ZAIM masuk ke bilik setelah mengunci pintu rumah. Fail dan segala barang yang dibawa dari ofis dicampakkan sahaja di sofa di dalam biliknya itu. Penat!
Adeena hanya memandang sahaja kelibat Zaim yang menuju ke wardrobe. Tiada niat untuk menegur.
Setelah mengambil tuala, Zaim berpusing ke belakang untuk ke bilik air. "Allah... " Kus semangat pusing-pusing tengok satu lembaga menatap dia. Dah la dalam keadaan samar-samar.
"Sayang tak tidur lagi?" Soal Zaim lembut.
"Hmmm.." Balas Adeena sepatah.
"Kenapa? Baby nakal ya hari ni? Kejap eh. Abang mandi jap. Nanti abang tidurkan baby kecik tu. Biasee dia ni. Awal-awal dah pandai tunjuk perangai ni. Awal-awal dah suruh mama daddy berjaga ni. Nak kena dia ni." Bebel Zaim lembut.
Setelah hampir 15 minit mandi dan bersiap, Zaim terus merebahkan diri di sebelah Adeena.
"Okay tak? Cramp ke?" Soal Zaim lembut.
Adeena menggelengkan kepala.
"Senyap je kenapa? Kenapa tak tidur lagi?" Dipandang sekilas jam yang tergantung didinding.
12.30 AM.
Lewat dia balik hari ni. Banyak sangat kerja nak kena teliti. Ada masalah berbangkit. Ingat nak balik awal tadi tapi bila ada masalah ni susah la. Nak tak nak kena stayback settle kan dulu yang mana patut.
"Kenapa ni? Hmmm?" Diam je Adeena kali ni. Pelik! Selalu ada je mulut itu berceloteh.
"Okay tak?" Soal Zaim lagi.
Adeena hanya menganggukkan kepala.
"No! You are not." Tingkah Zaim. Jangan percaya ya anak-anak. Orang perempuan ni kita kena percaya yang sebaliknya. Kalau dia kata tidak itu maknanya ya dan begitulah sebaliknya.
"Bagitahu abang kenapa?"
"Tak ada apa lah. Penat je." Balas Adeena perlahan.
"Buat apa je dekat rumah hari ni? Sofeaa nakal ke?"
"Tak lah. Sofeaa macam biasa lah dia. Mana ada nakal budak tu sorang."
"Habis tu buat apa je dekat rumah sampai penat sangat ni?"
"Nothing. Kemas rumah sikit, layan TV, makan. Tu je lah." Tidak dicerita pertemuanya denga Nida petang tadi.
Zaim menarik Adeena ke pelukannya. Di elus perut Adeena perlahan-lahan. "Lepas ni tak payah la kemas rumah. Nanti hujung minggu abang buat. Abang taknak lah sayang penat-penat macam ni."
"Alah sikit je. Bukan berat pun."
"Sikit ke banyak ke tetap tak payah buat. Tinggal je. Nanti abang buat."
"Bosan la nanti." Gumam Adeena perlahan.
"Apa?"
"Tak ada apa. Lewat abang balik hari ni." Balas Adeena menukar topik. Malas nak bahas topik buat kerja rumah. Nanti tak akan habis. Ini bukan kali pertama Zaim melarang dia buat kerja.
Apa Zaim ingat orang mengandung ni terus tak boleh buat kerja ke apa? Orang dulu-dulu siap pergi menoreh, angkat baldi baja lagi tau. Dia? Setakat pegang penyapu pun tak boleh. Ingat tak penat ke tak buat apa-apa? Penat tau. Penat overthinking. Baik buat kerja. Hilang juga segala masalah dalam kepala.
"Banyak kerja tadi. Ingat nak balik awal. Tiba-tiba pula ada masalah berbangkit." Terang Zaim.
"Ye ke?"
Zaim pusing mengadap Adeena. Cara 'ye ke' Adeena ni macam sesuatu je.
"Betul la yang. Kenapa ni?"
"Tak ada apa."
Zaim pincing mata memandang Adeena.
