HARI demi hari Adeena menyibukkan dirinya dengan pelbagai kerja. Sedikit pun tidak diberi ruang untuk dirinya melepaskan lelah didada.
Hari ini dia ke kampus untuk bertemu prof. Suhaimi berkaitan projek akhirnya. Ketika dia melewati kafeteria dia terserempak dengan Nida. Ingin mengelak tiada guna apabila Nida sudah berada di depannya.
"Aku nak cakap dengan kau sikit." Ujar Nida ketika dia berselisih dengan Adeena itu.
"Apa? Aku nak jumpa prof aku ni."
"Berlagak kau eh. Bukan aku nak ambil masa kau sampai sepuluh jam pun." Terbakar hati Nida apabila Adeena tidak ingin mendengar ujarannya.
"Cakap la. Aku ada masa lima minit je ni." Adeena melihat jam ditangannya. Masih lagi ada masa 15 minit sebelum tiba janjinya dengan prof. Suhaimi tapi dia tidak selesa ingin berlama dengan Nida.
Nida menjeling Adeena sekilas. Dia ingat kita nak sangat ke bercakap dengan dia? Eh! Kalau ikutkan hati nak pandang muka Adeena pun tak ingin la tapi demi Zaim dia rela.
"Macam ni la aku straight to the point je lah. Aku nak cakap dengan kau yang tak lama lagi aku dengan Zaim nak kahwin so aku harap lepas ni kau tak adalah terhegeh-hegeh ajak Zaim keluar lagi. Apa kau ni tak ada kawan lain lagi ke nak diajak keluar? Asal boyfriend aku jugak yang kau nak terhegeh-hegeh. Eh! Sedar diri la sikit yang kau ni siapa. Zaim tu dia simpati je dengan kau tau? Sebab kau ni jenis tak ada kawan so sebab tu dia sanggup keluar dengan kau. Sebab kesian!"
Adeena menahan air matanya daripada keluar. Dia tidak pernah mengajak Zaim keluar. Selalunya jika berjumpa mesti Zaim yang mengajak. "Aku tahu aku ni siapa. Aku tak pernah pun nak ganggu hubungan korang. Zaim yang selalu ajak aku keluar." Sanggah Adeena.
"Tapi kau boleh tolak kan? Asal tak tolak? Yang kau setuju je keluar dengan dia kenapa? Dah gatal sangat nak dapatkan Zaim? Eh! Zaim tu takkan pandang la kau. Kau tu bukan taste dia pun."
Dumm!!! Adeena merasakan bagai ada sesuatu yang menikam dadanya. Kenapa sakit sangat ni? Dia tidak pernah terniat untuk mendapatkan Zaim apatah lagi mengganggu hubungan antara Zaim dengan Nida. Niat berkawan dengan Zaim seikhlas mungkin tapi kenapa dia dapat tuduhan yang sebegini rupa?
"Aku dengan Zaim hanya berkawan. Sekali pun tak terniat di hati aku nak dapatkan Zaim."
"Baguslah kalau macam tu. Lepas ni aku harap kau takkan jumpa Zaim lagi. Ni amaran last aku." Tanpa mendengar balasan daripada Adeena Nida terus melangkah pergi.
Adeena termangu disitu menghadam kata-kata Nida. Dia ni jadi penghalang antara Nida dengan Zaim ke? Dia buat hubungan diorang jadi bermasalah ke? Tapi dah sampai nak kahwin so apa salah dia? Apa yang Nida tergugat sangat dengan dia. Dah kalau dia ni bukan taste Zaim buat apa Nida nak tergugat?
Mungkin tidak hadir ke majlis Zaim lebih baik untuk dirinya dan juga Nida. Nanti lah dia fikir alasan apa yang ingin diberi kepada Zaim.
* * * *
"Awal balik long." Tegur Puan Zarina apabila Zaim melangkah keluar daripada kereta.
Zaim melangkah mendekati umi yang berada di taman mini rumah mereka.
"Along ambil half day. Nak uruskan pasal permohonan nikah." Jawab Zaim lalu melabuhkan duduk disebelah uminya.
"Habis tu dah settle ke ni?"
"Dah." Zaim melentokkan kepala dibahu uminya. Penatnya hari ni. Terkejar ke sana ke sini. Lepas ke pejabat agama tadi terus dia bergegas ke kampus mengambil Nida untuk menguruskan soal baju nikah dan baju sanding. Mujur yang lain-lain sudah diserahkan kepada wedding planner untuk diuruskan.
