PADA hujung minggu itu Zaim mengambil kesempatan membawa Adeena pulang ke kampung bertemu kedua ibu bapanya. Kesian dekat isterinya itu yang dah lama tak balik Perak. Walaupun Adeena tidak menyuarakan untuk pulang tapi dia tahu Adeena rindukan kedua ibu bapanya itu dan dia pasti mertuanya juga merindukan Adeena.
Nampak sahaja bumbung rumah ibu bapanya Adeena sudah tersenyum riang. Aih rindu! Dah lama tak balik. Sejak berkahwin dengan Zaim baru 3 kali dia balik. Awal-awal dulu dia protes tak mahu berjumpa ayahnya kerana paksa dia berkahwin dengan Zaim tetapi seiring dengan masa yang berlalu dia redha dan dia tahu semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Belum mati enjin kereta, Adeena sudah kalut keluar daripada kereta. Zaim disebelah menggeleng kepala melihat telatah isterinya itu. Tak menyabar.
"Assalamualaikum ibu." Ucap Adeena kepada ibunya yang berada ditangga rumah. Tangan tua itu disalam dan dicium penuh hormat. Rindunya kat ibu.
"Waalaikumsalam. Ya Allah! Kamu rupanya. Ibu ingatkan siapalah tadi. Kenapa balik tak bagitahu? Kalau tak boleh ibu prepare apa yang patut." Balas Mak Yam. Terkejut juga tadi bila melihat kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Dia yang tak berapa familiar lagi dengan kereta menantunya itu tertanya-tanya juga siapa yang datang.
"Alah ibu ni nak prepare apanya? Deena je pun yang balik."
"Tak ada lah. Kalau tahu kamu nak balik boleh lah ibu suruh abah kamu beli lauk. Entah dalam peti apa yang ada tak tahu lah." Bebel Mak Yam.
"Alah kalau tak ada lauk makan nasi saja ibu. Kalau ibu yang masak mesti sedap walaupun nasi kosong je." Balas Adeena sarkastik.
Mak Yam menampar bahu Adeena. "Pandai lah kamu. Eh! Mai naik meh." Gamit Mak Yam kepada menantunya yang baru naik ke beranda rumah bersama budak kecil disampingnya
"Assalamualaikum ibu." Ujar Zaim lalu menyalami Mak Yam.
"Waalaikumsalam Im."
"Sihat bu?"
"Sihat macam ni lah ibu. Hai! Ni budak kecik nama apa? Comeynya dia." Mak Yam mencuit hidung Sofea yang berdiri disebalik daddynya itu. Comel je badan menusuk belakang daddy kepada terjengul keluar.
"Salam nenek sayang." Zaim menarik Sofea yang berlindung di belakangnya.
Ini kali pertama Zaim dan Adeena membawa Sofea pulang ke kampung sekali.
Malu-malu Sofea menghulur tangan kepada Mak Yam.
Sejak bila jadi pemalu ini budak?
"Alah comel. Jom lah masuk dalam."
"Abah mana bu?" Soal Adeena apabila kelibat ayahnya itu tidak kelihatan.
"Ada kat dapur tu. Tidur. Korang dah makan belum ni? Ibu masak lomak pucuk ubi dengan ikan goreng je hari ni. Kamu nak makan nanti goreng lah ikan tu. Yang ibu goreng tadi tak cukup tu." Ujar Mak Yam melangkah ke bahagian dapurnya.
"Bang! Bangun. Tengok siapa datang ni." Kejut Mak Yam.
"Apa awak ni Yam?" Soal Pak Lah mamai.
"Ni anak menantu awak datang ni." Balas Mak Yam.
Zaim berlabuh di sebelah abah mertuanya yang baring di ruang tamu pada bahagian dapur itu. Tangan dihulur dan di salam penuh hormat tangan tua itu.
* * * *
"Mai lah duduk sini?" Panggil Mak Yam Kepada Sofea yang sedari tadi mengekor je kemana Adeena melangkah di dapur itu. Adeena ke singki dia ke singki, Adeena melangkah ke meja makan dia mengekor ke meja makan. Langsung tak lepas belakang Adeena.
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...