27

2.7K 81 2
                                    

"Macam mana hidup berumahtangga?"

Adeena terkebil-kebil memandang Fatin yang menyoalnya. "Entah! Macam tu lah."

"Eh! Macam tu macam mana?" Soal Fatin tidak puas hati. Hari ini baru berkesempatan dia keluar bersama dengan rakan baiknya itu selepas masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tambah lagi dengan peristiwa yang berlaku dalam hidup kawannya itu. Dia turut bersimpati. Dipandang budak kecil yang berada di sebelah Adeena. Hmm! Beli satu percuma satu. Eh ye ke satu? Salah. Beli satu percuma dua. Pakej lengkap. Dia kasihan tapi dia pun tak dapat nak bantu. Harap-harap kawannya itu boleh berbahagia.

"Tak ada apa yang berubah Tin. Sama je macam hidup aku dulu walaupun dah tukar status jadi isteri orang." Jawab Adeena.

"Maksud kau?"

"Ye lah. Sama je hidup aku macam dulu cuma yang lainnya sekarang aku ada housemate lelaki pakej dengan budak kecik ni dan juga extra jadi penganggur berdegree. Yang lain tetap sama je. Tiada yang berubah." Terang Adeena. Apa yang dikatakan itu memang betul. Hidupnya sama sahaja seperti dahulu. Berkahwin dan sebelum berkahwin. Tiada apa yang berubah.

"Kau tidur asing? Kau biar betul?"

"Apa yang biar betulnya? Kau ingat aku berkahwin dengan siapa? Dengan lelaki idaman aku?" Pangkah Adeena tidak puas hati.

"Takde lah tapi korang kan dah kahwin takkan sorang ke hulu sorang ke hilir. Kau jangan cakap kat aku yang korang buat kontrak kahwin. Berdosa tu Deena." Jegil Fatin.

"Ish takde la sampai macam tu sekali. Aku just mintak ruang untuk adapt pasal benda ni semua. Mental aku down. Segala persiapan yang aku buat selama ni untuk orang yang aku cinta. Bila tiba-tiba semua ni terjadi aku jadi down. Kalau kau ditempat aku adakah kau akan serah diri kau macam tu je dengan orang yang kau tak cinta? Yes! Aku akui dia suami aku tapi semua ni sangat tiba-tiba. Aku masih dalam situasi mengajar diri aku untuk terima semua ni tapi susah Tin. Susah." Rintih Adeena.

"Aku faham Deena tapi sampai bila? Korang dah kahwin hampir 6 bulan dah. Kau masih tak boleh terima lagi? Buka sikit hati kau untuk dia. Lagipun dia pernah berada dalam hati kau kan?"

Adeena merenung jauh. Orang cakap memang senang tapi yang nak lalui semua itu adalah dia.

"Kau dengar tak ni?" Soal Fatin setelah Adeena hanya terdiam sepi.

"Dengar. Bukan senang semua tu Tin. Kau sebagai kawan aku yang ada ketika jatuh bangun aku, kau patut faham aku."

"Iya. Aku bukan tak faham kau tapi aku nak kau bahagia. Yang dah lepas tu lupakan. Kau coraklah kebahagian kau semula." Pinta Fatin

"Cuba kau bagitahu aku macam mana aku nak corak kebahagian aku dalam rumahtangga orang? Aku ni jadi yang kedua tau? Kau rasa orang akan anggap aku ni apa? PERAMPAS. Itu gelaran untuk aku yang jadi isteri kedua."

"Tapi bukan kau yang mintak semua tu kan? Bukan kau yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan laki orang. Orang luar tak tahu apa yang terjadi Deena. Buka la hati kau untuk terima Zaim tu. Dia dah jadi laki kau pun." Pintas Fatin.

Adeena mengeluh. "Yes betul tapi dimata orang aku ni tetap perampas." Sangkal Adeena.

"Habis tu apa keputusan kau sekarang?" Soal Fatin berputus asa.

"Entah! Zaim pun taknak kupas pasal hal ni. Dia mintak untuk kitorang cuba hubungan ni."

