RASA macam nak lari balik kampung tetapi Adeena tahu ini bukan jalan penyelesaiannya.
Tetapi dia perlukan sangat ketenangan. Hati dia tak tenang sangat sekarang ini. Fikiran bercelaru. Macam-macam bermain difikirannya.
Satu kata menyuruh dia lari dari Zaim. Satu kata menyuruh dia percaya Zaim.
Bukan dia tak nak percaya tapi entah lah susah dia nak ungkapkan.
Nida itu pernah jadi cinta mati Zaim sedangkan dia?
Mungkin Zaim cintakan dia atas sekadar tanggungjawab yang dipikul.
Apa perlu dia buat sekarang ini?
Pertahankan Zaim atau biarkan Zaim bersama dengan cinta hatinya semula?
Adakah dia penghalang cinta mereka bertaut semula?
Tapi Zaim suaminya sekarang ini.
Zaim hak dia. Tak salah kalau dia pertahankan Zaim.
Nida itu hanya masa lalu Zaim.
Pedulikan apa kata Nida. Nida tiada hak. Zaim itu miliknya. Dia tidak pernah merampas Zaim daripada Nida atau sesiapa pun.
"Assalamualaikum."
Adeena panggung kepala melihat Zaim yang baru melangkah masuk ke kamar mereka. Salam dijawab perlahan.
Diperhatikan sahaja Zaim yang mencapai tuala lalu berlalu ke dalam bilik air untuk membersihkan diri setelah pulang daripada kerja.
Penat sangat nampak muka Zaim tu. Sejak dua tiga hari lepas Zaim dah kembali balik seperti kebiasaannya. Tiada lagi balik jam 11 or 12 malam.
Alhamdulillah! Zaim buat dia yakin bahawa sayang Zaim hanya buat dia.
Cakap lah dia berperangai macam budak-budak sekali pun. Dia tak kisah.
Awak semua tak duduk tempat dia. Cuba awak semua duduk tempat dia, apa yang awak semua rasa?
Rendah rendah.
Tak percaya diri.
Semua perasaan itu datang dengan sendiri bila hubungan yang kita bina bukan berlandaskan cinta pada mulanya.
Zaim menghampiri Adeena yang nampak bagaikan lolos dalam dunianya sendiri setelah dia siap berpakaian.
"Termenung apa yang?" Apa lagi yang dipikirkan Adeena?
Adeena terkejut mendengar suara Zaim. Jauh rupanya dia termenung sampaikan Zaim sudah siap pakai baju. Rasanya tadi baru masuk bilik air.
"Tak ada menung apa lah."
"Jom turun bawah. Abang ada beli pisang goreng balik tadi. Sayang tak ada masak apa-apa kan untuk minum petang?" Ditarik tangan Adeena membuntuti langkahnya.
"Tak ada. Tak larat lah nak masak. Tengah hari tadi pun masak nasi dengan ayam goreng je." Adeena menurut sahaja langkah Zaim yang menariknya.
"Abang tak apa kan malam ni pun kita makan nasi dengan ayam goreng je?" Sambung Adeena setelah diam sejenak mengambil nafas dalam. Mengah juga bercakap sambil berjalan ni.
Zaim menarik kerusi dimeja makan menyuruh Adeena duduk terlebih dahulu. "Duduk! Biar abang buat air kejap." Dicapai satu pinggan kosong untuk meletakkan pisang goreng yang dibeli tadi.
"Ambil je air dalam peti tu. Sayang ada buat tadi." Balas Adeena sebelum sempat Zaim mencari jug air.
Zaim kembali ke arah Adeena dengan 2 biji gelas dan sejug air.
Macam ini lah kalau lelaki buat kerja ya guys. Satu-satu diangkutnya. Kan senang kalau letak dalam satu dulang je. Kemudian angkat.
"Sofeaa tidur ke yang? Senyap je rumah ni. Selalu petang-petang ni riuh dengan suara dia je."
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...