32

2.8K 86 5
                                    

"Adik!"

"Hmmm!"

"Dah ada isi ke?"

Uhuks!

Zaim tersedak air kopi yang diminumnya. Aduh! Orang lain yang ditanya kenapa dia pula yang tersedak?

"Kenapa Im? Panas sangat eh air ibu buat tu?" Soal Mak Yam lurus.

"Eh! Okay je ni ibu. Im ni gelojoh sangat minum. Hehe!" Bantai je la labu. Takkan nak cakap 'eh! Tak la ibu. Tersedak sebab soalan ibu tanya Deena tadi.' Hmm.. Buat malu je.

"Ish! Kamu ni pun hati-hati la minum tu. Eh! Adik? Dengar tak ibu tanya tadi?" Mak Yam kembali menyoal Adeena.

"Apa ibu?"

Cemberut muka Mak Yam. Orang duk bercakap potpet potpet dia boleh duk tanya apa ibu. "Kamu tu dah ada isi ke?" Soal Mak Yam kembali.

"Isi apa?" Adeena blur. Dipandang Zaim yang berada disofa hujung dengan Sofea berada dipangkuan.

Mak Yam mengeluh perlahan. Apa blur sangat anaknya yang satu ini. Takkan bahasa kiasan simple macam ni pun tak boleh nak tangkap? Nak kata bengap sekolah sampai universiti dah.

"Tu dalam tu.. dah ada isi belum?" Muncung mulut Mak Yam menunjukkan arah perut Adeena.

"Ouh! Dalam ni. Ada dah." Lurus Adeena menjawab.

Uhuks!

Sekali lagi Zaim tersedak dengan jawapan balas daripada Adeena dan lebih sadis kali ini tersedak air liur sendiri. Huuuuuu!

"Betul ke?" Ceria Mak Yam menyoal. Tak kisah dah dengan menantu yang tersedak lagi sekali tu. "Berapa bulan dah?" Soal Mak Yam lagi. Yuhuuuu! Nak dapat cucu lagi.

"Baru sejam ibu."

"Hah? Apa yang baru sejam." Mak Yam tercengang.

"Dalam perut ni la. Baru isi sejam yang lalu."

Pak!

"Aduh! Ibuuuu.. sakit la." Adeena mengaduh. Tiba-tiba kena pukul. Tak sempat nak elak. Laju betul tangan Mak Yam ni.

"Main-main lagi. Kalau orang tanya ni bukan nak jawab elok-elok." Marah Mak Yam. Baru nak excited lebih tapi kena game rupanya.

Nak marah tapi kena sabarrr!

"Dah ibu tu tanya soalan yang bukan-bukan lagi."

"Apa yang bukan-bukannya? Kamu tu dah berumahtangga, dah jadi isteri orang dah. Lain la kalau kamu tu bujang trang tang tang lagi." Bebel Mak Yam.

Zaim senyum melihat gelagak Adeena dan ibu mertuanya. Adeena menjeling tajam ke arah Zaim apabila melihat senyuman yang tersungging di bibir lelaki itu. Suka la tu tengok dia kena bebel. Dia faham je soalan ibunya tadi tapi saja buat-buat tak faham. Ingat nak mengelat tapi tak boleh. Hmmm!

"Ke kamu merangcang ni? Hah adik? Im? Korang merancang ke?" Serang Mak Yam lagi. Dipandang wajah Adeena silih ganti dengan Zaim.

"Eh! Tak la ibu. Kami tak merancang pun." Jawab Zaim. Bila masa nak merancangnya? Duduk bincang sekali pasal ni pun tak pernah bahkan tidur pun asing-asing. Lepas tu celah mana nak ada isinya?

"Dah tu?"

"Tak ada rezeki lagi la tu ibu." Balas Adeena pula.

"Kamu ni tak usaha lebih." Pangkas Mak Yam.

"Ibu!"

"Apa? Betul lah kan? Dah dekat setahun korang kahwin kan?" Balas Mak Yam pula apabila Adeena memanggilnya tak puas hati.

Adeena mendengus geram. Dia rasa ibunya ini macam tipikal mak mertua yang jahat pula. Yang sibuk cari salah menantu bila tak dapat bagi cucu lepas tu paksa anak dia kahwin lain.

Hmm! Drama sangat seorang Adeena.

"Baru setahun ibu. Belum masuk sepuluh tahun lagi." Bidas Adeena.

"Ish! Kamu ni. Apa pula cakap macam tu. Nanti sepuluh tahun baru dapat anak baru kamu tahu." Marah Mak Yam.

"Tak bukan tu maksud Deena. Bukan Deena doakan nanti sepuluh tahun baru nak ada anak tapi itu semua rezeki ibu."

"Ye lah tapi kalau tak usaha mana nak dapat rezeki tu. Ingat rezeki ni datang bergolek kalau tak di cari? Macam rezeki terpijak?" Bebel Mak Yam lagi.

"Kami tak merancang ibu. InsyaAllah nanti ada la tu. Ibu jangan risau ya? Ibu doakan je yang terbaik buat kami." Pujuk Zaim. Kalau dibiar lama-lama boleh buat gaduh ni bincang hal ini sahaja.

"Tak apa ibu. Malam ni kami usaha lebih. InsyaAllah esok ibu dapat cucu." Pintas Adeena geram.

Zaim menelan air liur. Ewah! Bukan main cakap. Sembang pung pang pung pang tapi kalau bersentuhan dengan dia pun dah terenjat segala saraf. Ada hati sembang macam tu.

"Hah! Jangan cakap saja tapi buatnya tidok." Bidas Mak Yam. "Pia tidur dengan nenek malam ni nak?" Soal Mak Yam kepada Sofea yang sudah tersengguk-sengguk dipangkuan Zaim.

Sofea menggeleng.

"Ala jom la tidur dengan nenek. Pia nak baby tak?" Pancing Mak Yam.

Ek! Adeena panggung kepala memandang ibunya. Apa hal nak libatkan Sofea pula?

"Baby?" Soal Sofea mamai.

"Haah. Baby!. Adik Sofea. Nanti boleh main dengan adik. Nak?" Pancing Mak Yam lagi.

"Nak!" Bersungguh Sofea menjawab. Hilang terus mamai dia.

Mak Yam senyum kemenangan. "Haa kalau nak mintak dengan mama dengan daddy tapi Sofea kena tidur dengan nenek. Boleh?" Terang Mak Yam.

"Boleh."

Adeena jengil mata. Eh! Budak ni. Tadi bukan main takut. Nak dekat dengan Mak Yam pun tak mau. Awat malam ni sekali pujuk pun dah jalan?

"Okay jom! Malam ni Pia kena tidur dengan nenek sebab ada orang tu tadi cakap nak usaha lebih malam ni kut-kut esok Pia dapat adik." Perli Mak Yam.

Muka Adeena cemberut habis. Zaim pula sudah senyum sinis. Terkena lah Adeena kali ini.
















25032022

Demi kamuWhere stories live. Discover now