28

2.7K 88 0
                                    

HARIS melangkah masuk ke dalam rumahnya dan menapak ke arah ruang tamu. Tubuh dilabuhkan pada sofa dan mata dipejamkan buat seketika.

Penat! Seharian mengadap kerja dipejabat.

Mata dibuka semula dan satu keluhan dilepaskan. Sunyi keadaan rumahnya ketika ini. Suatu ketika dahulu dia impikan rumah ini akan bersemi dengan kehadiran isteri yang dicintainya namun itu semua hanya tinggal kenangan.

Perlahan-lahan tubuh dibawa berdiri menuju ke dalam biliknya. Badan perlu dibersihkan. Berharap tenaga kembali ada selepas terkena air.

Hampir setengah jam kemudian Haris keluar dengan tuala melilit pinggangnya. Terasa segar kembali. T-shirt putih disarung bersama dengan sweatpant kelabu kemudian langkah kaki dibawa menuju ke dapur. Ingin mencari sedikit alas perut.

Pintu peti sejuk dibuka perlahan dengan mata sekilas memandang tudung saji yang elok terletak di meja makan.

Satu tin air milo dicapai lalu kaki dibawa ke meja makan. Tudung saji dibuka dan terpampang ayam masak merah bersama kankung goreng belacan. Dia meneguk air liur. Simple tapi nampak menarik.

"Eh! You dah balik? Nak makan ke? Kejap I amik nasi."

Haris tersentak dengan teguran itu lalu menutup kembali tudung saji yang diangkat tadi. Tanpa menjawab persoalan itu dia membawa diri menuju ke ruang tamu bersama dengan air tin yang diambipnya tadi.

Laila tercengang memandang Haris yang hanya berlalu tanpa menegurnya.

"Youuu.." Laila mencuba nasib memanggil Haris. Walaupun dia tahu yang dia bakal dipalaukan tapi dia tetap mencuba. Langkah kaki dibawa mengikut Haris ke ruang tamu.

"Hari ni I masak ayam masak merah favourite you." Ujar Laila cuba untuk membuka perbualan antara mereka. Hari-hari sejak mereka duduk rumah sendiri dia masakkan untuk Haris tapi tidak pernah walau sekalipun Haris merasa masakannya. Sedikit terkilan tapi dia tahu dia kena kuat kerna dia tahu semua ini berpunca dari dirinya.

"You tak nak makan?"

Haris diam.

"Ermm.. you?" Laila jeda buat seketika. Mati akal untuk berbicara apabila Haris membuatnya bagai tidak wujud disitu.

"I tak sihat."

Haris mengalih pandangan memandang Laila sekilas lalu kembali fokus kepada berita yang ditayangkan di televisyen.

Motif beritahu dia?

"You.." Laila cuba meraih tangan Haris.

"Ish! Apa ni?" Bentak Haris lalu menarik kembali tangannya.

"I ada sesuatu nak beritahu you." Ujar Laila sayu. Sedih dengan layanan Haris terhadapnya. Hati Haris terlalu keras untuk dia lembutkan. Bukan ini yang dia harapkan. Dia ingatkan bila dah lama-lama Haris akan terbuka hati untuk menerimanya namun hati Haris tetap juga begitu. Dia ingat dengan secebis kebahagian yang pernah mereka kecapi dahulu Haris boleh berlembut hati tapi ternyata tidak.

"Cakap je lah. Aku dengar." Balas Haris rimas.

"I pregnant!"

Haris terkedu. Pregnant?

Laila menanti respon daripada Haris.

"You! Dengar tak?" Soal Laila apabila Haris hanya tercengang tanpa merespon.

"Anak siapa?"

Laila tersentak. Pedih sampai ke ulu hati mendengar soalan Haris. "Jahat sangat ke I ni dimata you? I rasa I tak perlu jawab soalan tu. You sendiri tahu jawapannya." Balas Laila lalu bangkit berlalu ke dalam bilik. Dia tidak betah berada disitu. Air matanya tunggu masa sahaja untuk dihamburkan.

Haris meraup wajah. Dia tidak bersedia untuk itu. Di awal perkahwinan dia nekad untuk menceraikan Laila tetapi apabila pikiran dirasuk dengan syaitan dia mengambil keputusan untuk mendera Laila dalam perkhawinan yang diinginkan oleh Laila. Dia meniduri Laila dengan kasar. Dia melayan Laila hanya ketika diranjang. Selebihnya dia menganggap Laila tidak wujud dalam hidupnya.

