"Baby! You ada beberapa bulan je kan lagi sebelum grad?" Zaim menyoal Nida.
Hari ini dia mempunyai kesempatan untuk meluangkan masa bersama kekasih hatinya itu. Kalau tak busy je selalu. Kalau bukan dia yang busy mesti Nida yang busy.
"Yup! Kenapa bie?"
"Apa pendapat you tentang orang yang kahwin masa belajar?" Soal Zaim.
Nida memandang Zaim tajam sebelum menjawab persoalan itu. "Ermm.. Entah lah. Diorang tu tak menyempat kut. Buat pe nak kahwin awal-awal? Habiskan dulu belajar lebih baik kut. Enjoy la dulu. Lain la umur dah 30 tapi still belajar. Tu boleh la nak consider kahwin time belajar."
Zaim terangguk-angguk mendengar pendapat Nida.
"Kenapa bie? Kenapa you tanya macam tu?" Soal Nida pelik.
"Tak ada apa. Saja tanya.. "
"Tipu! You jangan nak tipu I bie. Ni mesti ada apa-apa kan? Cepat cakap." Desak Nida. Dia tidak percaya kalau Zaim tanya tanpa sebab. Mesti ada apa-apa ni.
"Ermm.. Kalau I ajak you kahwin time you masih belajar ni mesti you tolak kan baby?" Soal Zaim berhati-hati.
Nida terkedu mendengar pertanyaan Zaim. "Bie! You tengah lamar I ke?"
"Tak ada lah. I tanya je."
"Tapi you tanya pasal kahwin bie."
"So jawapan you?" Soal Zaim lagi.
"Of course la I tolak. You bukan tak tahu cita-cita I bie. I nak habiskan degree then I nak sambung master dulu pastu kerja dalam setahun dua baru I pikir pasal kahwin." Jawab Nida.
Zaim mengangguk faham. Dah tahu jawapan Nida tapi gatal juga nak tanya.
"Tapi apa salahnya kalau you kahwin awal pun. Lagi pun I mampu la tanggung you." Ujar Zaim pula.
"Bie! Kenapa tiba-tiba keluar topik kahwin pulak ni. Umi desak you suruh kahwin ke?"
"Tak ada lah. Umi tak pernah timbulkan isu kahwin pun depan I."
"Habis tu hantu mana yang merasuk you ni bie?" Soal Nida sambil tergelak.
Zaim tersinggung dengan soalan Nida tapi dia diamkan diri sebelum menjawab persoalan itu.
"Salah ke kalau I ajak you kahwin? Perlu hantu merasuk I dulu ke baru I boleh ajak you kahwin?" Soal Zaim serius.
"Bie! You jangan la serius sangat. I melawak je kut tadi. Tak salah you nak ajak I kahwin tapi tunggu la bila I dah kerja. Sabar la dulu." Balas Nida.
"Lepas grad you memang nak sambung master dulu?" Soal Zaim lagi.
"Ye la bie. I kalau boleh nak capai cita-cita I dulu then nak kerja nak cari duit sendiri baru boleh kahwin."
Punah harapan Zaim nak kahwin dalam masa terdekat.
"Alaa soal duit tak perlu risau la baby. I boleh lagi tanggung you. Kalau you taknak lahwin time belajar kita boleh kahwin lepas you dah habis nanti lepas tu you sambung la master. I tak halang pun cita-cita you tu."
"Serius I tanya you ni bie, apa yang merasuk you sampai you bersungguh-sungguh nak ajak I kahwin ni? Sebelum ni you tak pernah timbulkan isu ni." Soal Nida tanpa mengulas kata-kata Zaim.
"Sebab I rasa kita dah patut melangkah ke fasa baru. Takkan sampai bila-bila nak bercinta je? I taknak kita bercinta lama-lama."
"Okay fine tapi I bukan minta sampai sepuluh tahun bie. Master mungkin dalam 3 tahun pastu I nak kerja dalam setahun dua. Dalam lima tahun je bie I minta you tunggu I. Tak boleh ke you tunggu?" Soal Nida mengharapkan Zaim memahaminya.
"I bukan taknak tunggu tapi I takut nanti penantian I sia-sia." Balas Zaim.
"Apa maksud you bie?"
"You cantik baby. Ramai orang yang menanti nak kan you. You pun ramai kawan. I takut nanti you berpaling dari I."
Nida tergelak menutup kegugupan yang melanda hati. Ya! Memang tak dinafikan dia ramai kawan. Especially kawan lelaki. Semua yang ingin mendekatinya dilayan tapi yang dia sayang hanyalah Zaim. Sebelum ni dia tidak melayan sangat dengan lelaki-lelaki yang mendekatinya tapi apabila Zaim tamat pengajian dan busy dengan kerja dia jadi sunyi sehingga dia melayan siapa sahaja yang mendekatinya. Niatnya hanya untuk menghilangkan bosan sahaja.
"You jangan nak mengarut la bie. Mana mungkin I nak berpaling dari you." Ujar Nida.
"Buat masa ni memang la baby. Tapi akan datang? Sebab tu I kalau boleh nak ikat you cepat-cepat. Kalau you taknak dalam masa terdekat I boleh tunggu sampai you grad degree nanti." Balas Zaim meluahkan hasrat hatinya.
"Kalau I bertegas jugak you kena tunggu lagi lima tahun you akan tunggu I ke atau you nak cari lain?" Soal Nida pula.
"Apa pula sampai nak cari lain? I tak terpikir sampai ke situ pun."
"Tapi you tak sanggup tunggu I. Kalau I bertegas dengan keputusan I dan you bertegas dengan keputusan you so mana jalan keluar untuk kita kalau tak masing-masing cari lain kan?"
Zaim mengeluh perlahan. "Kenapa pula sampai kesitu you pikir. I cuma nak you consider kurangkan tempoh lima tahun tu. Bukan nak you bagi I jawapan hari ni. Tak boleh ke you fikir dulu?" Soal Zaim perlahan. Dia bukan nak desak Nida tapi cara Nida yang tidak sedikit pun pertimbangkan niatnya membuatkan dia rasa yang Nida tidak bersungguh-sungguh dengannya.
"Look! I bukan tak fikir tau sebab I fikir la I cakap macam tu. Kalau you tak boleh tunggu I mesti you cari lain kan?"
"Dah la. Kita drop pasal ni. I taknak la you fikir melalut sampai macam ni. I just nak you consider lima tahun you tu je." Balas Zaim mengalah.
"No! Masalah tak akan selesai bie kalau you taknak tunggu I."
"Dah la. Kita tutup pasal ni. I taknak bincang dah." Ujar Zaim serabut.
"You yang bangkit soal ni bie."
Tbc
2409
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...