25

3K 85 6
                                    

"Ermm.. Deena? Aaab.. aaa.. aku nak cakap sikit boleh?" Tergagap Zaim ingin biasakan diri sebagai apa.

Kekok!

Dah terbiasa bahasakan aku kau. Semalam masa dia bercakap dengan Adeena ibu mertuanya dengar so apalagi panjang ceramah rumah tangga diorang dapat. Antara suami isteri lebih baik guna perkataan yang baik-baik. Panggilan yang elok-elok. Terkulat-kulat diorang mendengar.

"Hmmm.. apa?"

"First of all aku nak minta maaf kalau tindakan aku mengawini kau ni tak menyenangkan kau. Maaf kalau kau rasa aku menyibuk dalam urusan keluarga kau. Maaf kalau kau rasa aku memandai buat keputusan tanpa persetujuan kau." Pertama kali selepas kejadian tersebut dia duduk berdua berbincang dengan Adeena.

Adeena mengeluh perlahan. "Perkara dah jadi. Aku tak suka, aku menangis macam mana sekalipun kau dah jadi suami aku. Sebelum ni aku tolak macam mana pun abah tetap dengan keputusan dia. Apa lagi aku boleh buat? Nothing!." Balas Adeena sarkastik.

Zaim telan air liur perlahan. "Hmm.. tapi mana tahu asbab perkara tu kita boleh bahagia sebagai suami isteri. Mana tahu kita memang jodoh? Tak nak cuba jayakan?" Soal Zaim berhati-hati. Dia sebagai ketua keluarga merasakan satu tanggungjawabnya untuk menjernihkan hubungan mereka.

"Iya aku akui kau kahwin pun sebab terpaksa dan kita pun bukan saling mencintai tapi apa salahnya kalau kita cuba kan?"

Begitu pedih ayat Zaim menghiris hati Adeena. Dulu dia pernah mencintai Zaim. Pernah memasang angan untuk bahagia disamping Zaim tapi akhirnya dia hanya dihina oleh isteri Zaim so sanggupkah dia ingin mencuba bahagia dalam kebahagian orang lain?

"Nida macam mana? Dia tahu ke kau kahwin dengan aku?"

Zaim terkedu dengan soalan Adeena. "Hah? Ermm.. tak.. " Dalam terpaksa Zaim menjawab juga. Kalau boleh dia taknak kaitkan Nida dalam perbincangan mereka.

"So macam mana kau nak kita try hubungan ni? Aku tak rasa Nida boleh terima semua ni."

"InsyaAllah boleh." Jawab Zaim yakin. Dia pasti Nida boleh menerima kenyataan bahawa dia sudah berkahwin dengan Adeena.

Adeena senyum sinis. Yakinnya kamu! "Kau bercakap macam kau tak kenal perangai isteri kau macam mana. Setakat dulu aku dekat dengan kau pun dia dah meroyan apatah lagi sekarang kalau dia tahu kau kahwin dengan aku. Agak-agak apa nasib aku nanti?" Sadis! Begitu sadis nasibnya.

Mengharapkan bahagia bersama orang yang dicintai tetapi akhirnya kekecewaan yang diperolehi. Lepas tu berkahwin pula dengan suami orang. Wow! Apa yang abah fikir sampai sanggup serahkan dia kepada Zaim?

Menjadi isteri kedua. Siapa mahu?

"Sebab aku kenal Nida la aku cakap macam tu. Kita dah kahwin. Dia tak boleh buat apa." Balas Zaim lagi.

"Senang kau bercakap. Yang nak hadap nanti aku."

"Habis tu kau nak aku buat apa? Lepaskan kau?" Ujar Zaim geram. Adeena langsung tak mahu mencuba.

"Aku tak kahwin dengan kau lepas tu  bercerai. Atleast kita cuba la dulu. Aku janji seandainya lepas cuba kau memang tak boleh hidup dengan aku, aku akan ceraikan kau." Sambung Zaim lagi.

Adeena diam. Dia buntu. Perlu ke mencuba sesuatu yang dia pasti takkan berjaya?

"Deena.... "

"Okay lah. Kita cuba." Putus Adeena akhirnya.

"Alhamdulillah.. thank you so untuk langkah pertama boleh kita ubah panggilan kita?" Lega hati Zaim apabila Adeena bersetuju walaupun dia tahu Adeena terpaksa.

Demi kamuWhere stories live. Discover now