"Haa see? Zaim pun nak cuba so apa salahnya kau buka ruang dalam hati kau tu untuk dia. Mana tahu memang dia jodoh kau."

"Tengok la dulu."

Fatin merenung Adeena silih ganti dengan Sofea anak Zaim. Apa lah nasib kawannya itu. "Budak ni memang kau yang jaga ke?" Soalnya tiba-tiba.

"Siapa?"

Fatin muncungkan mulut maksudkan Sofea.

"Haah."

"Memang sepanjang korang kahwin ni duduk dengan korang?"

"Takde lah. Baru sebulan ni je. Sebelum ni duduk dengan mertua aku." Jelas Adeena tanpa ragu.

Fatin merenung Adeena pelik.

"Kenapa?" Soal Adeena.

"Takde lah. Mana mak dia? Kenapa kau pulak yang jaga?" Soal Fatin musykil.

Adeena mengangkat bahunya. Dia tiada jawapan untuk itu.

"Kau pernah jumpa dengan bini dia ke tak lepas korang kahwin ni?"

"Tak."

"Zaim adil ke?" Soal Fatin pula.

"Adil apa?" Soalan berbalik soalan.

"Maksud aku dia bahagikan masa dia antara kau dengan bini nombor satu dia tu adil ke?" Terang Fatin semula. Ish! Blur pula member dia sorang ni.

Adeena merenung Fatin sejenak. Dia pun musykil tentang hal ini. "Zaim tak pernah pula tak balik rumah. Selalu ada je dengan aku."

"Serius?" Soal Fatin terkejut

"Iya lah."

"Mana pergi bini dia?"

"Manalah aku tahu."

"Kau tak pernah tanya ke?" Soal Fatin lagi. Lagak macam detektif menyoal pesalah dah. Banyak betul soalannya.

"Tak. Malas."

"Memang selama hampir 6 bulan korang kahwin ni Zaim tak bermalam selain rumah korang?" Mood penyiasat on.

Adeena menganggukkan kepala.

"Sekali pun tak pernah?"

Lagi sekali kepala diangguk.

"Budak ni duduk dengan korang? Kau yang jaga? Sebelum kau jaga duduk dengan mertua kau?"

Adeena dah seperti burung belatuk. Mengangguk dari tadi.

"Sah!" Jerit Fatin.

Adeena memandang Fatin hairan. Dah kenapa dengan kawannya yang sorang ni? Mereng ke? Tiba-tiba sah. "Apa yang sahnya?"

"Kau tak rasa pelik ke?" Soal Fatin pula. Misteri dimana isteri nombor satu Zaim harus dirungkai.

"Apa yang pelik?"

"Pelik la. Kenapa Zaim tak bergilir? Kenapa tak balik rumah bini dia? Kenapa anak dia mak dia yang jaga? Lepastu sekarang kenapa kau pulak yang jaga? Kau tak pelik ke?" Soal Fatin bertubi-tubi.

"Ermm.. pelik la jugak." Adeena juga tertanya-tanya tentang itu tetapi tidak terluah dimulut untuk bertanya.

"So sah aku rasa bini dia dah meninggal." Putus Fatin dengan teorinya.

"Ish kau ni. Suka hati je cakap macam tu." Bulat mata Adeena menyangkal teori Fatin.

"Tak pun diorang dah bercerai lepas tu anak diorang dapat dekat Zaim." Ujar Fatin menukar teori pertama kepada teori kedua.

"Tak mungkin lah. Selalunya budak bawah umur kecik macam ni mesti dapat hak jagaan dekat mak." Pangkah Adeena lagi. Dia tak rasa macam tu.

"Betul jugak kan. Kalau macam tu mesti dah meninggal." Bersungguh Fatin menegakkan andaiannya.

Adeena terpikir-pikir sekali. Dah meninggal ke? Kalau belum mana Nida? Kenapa Zaim sentiasa ada dengannya?









02032022

Demi kamuWhere stories live. Discover now