34

2.8K 88 6
                                    

Pejam celik pejam celik hampir dua tahun sudah perkahwinan Adeena bersama Zaim. Percaya atau tidak selama tempoh ini tidak pernah sekalipun soal Nida muncul sehinggakan Adeena merasakan Nida tak pernah wujud dalam cerita mereka.

"Mama?"

"Iya sayang? Nak apa?" Adeena berpaling memandang Sofeaa yang menarik kerusi di meja makan itu.

"Siapa hantar Pia pergi sekolah hari ni? Mama ke daddy?" Soal Sofea tidak bermaya. Selalunya daddy yang akan hantar dia ke sekolah pagi-pagi tapi kalau daddy kena keluar awal mama lah yang tukang menghantarnya.

"Kenapa?"

"Pia masuk bilik daddy dengan mama tadi tapi daddy tak ada pun. Daddy dah keluar ke? Jadi mama ke yang hantar Pia sekolah hari ni?" Soal Sofeaa hairan.

"Aih awal-awal dah tanya daddy kenapa?" Sofeaa terus berpaling apabila mendengar suara daddynya bertanya.

"Ingatkan daddy dah pergi kerja." Balas Sofea muncung.

"Kalau daddy dah pergi kerja pun kenapa?" Soal Zaim lalu mengambil tempat sebelah anaknya itu.

"Tak ada apa." Ujar Sofea ringkas. Ingatkan mama yang hantar. Kalau mama hantar mesti boleh singgah kedai uncle Mat dulu sebelum ke sekolah tapi kalau dah daddy yang hantar memang direct ke sekolah je lah.

Hmmm! Rindu uncle Mat.

"Nak apa sebenarnya ni hmm?" Lembut Zaim melayan Sofeaa. Kalau dah begitu cemberut muka Sofeaa tahulah Zaim yang ada sesuatu yang diinginkan oleh anak itu.

"Nothing."

"Nak pergi kedai uncle Mat la tu."Sela Adeena.

"Mamaaa.." Ish mama ni kenapa bagitahu nanti lagilah daddy tak kasi pergi kedai Uncle Mat. Tak puas hati Sofeaa mengomel sendirian. Daddy dah la strict. Segala benda tak boleh buat.

"Apa? Tak betul ke?" Soal Adeena.

"Kedai uncle Mat? Buat apa?" Berkerut dahi Zaim menyoal. Buat apa kedai uncle Mat? Ada yang special ke kat sana? Setahu dia kedai tu jual cookies je and setahu dia juga kedai tu buka pukul 10 pagi. Ada sesuatu info yang dia terlepas ke ni? Dipandang Adeena dan Sofeaa silih ganti apabila masing-masing mendiamkan diri. Sorang dengan muka tak puas hati dan sorang lagi dengan muka tersengih-sengih mengusik.

"Ada something yang daddy tak tahu ke ni? Hmm? Pia?" Soal Zaim tak puas hati.

"Sayang?" Beralih pula kepada isterinya itu.

"Sebenarnya kan daddy, anak daddy yang sorang ni ada skandal dengan uncle Mat tu." Usik Adeena.

"Hah?"

"Mana ada." Dalih Sofeaa. Apa pula dia ada skandal dengan uncle Mat tu pula? Skandal tu apa?

"Betul-betul la sayang." Marah Zaim apabila dapat menangkap helah Adeena untuk mengusik Sofeaa.

"Hehe.. tak ada apa lah abang. Sofeaa ni kalau saya yang hantar kerja dia nak menyinggah kedai uncle Mat dia tu la pagi-pagi." Cerita Adeena.

"Buat apa sana?" Soal Zaim hairan.

"Aih dah kedai tu jual cookies, beli cookies la jawabnya bang." Apa slow sangat suaminya ini.

"Pagi-pagi? Bukan kedai buka pukul 10 ke?"

"Ouh! Haah.. Kedai memang buka pukul 10 tapi demi anak abang sorang ni pukul 7 pun dah buka dah kedai tu." Adeena menceritakan bagaimana mereka mula terjebak dengan kedai uncle Mat kepada Zaim.

