SC 4

5.6K 93 8
                                    

SEORANG demi seorang meninggalkan Tanah Perkuburan Islam Hadhari di Bangi itu.

Tinggallah Zaim berteleku merenung tanah yang masih merah dimana seketika tadi dia turut menjadi salah seorang yang menurunkan jasad ke liang lahad. Khidmat terakhir daripada dia kepada si dia sebagai ucapan terima kasih untuk segala kenangan mereka.

Setelah beberapa minit, Zaim bangun menggulung tikar. Dia menerima segala takdir yang telah ditentukan untuk dia.

Perlahan-lahan langkah kaki dibawa menuju ke kereta sebelum bergerak pulang.

Selamat tinggal. Doanya agar roh dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Damailah dikau disana.

Sampai sahaja dirumah uminya, dari luar sudah kedengaran tangisan Eshal. Bergegas Zaim menapak masuk ke dalam rumah.

"Kenapa ni sayang?" Laju Zaim mengambil Eshal daripada dukungan uminya. Dipujuk si anak agar berhenti menangis.

"Tak tahu lah nak apa. Bagi susu taknak. Bagi makan pun taknak." Risau Puan Zarina apabila Eshal menolak segala yang diberikan.

"Rindu mamanya mungkin. Dia tahu yang mamanya takde." Sambung Puan Zarina.

Zaim berusaha menahan tangis daripada keluar apabila mendengar kata-kata Puan Zarina. "Sayang rindu mama? Daddy pun rindu."

Puan Zarina turut sebak melihat nasib Zaim dan cucunya itu. "Sabarlah along. Semua yang terjadi ni telah diatur oleh-Nya. Ikhlaskan semuanya." Nasihat Puan Zarina.

"Ermmm.. " Balas Zaim sepatah. Dia sedang sedaya upaya untuk mengikhlaskan segalanya. Bukan dia tak mahu terima takdir tapi dia memerlukan sedikit masa untuk menerima. Sekelip mata semuanya berlaku. Bagaikan mimpi tapi ini adalah kenyataan.

"Shhh.. shhh.. nanti.. nanti daddy bawak Ehsal lawat mama. Nanti kita tengok mama ya. Mama mesti tengah tunggu kita." Pujuk Zaim. Eshal diam berhenti menangis seolah-olah anak itu faham segala gelodak di hati daddy nya.

"Sofeaa macam mana umi?" Soal Zaim apabila teringat akan permata hatinya yang pertama. Sejak perkara ini berlaku dia bagaikan lupa dengan anak-anaknya. Dia lupa bukan sahaja dia yang bersedih. Dia lupa yang anak-anaknya juga kehilangan. Dia lupa yang anaknya juga perlukan sokongan dan perhatian daripadanya.

"Sejak balik dari kubur tadi berkurung dalam bilik. Mungkin along boleh pergi tengok dia nanti. Along pujuk lah dia elok-elok. Eshal mungkin tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang tapi Sofeaa dah besar long. Sedikit sebanyak mungkin dia dah faham sebuah kehilangan Along cakap lah elok-elok dengan dia." Balas Puan Zarina.

Zaim menganggukkan kepalanya. Berhati-hati Zaim meletakkan Eshal di toto yang telah Puan Zarina bentangkan di ruang tamu rumah setelah anak itu terlena. Kelelahan akibat menangis tadi mungkin.

Dia menarik nafas dalam sebelum menapak ke bilik Sofeaa. Anak itu lebih memerlukan dia sekarang ini.

Zaim membuka pintu sedikit lalu menjengukkan kepala untuk melihat anak itu sedang buat apa. "Anak daddy ni buat apa?" Soal Zaim apabila menghampiri Sofeaa yang berteleku dia meja study. Kelihatan satu potret terdampar diatas meja itu bersama sebuah buku catatan.

Sofeaa memandang daddynya sekilas sebelum menatap potret itu kembali. "Kenapa semua orang tinggalkan Sofeaa? Mummy tinggalkan Sofeaa. Mama pun tinggalkan Sofeaa. Sofeaa ni tak boleh ada mummy atau mama ke dalam hidup Sofeaa? Mereka tak sayang Feaa ke?" Soal Sofeaa polos. Kenapa rasa gembira ada mama dengan mummy tu hanya seketika? Dia tak layak ke untuk ada mama atau mummy? Kawan-kawan dia semua happy je ada mama dengan papa tinggal sama-sama. Dia? Semua sekejap je.

Demi kamuWhere stories live. Discover now