"Abang je ke yang stayback tadi?" Soal Adeena tiba-tiba.
"Hmmm.. " Balas Zaim mengantuk.
"Tak boleh sambung esok?"
"Apa sambung esok?" Soal Zaim mamai. Kepala dia dah ting tong. Mengantuk!
"Kerja abang lah." Sejak dua menjak ni Zaim selalu sangat balik lambat. Apa Zaim tak risau ke dia dekat rumah?
"Kalau abang tak settle kan terus esok akan banyak lagi masalah yang datang so baik abang settle terus. Esok boleh balik awal." Balas Zaim dengan mata terpejam.
"Sama je alasan abang hari-hari. Tetap juga balik lambat." Ujar Adeena tidak puas hati.
Zaim celik mata dan pusing memandang Adeena. "Kenapa ni? Apa yang tak kena?" Dari nada Adeena dia tahu ada yang tak kena.
Adeena senyap.
Zaim mengeluh. "Boleh tak kalau ada masalah tu jangan pendam. Abang bukan manusia luar biasa yang boleh baca fikiran sayang. Apa yang sayang tak puas hati sebenarnya?"
Adeena ketap bibir perlahan. Ditahan air mata daripada jatuh. Zaim tak faham dia.
"Mana ada apa." Dalih Adeena.
"Tengok! Sayang bercakap macam orang tak puas hati. Sinis-sinis. Bila abang tanya mana ada, mana ada. Abang penat tau. Esok pagi nak kena keluar dah. Balik malam-malam sayang pula macam ni." Rungut Zaim tanpa sedar ayatnya itu mengguris hati Adeena.
"Abang tak sayang Deena."
Zaim bangun dari baring. "Apa lagi ni? Apa yang sayang tengok sampai macam-macam sayang fikir ni." Drama apa yang ditonton Adeena hari ni.
"Abang la."
"Abang buat apa?"
Senyap!
"Hah tengok. Kalau abang tanya, taknak jawab. Lepas tu fikir macam-macam." Bukan Zaim tak tahu yang Adeena sekarang selalu sangat overthinking. Apa yang terjadi dalam drama pun boleh dibuat gaduh dengan dia. Benda tak ada kaitan dengan dia pun dia juga dipersalahkan.
"Communication tu penting sayang. Boleh tak you luahkan je apa yang terbuku dalam hati you tu? Abang penat tau nak hadap benda sama hari-hari."
"Abang tak faham." Balas Adeena perlahan. Sikit air mata nak menitis. Mungkin bila Zaim cakap sepatah lagi banjir lah matanya nanti.
"Apa yang abang tak faham? Macam mana abang nak faham kalau sayang cakap belit-belit macam ni."
"Dulu abang tak macam ni pun. Boleh je balik awal. Kenapa sekarang selalu sangat balik lewat. Abang pergi jumpa siapa sebenarnya?" Soal Adeena dalam teresak-esak. Dia juga sekarang ini sudah bangun dari baring.
Zaim meraup rambut ke belakang. Mata dipejam rapat. Cuba menenangkan hati.
"Kerja sayang. KERJA. Boleh tak sayang jangan fikir bukan-bukan." Pinta Zaim.
"Selalunya kerja juga tapi boleh je balik awal." Rungut Adeena.
Allahhu!
"Okay lah. Esok abang balik awal. Kerja tu biar je tertangguh sampai bila-bila." Balas Zaim malas. Cakap apa pun Adeena tetap tak faham. Biar sejuk dulu hati Adeena baru kita bahas semula. Sekarang ni dia mengantuk. Direbahkan kembali badan sambil itu ditarik Adeena untuk baring sekali. "Tidur sayang. Tolong jangan fikir bukan-bukan. Abang settlekan kerja untuk kita juga nanti. Abang settle kan semua sebab nanti nak cuti lama bila you bersalin. Tolong jangan overthinking sangat. Seharian dekat pejabat tu je. Tak ada pergi jumpa mana-mana perempuan lain kalau itu yang sayang musykil. Jumpa client pun client lelaki."
Tbc
Perempuan dengan overthinking berpisah tiada.
100423
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...