"Sebelah kedai uncle Mat tu kan ada seven E. Haritu singgah situ Pia nak bawa bekal roti then terjumpa lah uncle Mat tu. Uncle Mat tu terlanggar Pia, maraung lah budak ni. Nak jadikan cerita uncle Mat tu pujuk lah Pia dengan cookies dia. Diajak kitorang masuk kedai dia. Panas-panas lagi dapat rasa cookies tu. Sejak haritu lah kalau saya yang hantar memang kerja nak menyinggah situ la dia."

"Ooo.. tak cerita dekat daddy pun kan? Mesti makan banyak ni sebab tu taknak daddy tahu?" Sela Zaim.

"Mana ada. Pia makan sikit je."

"Tengok gigi."

Sofeaa geleng kepala berapa kali.

"Haa gigi dah rosak la tu taknak daddy tengok gigi dia. Makan lah cookies banyak-banyak. Nanti gigi dia hilang satu-satu daddy tak tahu. Daddy dah larang tapi Pia yang taknak dengar." Usik Zaim. Saja mengusik. Dia bukan strict sangat sampai anak nak makan cookies pun tak boleh.

"Bukan Pia sorang yang makan. Mama pun suka makan. Kalau uncle Mat tu bagi Pia makan sikit je. Yang lebih tu mama yang habiskan."

Adeena jegilkan mata. Eh Sofeaa! Dia pula yang terlibat.

"Sayang?"

"Apa?" Adeena menunduk menguis sarapannya.

"Kira minggu lepas seminggu sayang hantar Sofeaa seminggu lah sayang makan cookies ya?"

"Haah! Betul tu daddy." Laju Sofeaa mengenakan mamanya.

Adeena ketap gigi. Apa ni Sofeaa?

"Sayang! You tahu kan you kena kawal gula dalam badan you? Abang bukan tak bagi sayang makan manis tapi berpada sayang. You tu mengandung. Ingat sikit pesan doktor haritu." Bebel Zaim. Aih risau kadang dengan Adeena yang mengandung 6 bulan ni. Bulan lepas time minum air gula doktor sahkan Adeena ada kencing manis sebab tu lah dia kawal sedikit pemakanan Adeena. Eh! Alih-alih belakang dia Adeena bantai makan benda manis-manis juga.

"Hmmm.. sayang makan sikit je."

Aduh! Nak kenakan Sofea tapi terjerat diri sendiri pula.

"Ye lah tu sikit. Ingat abang baru kenal sayang hari ni ke?" Sela Zaim.

Adeena terus-terusan menunduk memandang makanan dalam pinggannya. Putus selera nak makan.

"Lepas ni kalau mama makan benda manis-manis lagi bagitahu daddy." Pesan Zaim kepada Sofeaa.

"Apa pulak macam tu? Bukan selalu pun." Dalih Adeena tak puas hati.

"Yang bukan selalu tu bukan lah. Habis tu yang minggu lepas sampai seminggu tu apa cerita?"

"Itu first time la."

"Yang first tu masa hari mula-mula. Hari seterusnya tu tak jadi first time dah."

"Bukan lah. Itu first time sayang makan sampai seminggu berturut-turut. Sebelum ni mana pernah sayang buat macam tu." Balas Adeena membela diri.

"Hmm.. first time? Ini kalau abang tak tahu mahu ada second time makan manis seminggu berturut-turut kan?"

"Anak abang yang nak."

"Anak pula yang dipersalahkan."

Adeena merengus perlahan. Orang lelaki bercakap senang la. Kita yang perempuan ni yang nak mengadap kerenah anak dia dalam perut ni ha. Kalau dah terbayang-bayang depan mata keenakan cookies tu tak boleh tahan dah. Mesti dapatkan juga. Lelaki? Tahu membebel je. Itu tak boleh, ini tak boleh.

"Merajuk la tu." Ujar Zaim apabila Adeena bangun melangkah keluar dari dapur.

Sensitif betul ibu mengandung ni. Cakap sikit dah tarik muka. Kita ni cakap untuk kebaikan dia juga. Bukan tak bagi makan terus.

"Ayok daddy! Mama merajuk."

"Tak payah nak ayok kan daddy sangat. No more cookies lepas ni." Balas Zaim lalu keluar. Sofeaa terngadah. Dengan dia-dia sekali kena?


















24/04/2022

Enjoy your reading.. support me by vote and comment. Tq

Demi kamuWhere stories live. Discover now