21

2.7K 75 7
                                    

SEMUA manusia yang berada di dalam bilik itu terdiam sepi. Masing-masing masih bingung, masih kelu dengan apa yang terjadi.

"Haris mintak maaf baba, umi." Haris panggung kepala memandang wajah baba dan uminya. Kemudian dia beralih pula memandang wajah bakal mentuanya.

"Haris mintak maaf abah, ibu." Perlahan sahaja suaranya keluar.

"Tapi Haris berani sumpah Haris tak buat semua tu." Tiba-tiba suaranya langtang bersuara.

Haris mendekati Adeena yang berada dalam pelukan ibunya. Wajah itu kosong. Mata Adeena langsung tidak ingin memandangnya.

"Sayang! Bie tak buat semua ni. Bie kena perangkap sayang. Percayalah cakap bie. I.. tak... "

"..... Bie tak tahu macam mana bie boleh berada dalam bilik hotel itu. Bie berani bersumpah dengan sayang yang bie jejak hotel itu sampai kafe je sayang. Kemudian tak tahu... " Haris melutut di hadapan Adeena dengan air mata jantannya berlinang.

"... Sayang percaya dekat bie kan? Esok kita dah nak kahwin sayang. Sayang jangan diam macam ni." Kalut Haris bersuara apabila Adeena langsung tidak bersuara.

"Abah! Abah!" Tangan tua encik Abdullah dicapai lalu digengam erat. "Abah kena percaya saya. Saya terlalu sayangkan Adeena. Tak mungkin saya sanggup khianati cinta Adeena abah. Esok kami bernikah abah."

"Habis tu anak aku yang kau heret masuk bilik hotel ni macam mana? Siapa yang nak bertanggungjawab?" Soal seorang lelaki lingkungan 50-an yang sedari tadi menyaksikan drama Haris.

"Tak! Tak! Tak!" Haris menggeleng-gelengkan kepalanya. "Saya tak heret anak encik. Saya tak tahu! Saya tak tahu!" Bingung! Keliru! Sakit kepala! Semua menyesakkan kepalanya ketika ini.

"Bukan itu persoalannya sekarang ni. Apa yang aku nak ialah kau kena bertanggungjawab!" Bengis lelaki itu berkata.

"Kau lelaki nak lepas tangan memang senang tapi tu anak aku perempuan. Apa-apa jadi macam mana?" Lurus jarinya ditunding kepada anak perempuannya.

"Tak! Takkan terjadi apa-apa." Pintas Haris laju.

"Kau yakin! Kau sedar ke? Keadaan korang pun saaangat mengaibkan tadi."

Haris terdiam! Tiada kata yang boleh membela dirinya. Ya! Dia akui keadaan mereka memang sangat mengaibkan. Dia tersedar apabila pintu bilik diketuk kuat dari luar. Dalam keadaan separuh sedar dia bangun membuka pintu. Digagahkan juga dirinya untuk berjalan dalam keadaan kepalanya yang berpusing dan apabila pintu dibuka dia dituduh melakukan maksiat dan paling memilukan dia hanya berboxer dan perempuam itu dilihat tanpa seurat benang pun diatas katil dalam keadaan kusut masai.

Puan Zarina menangis teresak-esak mengenangkan apa yang terjadi hari ini. Bagai mahu luruh jangtung apabila menerima khabar anak lelakinya ditangkap khalwat dengan pekerjanya disebuah hotel dengan keadaan mereka yang sangat memalukan.

Allahuakbar!

"Macam ni lah.." Haris terus panggung kepala memandang abah Adeena yang tiba-tiba bersuara itu.

"Kahwin lah! Jadi lelaki yang bertanggungjawab. Soal Adeena, abah mintak maaf. Abah tak dapat nak serahkan dia kepada kamu." Putus encik Abdullah lalu menarik Adeena dan isterinya untuk balik.

"Saya mintak maaf Aziz." Ujar encik Abdullah lalu bersalam dengan encik Aziz.

"Tak apa pak Lah. Saya faham. Saya mintak maaf juga atas perbuatan anak saya." Balas encik Aziz sayu.

Haris berlari memintas encik Abdullah. "Abah! Tolong." Rayu Haris. Dipandang wajah Adeena pula. Mengharapkan sedikit kepercayaan buat dirinya.

"Jadilah lelaki yang bertanggungjawab!" Pesan encik Abdullah lalu melangkah keluar daripada ruang itu.

Haris jatuh terduduk!

Mona terkebil-kebil memandang drama didepan matanya.

* * *

Jam 3 pagi encik Abdullah dan anak isterinya sampai ke rumah.

Rumah masih terang benderang dan masih ramai lagi yang belum tidur. Mungkin masing-masing tertanya-tanya kemana dia tiga beranak menghilang dalam keadaan tergesa-gesa tadi. Tiada siapa yang tahu kemana dan apa yang terjadi kecuali Najah dan Ilah.

Petang tadi Adeena balik dari pekan dalam keadaan berlinang air mata dan yang paling memusykilkan Adeena pulang dengan kereta asing daripada Najah dan Ilah.

Dia yang tiba-tiba rasa tidak sedap hati terus mengekori anaknya ke bilik. Kemudian diarahkan sekali isterinya, Najah, Ilah dan pemuda yang menghantar anaknya tadi masuk ke dalam bilik setelah Adeena hanya menangis tanpa ingin menerangkan apa yang berlaku apabila disoal olehnya.

Najah dan Ilah disoal tentang apa yang berlaku namun masing-masing hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu. Tubuh pemuda itu didekati untuk mendapatkan jawapan namun suara Adeena yang berkata mematikan langkah pak Lah.

Bagaikan ada batu besar yang terhempak dibahunya apabila anaknya mengatakan Haris ditangkap basah bersama seorang wanita di sebuah hotel.

Terkedu!

Terkelu!

Terkejut!

Tidak percaya!

Masing-masing tergamam mendengar apa yang keluar daripada mulut Adeena.

Tanpa basi-basi terus diarahkan Adeena dan isterinya mengikutinya ke Kuala Lumpur. Dia ingin melihat sendiri apakah berita itu benar.





15/02/2022




Yup betul! Haris kena tangkap basah.

Cliche?

Ya! Kakyaa tahu.

Sorry kalau cerita ini tak sehebat cerita lain.

I'm just a amateurs writer.

Hope u guys enjoy my story.

Jgn lupa support me ya!



Nota kaki tangan!
Dalam bab lepas kakya tulis puan Zarina tu ibu Adeena tapi sebenarnya nama ibu Adeena tu puan maryam la puan Zarina tu nama umi Haris..  Tertukar dah kakyaa pun. Lama sangat tinggal. Aih.. pape pun enjoy..

Byeee

Demi kamuWhere stories live. Discover now