9

2.5K 107 8
                                    

ADEENA hanya tersenyum manis apabila disakat oleh sekumpulan makcik-makcik yang berada semeja dengannya. Sedikit pun dia tidak menyampuk atau turut serta dalam perbualan mereka.

"Anak ni kawan pengantin ye?" Soal salah seorang daripada tiga orang perempuan sebaya ibunya itu.

"Ya saya." Adeena mengiakan pertanyaan itu.

"Suka makcik tengok awak. Maaniiiss je. Dah berpunya ke?"

Adeena hanya senyum sebagai balasan pertanyaan makcik itu. Tidak tahu ingin membalas apa walaupun jawapan yang sepatut diberikan hanyalah sudah atau belum tetapi Adeena memilih untuk senyum sahaja. Ingin menjawab sudah rasa macam menipu, ingin menjawab belum takut nanti panjang pula topik mereka maka diam lebih baik mungkin.

"Eh! Deena dekat sini? Puas dah Zaim cari dekat bilik persalinan tu haa." Puan Zarina tiba-tiba menegur Adeena apabila dia terpandang akan Adeena yang sedang berborak dengan sanak saudaranya.

"Ouh! Ye ke? Kenapa?" Blur kejap Adeena. Kenapa Zaim cari dia?

"Laa majlis dah nak start. Deena kan pengapit diorang. Deena tak ada macam mana majlis nak jalan." Balas Puan Zarina.

Percaya atau tidak akhirnya Adeena setuju juga untuk menjadi pengapit Nida. Hari tu dia dah nekad untuk bulatkan hatinya tidak bersetuju tetapi apabila Zaim menggunakan Puan Zarina untuk memujuknya maka di sini lah dia hari ini. Hari persandingan Zaim dan Nida. Pada majlis pernikahan sebelah pagi tadi dia tak hadir. Dia hanya hadir untuk majlis persandingan petang ini sahaja.

Kata Fatin dia memang gila sebab sanggup buat semua ini tapi apakan daya, dia tak sanggup untuk menolak permintaan Puan Zarina. Dia buat semua ini hanya untuk Puan Zarina bukan untuk Zaim mahupun Nida tapi hanya untuk Puan Zarina. Di ulang sekali lagi HANYA UNTUK PUAN ZARINA.

"Ooo.. lupa pula Deena ni pengapit. Hehehe.. Deena pergi dekat diorang dulu la makcik." Ujar Adeena lalu meminta diri.

Berkali-kali Adeena cuba memenangkan dan menguatkan hatinya. Cinta dalam diam ini memang menyakitkan. Putera idaman hati akhirnya milik orang.

Untuk kali terakhir izinkan dia menatap dan memuja Zaim. Selepas ini tiada lagi Zaim dalam hidupnya.

* * * *

"Bie! Dah dapat call Deena belum? Betul ke dia setuju jadi pengapit I bie?" Nida yang sudah siap didandan itu berdiri dihadapan Zaim yang mundar mandir menelefon Adeena.

"Betul lah. Umi sendiri yang pujuk Deena. Umi cakap Deena dah setuju." Balas Zaim. Zaim sebenarnya tak sanggup nak mendesak Adeena supaya bersetuju tetapi disebabkan Nida yang hari-hari push dia suruh pujuk Adeena membuatkan dia mengambil pendekatan biar umi yang pujuk.

"Habis tu mana dia? Takkan tiba-tiba hari ni tak jadi kut. Jangan buat hal bie. Mana kita nak cekau orang lain buat pengapit." Tak senang hati Nida selagi Adeena tidak muncul. Rancangannya harus berjaya.

"Kejap lagi sampai la tu kut. Deena takkan mungkir janji. I kenal dia baby. Kita tunggu la kejap."

"Majlis dah nak start kut bie."

Tok!

Tok!

Tok!

Terhenti perbualan Zaim dan Nida. Masing-masing berpusing ke arah pintu bilik persalinan yang diketuk itu.

"Assalamualaikum. Sorry lambat." Adeena melangkah masuk ke dalam bilik itu dan mendekati Nida dan Zaim.

"Waalaikumsalam. Haa sampai pun kau. Nida ni dari tadi tak senang duduk bila kau tak muncul-muncul." Lega hati Zaim apabila Adeena muncul juga akhirnya.

Demi kamuWhere stories live. Discover now