ADEENA berjalan ke hulu ke hilir ditengah ruang tamu rumah. Apabila penat dia mengambil tempat di kerusi sebentar kemudian dia sambung balik rutin tadi.
Fikirannya agak terganggu sejak dia dapat mesej dari seseorang tadi.
I nak jumpa you petang ni dekat cafe matahari jam 3 petang
I harap you datang
Dia tahu siapa yang menghantarnya. Perlu pergi ke tak?
Tapi kenapa nak jumpa dia? Dia tiada urusan dengan perempuan itu.
Kalau bagitahu Zaim mesti Zaim tak bagi pergi.
Tak payah pergi lah.
Dia tu siapa nak arah-arahkan orang macam tu.
"Ish serabut betul. Suka-suka je cakap i nak jumpa you dekat sini sini sini. Lepas tu tahu pulak berlembut. I harap you datang eh. Uhh tak kuasa." Bebel Adeena sendirian.
Perempuan tu ingat dia siapa?
Menteri ke?
Tunggulah sampai musang berjanggut kat sana.
Ahhhh! Tapi dia nak tahu kenapa perempuan nak jumpa dia. Kenapa tak jumpa Zaim je.
Mana kau tahu dia tak jumpa Zaim? Nak-nak dia dah puas jumpa Zaim itu yang Zaim selalu balik lewat je kerja sekarang ni. Kau duduk rumah apa tahu?
Ish! Zaim balik lewat sebab kerja. Kan Zaim sendiri yang cakap seminggu dua ni dia akan busy.
Kau percaya?
Perempuan tu bekas kekasih dia kut. Pernah jadi isteri lagi. Takkan Zaim nak cakap kat kau yang dia nak pergi jumpa bekas isteri dia. Mesti lah dia bagitahu kau dia busy.
"No no no.. Zaim tak tipu. Zaim busy. Jangan berfikiran bukan-bukan Deena. Cool down! Kau kena tenang. Jangan melatah. Percaya Zaim." Nafas ditarik panjang menghilangkan fikiran negatifnya.
Yes! Kau isteri Zaim yang sah sekarang ni bukan perempuan tu so jangan pernah tergugat.
Ayuh! Semangat Deena. Tak ada apa-apa pun. Kau tiada urusan dengan dia so abaikan mesej tu.
Okay abaikan.
Jomlah kita masak tengahari.
"Baby lapar ya? Jom kita tengok apa ada dalam peti. Kita makan simple je ya tengah hari ni. Mama tak larat lah." Peti sejuk diselongkar mencari bahan untuk memasak.
* * * *
ANIDA mengacau-ngacau jus oren yang dipesannya menggunakan straw. Jam ditangan dilirik sekilas. Sudah 30 minit berlalu sejak dia menapak duduk di kafe ini tapi bayang orang yang ingin ditemuinya tak kunjung tiba juga.
Hmmm!
Mungkin bukan hari ini.
Tak apa kita cuba lain kali.
Beg tangan diambil sebelum dia bangun untuk ke keluar.
"Nak pergi mana? Duduk la?" Pelawa Adeena selamba sebelum dia mengambil tempat di salah satu kerusi. Lagak macam dia pula tuan yang ajak berjumpa.
Anida terlopong. Sombong! Desis hatinya. Dah setengah jam dia menunggu tapi langsung tak ada perkataan maaf eh. Ditarik kembali kerusi sebelum melabuhkan duduk dihadapan Adeena.
"Order?"
"Ouh tak pe. I datang bukan untuk makan." Balas Adeen.
Anida senyum sinis. "Atleast order la air takut haus pulak you nanti. Maklumlah banyak pula i nak cakap dengan you harini."
Selepas pelayan mengambil order, Adeena terus memandang Anida. "Atas tujuan apa you nak jumpa i hari ni?" Soal Adeena direct. Dia tak ada masa nak berkias-kias.
"Saja. Nak tanya khabar you. Happy ke?"
Adeena senyum perlahan. "Alhamdulillah. As you can see, i'm happy with MY fimily." Balas Adeena. Sengaja ditekankan perkataan my itu.
"Baguslah macam tu. Biasalah. Perampaskan memang sentiasa berbahagia atas penderitaan orang."
Degg!
Hati Adeena terbakar mendengar ujaran dari Anida.
"Wait you bercakap pasal siapa eh?"
"Entah. Sendiri tahu lah." Balas Anida.
"Tak adalah. Kalau nak cakap pasal i, rasa macam bukan sebab i tak pernah pegang title perampas. I kahwin dengan suami i pun time dia pegang title DUDA bukan suami orang dan sewaktu dia jadi suami orang pun i tak pernah contact dia apatah lagi jumpa dia. So siapa eh yang you maksudkan? Sorry la diri sendiri ni tak berapa nak tahu. Kalau boleh you explain please." Ujar Adeena sarkastik. Eh! Ini Adeena la. Ingat dia tergugat ke? Huhhh.
Anida ketap gigi perlahan. Nampaknya Adeena sekarang bukan Adeena yang dulu. "I tak sebut pulak you merampas suami i ke bekas suami i ke. Yang i cakap sekarang ni kebahagian i. You dah rampas kebahagian yang i dan Zaim rancang lama dulu. Anak i. I tak tahu apa yang you dah hasut anak i sampai Sofeaa tak kenal i. Dia lebihkan you daripada i mummy kandung dia sendiri."
Adeena gelak perlahan. "You yang tinggalkan mereka lepastu you expect apa? Zaim akan kekal cintakan you? Or Sofeaa akan terus ingat you? Macam tu? You ingat Sofeaa budak umur 17 tahun nak faham semua benda. Eh common la. You tinggal time budak tu umur setahun lebih. Sekali pun lepas tu you tak pernah nak jenguk anak you. So you fikir budak tu akan faham?
Budak umur macam tu akan appreciate siapa yang ada dengan dia. Siapa yang bagi kasih sayang dekat. Yes! You memang mak kandung dia tapi siapa yang ada dengan dia? Me!" Balas Adeena sinis.
"Tapi kalau you tak muncul depan Zaim semua ni takkan jadi. Zaim mesti akan tunggu i balik. Mesti sekarang i dah bahagia dengan family i balik."
"Yakinnya. Zaim tu lelaki. Kalau pun bukan i pasti akan ada perempuan lain yang berada ditempat i sekarang."
"Of course I yakin. Zaim tu setia orangnya dan i tahu you sedia maklum tentang itu sebab you kan pernah jadi bestfriend Zaim dulu." Provok Anida.
"Sekali Zaim cintakan I, dia akan terus cintakan I. Kami berpisah bukan sebab cinta kami dah hilang. So you rasa Zaim cintakan you ke?" Sambung Anida lagi.
Hati Adeena sudah pedih terhiris. Dia sudah tidak betah duduk disini lagi. "So you nak I buat?"
"Pulangkan Zaim dan anak I. Pulangkan kebahagian i."
"Hmm macam mana nak cakap eh? I ni bukan perempuan yang mengikut je membuta tuli. Sekali Zaim tu jadi hak I akan terus jadi hak i. Kalau you desprate sangat nak Zaim pergilah bagi tahu dia. Bukan i." Balas Adeena lalu bangun keluar dari kafe. Dia sudah tidak betah duduk disitu lagi. Hati dia sakit sangat.
Allah! Dugaan apa ini?
Bekas isteri datang tuntut haknya.
Tbc
090423
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...