adeena perlahan-lahan.
Adeena kejung ditempatnya. "Ermm.. saya okay je ni." Adeena menolak tangan Zaim yang masih lagi memicit-micit dahinya itu.
"Okay apa muka pucat macam ni." Bidas Zaim.
Sepantas kilat Adeena terus pusingkan kepala menghadap cermin.
Pucat ke?
Tak pun!
Zaim tergelak melihat Adeena yang gelabah.
"Biasa je." Omel Adeena perlahan.
"Dah meh abang tolong!" Zaim menarik Adeena baring semula. Dipicit kepala Adeena perlahan-lahan.
"Eh! Takpe lah. Saya okay je. Sikit je ni." Adeena tetap menolak tangan Zaim yang tak putus cuba untuk mengurut kepalanya. Bukan tak mahu tapi tak biasa. Dia segan.
"Shhhh! Duk diam-diam je lah." Zaim tepis tangan Adeena yang sibuk menolak tangannya.
Lama kelamaan Adeena biarkan saja Zaim memicit kepalanya. Di larang sudah, di tegas pun sudah tapi Zaim tetap berdegil nak picit juga so biarkan lah.
Bila dah jari jemari orang lain yang tolong picitkan ni terasa sedap la pula. Rasa macam berada di awang-awangan gitew.
* * * *
Setengah jam kemudian Zaim keluar daripada bilik dan kaki dibawa melangkah ke dapur setelah ruang tamu rumah hanya sunyi sepi. Mungkin ada dekat dapur.
"Hai anak daddy. Buat apa tu?" Sapa Zaim apabila melihat kelibat anaknya di meja makan.
"Eat daddy. Nenek cook nasi lemak. Yummyyy!" Sofea mengangkat ibu jarinya tanda nasi lemak itu sangat sedap baginya.
"Iya?" Zaim menarik kerusi di sebelah Sofea sambil melayan keletah anaknya bercakap.
"Makan Im. Deena mana?" Soal Mak Yam lalu menghulurkan pinggan kepada menantunya itu.
"Tidur ibu."
"Tidur?" Melengking suara Mak Yam menyoal.
"Elok ke benor perangainya macam gitu. Orang pagi-pagi bangun memasak untuk suami. Hidangkan untuk suami. Layan suami. Ini tidur kerjanya. Duduk dengan kamu macam tu la gamaknya perangai." Bebel Mak Yam.
"Nak kena budak ni. Kamu makan dulu. Biar ibu pergi tengok."
"Eh! Ibu.. ibu.." Zaim bangun menghalang Mak Yam dari bangun.
"Apa yang kecoh sangat ni?" Soal Pak Lah yang baru melangkah masuk ke dapur.
"Anak awak tu la. Waktu sekarang pun tak bangun lagi. Dibiar suami ni mencari makan sendiri." Bebel Mak Yam lagi.
"Tak ibu. Deena dah bangun dah tadi tapi dia tak sihat itu yang saya suruh dia sambung tidur dulu kejap. Pucat sangat muka dia tadi. Takut pengsan pula nanti." Terang Zaim tentang keadaan Adeena.
"Tak sihat kenapa pulak?"
"Tak tahu la ibu. Sakit kepala katanya tadi." Jawab Zaim. Tidak diberitahu punca Adeena sakit kepala kerana apa. Takut nanti panjang pula isunya.
"Macam-macam la orang muda zaman sekarang. Sakit itu, sakit ini. Kita zaman-zaman muda dulu payah benor nak jatuh sakitnya. Bila dah tua mari ini lah baru nak datang penyakit itu, penyakit ini nya."
"Awak nak bandingkan zaman awak dulu dengan zaman sekarang memang idok lah Yam oi. Orang dulu keras, sakit pun bukan senang nak pi hospital cari ubat jadi sakit pun buat macam tak sakit. Orang sekarang sakit sikit pun dah melepek." Sampuk Pak Lah.
"Itu lah saya nak sampaikan bang oi. Dah lama ke sambung tidur tu?" Soal Mak Yam beralih kepada Zaim.
"Baru je ibu. Zaim keluar bilik ni dia baru terlelap."
"Hmm.. takpe lah nanti ibu buat sup panas. Deena bangun nanti suruh dia makan. Biar lega sikit badan tu." Arah Mak Yam.
"Okay ibu."
"Ni kamu balik sampai bila sini?" Soal Pak Lah kepada menantunya itu.
"Sampai hari ni je abah. Cuti hujung minggu je ni." Jawab Zaim.
"Lah ye ke? Ibu ingatkan kamu cuti lama. Baru ingat nak ajak pi melawat saudara kita. Ada lagi yang kamu tak pernah jumpa." Sampuk Mak Yam.
"Ermm.. tak ibu. Cuti hujung minggu je. InsyaAllah lain kali boleh ibu? Nanti saya amik cuti lebih. Balik ni pun last minit plan sebab dah lama tak bawak Deena balik sini." Terang Zaim serba salah.
"Tak apa lah. Lain kali boleh je. Banyak lagi masa boleh nak bersuai kenal dengan sedara kita ni." Pintas Pak Lah mengusir rasa serba salah Zaim.
Sambil makan rancak mereka berbual. Macam-macam cerita Mak Yam dan Pak Lah ceritakan tentang Adeena. Cerita dari kecil sampailah dah dewasa. Macam-macam ragam, macam-macam hal terjadi. Seronok Zaim ketawa tambahan lagi tuan punya badan tak ada. Lagi seronok Zaim pulun gelak jika ada yang lucu. Kalau Adeena ada ni mahu kena serangan kilat dari panahan mata Adeena. Sofea juga kadang-kadang tergelak apabila melihat daddy nya gelak. Mudah terhibur ini budak. Sama macam daddy dia betul. Anak daddy la katakan.
07042022
Hai... Sorry kalau lama menunggu. Macam-macam hal yang terjadi. Tiada kekuatan untuk meneruskan update cerita ini tapi disebabkan bab ini dah ditulis separuh so paksalah diri untuk habiskan jua. Untuk kamu pembaca setia Demi kamu!
Hari ini genap enam hari abang tercinta meninggalkan kami sekeluarga. Perginya mendadak.. walaupun tahu dia dalam kesakitan namun kami belum bersedia dengan kehilangannya.
Apa pun kami tetap redha dengan kepergiannya. Damailah ngoh disana. Kalau hendak dihitung rasa terkilan itu terlalu banyak namun kami redha dan kami ikhlaskan kepergiannya di hari yang mulia iaitu pada 30 syaaban.
Doaku sentiasa mengiringi mu. Semoga Ngoh ditempatkan dikalangan orang² yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
Al-Fatihah untuk Ngoh..
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...