Sekarang pregnant? Ya Allah! Apa dia dah buat? Dia tidak bersedia. Bukan itu yang dia inginkan.

* * * *

"Mama?"

Deena memandang wajah polos Sofea yang memanggilnya.

Iya! Sekarang  anak tirinya itu sudah mengubah panggilan memanggilnya mama. Kata Sofea kawan-kawannya ada mama tapi kenapa dia tiada mama jadi Adeena dengan separuh rela merelakan diri menjadi mama kepada Sofea. Kasihnya sedikit sebanyak tumpah buat Sofea. Melihat wajah polos yang sentiasa ceria itu membuatkan hari-harinya terisi.

"Ya."

"Daddy suruh mama bersiap." Beritahu anak itu tentang arahan daddy kepadanya tadi.

"Nak pergi mana?" Soal Adeena hairan.

"Kita keluar makan kat luar hari ni. Awak tak payah masak." Balas Zaim yang baru tiba di ruang tamu itu.

"Yeayyyyy!!!" Sorak Sofea. Soronok dapat keluar.

"Ouh! Okay." Ingin menolak tapi raut wajah Sofea yang terlampau gembira itu membantutkan niat Adeena.

"Jangan happy sangat. Kalau tak behave daddy tinggal Pia rumah nenek nanti." Usik Zaim.

"Pia behave la daddy. Pia kan budak baik. Kan mama?" Balas Sofea lalu berlari mengikut Adeena yang sudah melangkah menapak ke biliknya.

"Iya." Balas Adeena melayan karenah anak tirinya itu. Sofea menjerit suka apabila mama menyebelahinya.

Hampir setengah jam kemudian mereka sudah berada di dalam kereta menuju ke destinasi yang dirancang Zaim.

"Makan kat mana?" Soal Adeena memecah kesunyian apabila Zaim hanya senyap memandu. Sofea pula sibuk bermain dengan anak patungnya di tempat duduk belakang.

Hubungannya dengan Zaim sekarang sedikit sebanyak nampak perubahannya. Perlahan-lahan Adeena cuba menyesuaikan diri menjadi isteri Zaim. Dia sudah boleh bersembang dengan Zaim, sudah boleh bergurau senda dengan Zaim. Sedikit sebanyak perasaan selesa itu wujud apabila dia berada dengan Zaim. Tiada lagi kekok. Dia cuba untuk menerima kenyataan yang Zaim adalah suaminya namun hanya ada satu yang belum berubah dalam hidup mereka.

Tempat tidur.

Mereka masih lagi tidur di bilik berasingan biarpun sudah hampir setahun mereka berada dalam ikatan perkahwinan.

"Kita makan tempat biasa kita lepak dulu. Rasa rindu nak balik zaman dulu. Zaman awak tak pernah berkira dengan abang. Zaman awak tak pernah jaga perilaku dengan abang." Zaim melirik sekilas memandang Adeena disebelahnya. Sesungguhnya dia rindu dengan Adeena sahabat baiknya yang dahulu. Bukan yang sekarang yang sentiasa berhati-hati, yang sentiasa menjaga tutur kata apabila berada dengannya.

"Awak tak rindu?" Soal Zaim apabila Adeena terdiam tanpa merespon.

"Hmm.." Adeena terkedu. Rindu ke dia? Entah lah.

"Abang rindu dengan awak yang dulu."

Adeena memandang Zaim. "Saya yang dulu?"

Zaim menggangguk.

"Saya yang dulu macam mana? Sekarang macam mana?"

"Dulu orang tu pantang tolak permintaan dia mesti merajuk. Kalau tak dapat apa-apa mesti merengek. Orang tu dulu manja tapi sekarang orang tu dah lain. Dia layan abang macam orang yang dia baru kenal semalam je." Usik Zaim lalu mencuit hidung Adeena.

Muka Adeena merona kemerahan. Uhh! Menyesal tanya.

Malu apabila diusik sebegitu. Iya! Dia akui dulu dia memang buat perangai tak cukup umur kalau dengan Zaim. Ye lah, dengan orang yang kita suka kan, segala perangai tu auto terkeluar.

Tiba-tiba Adeena juga rindu dengan kenangan dulu-dulu.







16032022

Demi kamuWhere stories live. Discover now