Puan Zarina menepuk-nepuk bahunya Zaim perlahan-lahan. Kesian melihat raut wajah si anak yang keletihan itu. "Penat ke?"
"Hmmm.. "
"Itulah tergesa-gesa sangat nak kahwin." Pangkah Puan Zarina. Dua minggu lepas apabila Zaim memberitahunya nak kahwin. Dia okay je tapi apabila Zaim mengkhabarkan lagi dua bulan memang terkejut dia. Mana sempat nak uruskan semua dalam dua bulan. Zaim ni anak sulungnya jadi nak la dia uruskan semuanya tapi Zaim berkeras yang dia akan settlekan sendiri. Nak taknak dia terpaksa akur. Sayang anak la katakan.
"Umiii... Tak happy ke along nak kahwin?" Rengek Zaim.
"Bukan tak happy. Siapa tak happy nak terima ahli baru tapi umi kalau boleh nak la juga merasa sibuk buat itu ini untuk perkahwinan along. Ni kalau dah semua serah dekat wedding planner tu apa je umi boleh tolong?" rajuk Puan Zarina pula.
"Alah along taknak susahkan umi la. Umi patut rehat-rehat je. Takyah penat-penat nak uruskan. Kita just bawak diri je nanti." Pujuk Zaim.
"Umi bukan apa long. Kalau kita urus sendiri boleh la jimat sikit duit tu. Ni bila segalanya upah orang banyak duit nak keluar tu long." Risau Puan Zarina memikirkan hal itu. Cukup ke duit? Kerja bukannya lama baru nak sampai setahun.
"Umi tak payah risau la. Along minta yang sesuai dengan bajet along mi. Lagi pun bukan along nak buat majlis yang grand pun. Kita ni bukan orang ternama pun umi nak buat majlis besar-besar. Nida pun orang biasa je mi. Lagi pun kitorang buat satu majlis tu je. Nida taknak buat dekat kampungnya sebab takut menyusahkan mak ayah dia. Ye lah diorang pun bukan larat sangat mi. Kita dah tengok kan keadaan mak ayah Nida minggu lepas macam mana." Minggu lepas Zaim sekeluarga telah bertemu dengan family Nida. Merisik sekali gus membincangkan soal majlis mereka. Kata sepakat telah dipersetujui dimana majlis akad nikah akan berlangsung dua bulan dari sekarang tanpa majlis pertunangan dan majlis bersanding akan diadakan di dewan Melati, Selangor mewakili kedua-kedua keluarga.
Sehari sebelum majlis keluarga Nida yang berada di Kedah akan berangkat ke Selangor dan menetap disebuah homestay yang disewa Zaim.
"Sebab tu la jugak umi risau lagi. Dah la buat dekat dewan. Kenapa tak buat dekat rumah kita ni je? Dekat situ dah boleh jimat dah long." Puan Zarina masih lagi risau akan bajet yang akan dikeluarkan oleh anaknya itu. Hendak tolong dari segi duit pun anaknya itu menolak.
"Umi.. Semua dah settle. Umi tak payah risau la. Pasal duit tu, alhamdulillah berkat umi ajar along menabung dari kecil lah yang along boleh uruskan semua ni tanpa risau."
Puan Zarina memang tidak nafikan soal itu. Memang dari kecil Zaim suka menabung tidak seperti adik-adiknya yang sedikit boros.
"Tapi sekurang-kurangnya duit yang along simpan tu boleh guna untuk selepas kahwin long." Ujar Puan Zarina lagi.
"Jangan risau la mi pasal duit tu. Semua cukup. Lepas kahwin pun insyaAllah boleh lagi tampung." Balas Zaim cuba menenangkan uminya walaupun sebenarnya agak semput dia sekarang ini mengenangkan duit yang keluar tapi demi Nida dan kebahagian rumahtangga mereka apa salahnya dia berbelanja lebih sedikit. Mana tahu rezeki selepas ini makin melimpah ruah.
Tbc
2909Please support me uols.. Tak mintak banyak pun.. Just vote and comment.. Vote and comment tu blh buat I bersemangat sikit nk update bab baru so please support me ya.. Tq
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...