"Apa ni Encik?" Soal Adeena terpinga-pinga apabila dihulur sebuah paper bag.
"Ambil la." Sua Harris lagi.
"Tapi apa?"
"Buah tangan dari Terengganu."
Adeena teragak-agak ingin menyambut huluran itu.
"Ambil la. Tak kesian dekat tangan saya ke? Letih dia tunggu awak sambut." Sambung Harris lagi dengan dua maksud yang ingin disampaikan.
"Terima kasih!" Akhirnya Adeena menyambut jua. "Tapi lain kali tak payah la nak beli apa-apa untuk saya." Luah Adeena. Dia sebenarnya tak sedap ingin menerima sesuatu daripada Encik Harris sebab dia tahu nanti mesti ada mulut yang bercerita bukan-bukan.
"Kenapa?" Soal Harris.
"Tak adalah nanti apa pula orang cakap."
"Orang nak cakap apa?"
"Apa-apa je lah."
Harris mengangguk tanda mengerti. Dia tahu yang ada segelintir staf di jabatan mereka yang berbisik-bisik dibelakangnya jika dia membuat sesuatu.
"Awak jangan risau lah. Saya beli untuk semua bukan untuk awak sorang je cuma awak ada yang special sikit la and lagi special sebab awak punya saya nak kasi sendiri. Yang orang lain nanti Mona pass kan." Balas Harris membuatkan Adeena termalu sendiri. Ingatkan Harris beli untuk dia sorang je.
"Terima kasih Encik Harris."
"Kasih diterima but can you call me Harris? Just Harris." Berapa kali dah dia pesan suruh Adeena memanggil Harris sahaja tapi tak pernah lekat dimulut Adeena. Encik memang sebati je dengan mulut kecil molek tu.
"You are my bos Encik Harris."
"Yes but I as your boss ordered you to call me Harris. Boleh?"
Adeena termanggu-manggu sendiri. Nak jawab apa ni?
"Boleh tapi bukan saya je yang akan panggil Harris tapi pekerja lain pun akan panggil Harris sebab Encik bukan bos saya sorang je. Boleh macam tu Encik Harris?" Tekan Adeena.
Harris telan air liur. Pandai pula Adeena putar belit ayat dia. "Okay la macam ni. Kalau awak takut tak selesa dengan pekerja lain awak boleh panggil saya Encik Harris tapi depan diorang je la. Bila kita berdua just call me Harris. Please!" Teringin sangat ingin mendengar Adeena memanggilnya dengan nama sahaja tanpa encik didepan.
"Saya bukan sahaja tak selesa depan pekerja lain tapi saya juga tak selesa dengan Encik Harris. Encik bos saya. Saya rasa macam kurang ajar pula kalau saya panggil Encik Harris tanpa Encik didepan." Luah Adeena jujur.
"Tapi saya yang suruh kan? Bukan awak saja-saja nak panggil so dimana rude tu? Just call me Harris. Titik. Noktah. Fullstop. Saya taknak dengar alasan dah."
Adeena mengeluh perlahan. "Kenapa Encik Harris buat saya macam ni."
"You know why." Balas Harris selamba.
"Encik Harris... "
"Haarrisss... " Pintas Harris membetulkan panggilan Adeena.
Adeena pejamkan matanya dan nafas ditarik dan dihembus perlahan. Stress!
"Saya keluar dulu la bos. Terima kasih sekali lagi untuk buah tangan ni." Ujar Adeena tanpa menyebut nama Harris. Malas dah dia nak cakap soal nama panggilan ni. Setiap kali dia berjumpa Harris soal ni pasti akan dibangkitkan.
"Deena? Kenapa susah sangat awak nak bagi peluang dekat saya?" Soal Harris mematikan langkah Adeena untuk keluar.
"Boleh tak kita tak payah bincang soal ni?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Why?"
"Tak sesuai."
"Apa yang tak sesuai?"
"Kita dekat pejabat tapi bos nak cakap soal peribadi. So boleh tak kita tak payah bincang soal ni." Balas Adeena.
Harris mengeluh. Dilarang memanggil encik kini gelaran baru pula dia dapat. "Dekat mana yang sesuai?"
"Pardon?"
"Awak cakap dekat sini tak sesuai kan so dekat mana sesuai supaya kita boleh bincang hal ni?" Soal Harris.
"Tak ada yang sesuai." Balas Adeena sarkastik.
"See? Bukan tempat jadi penghalang tapi awak yang taknak bagi peluang dekat saya."
"Saya nak bagi bos peluang untuk apa?"
"I love you Deena. Tolonglah buka ruang untuk saya kenal awak." Rayu Harris. Kalau dengan merayu boleh melembutkan Adeena dia sanggup.
"Saya keluar dulu bos." Pamit Adeena tanpa mengulas soal yang diperkata oleh Harris. Sesak nafas dia berada disini lama-lama.
Harris mengeluh perlahan melihat susuk tubuh Adeena yang melangkah keluar daripada pejabatnya tanpa sempat ditahan. Biarlah Adeena keluar dahulu.
Nanti dia akan cuba lagi.
* * * *
Mona berjalan masuk ke ruang Adeena dan staf lain bekerja dengan membawa sebuah kotak.
"Adli? Sini jap." Mona memanggil Adli yang berada berdekatan dengannya.
"Apa?" Adli bangun dan berjalan lambat-lambat menghampiri Mona.
Malasnya nak hadap minah kekwat ni.
"Tolong passkan sorang satu kecuali Deena." Arah Mona dan terus berlalu keluar daripada ruangan itu. Malas nak berlama-lama disitu. Sakit hati melihat muka Adeena. Sakit lagi hati apabila melihat Adeena keluar daripada bilik Encik Harris dengan membawa paper bag pagi tadi. Special pula minah tu dapat. Uhh!
Adli terpinga-pinga apabila Mona mengarah dan berlalu begitu sahaja. "Apa ni Mona?" Laung Adli bertanya dengan Mona.
"Buah tangan dari Terengganu. Encik Harris bagi." Balas Mona kuat lalu hilang dari situ.
"Ooooo.. "
"Kenapa Deena tak dapat?" Soal office mate Deena yang berada di kubikel hujung sana apabila Adli menghulurkan kepadanya satu.
Linda yang mendengar pertanyaan itu terus menjawab. "Orang tu awal-awal lagi dah dapat la."
"Oooo.. " balas para pekerja yang berada diruangan itu. Lupa pula Adeena ni awek bos.
Muka Adeena sudah masam. Suara Kak Lin kuat macam nak suruh jabatan lain dengar sekali. Inilah yang dia malas nak terima apa-apa daripada Harris. Lepas ni ada la gosip apa-apa pula yang keluar tu.
"Bila korang nak kahwin?" Soal Adli yang terkenal dengan kaki kepoh tu. Kalah perempuan.
"Kahwin apanya?" Soal Adeena.
"Iya lah. Korang bercinta lama dah kut. Takkan taknak kahwin." Balas Adli. Yang lain turut pasang telinga mendengar perbualan Adli dan Adeena.
"Mana kau tahu yang aku dengan Encik Harris tu bercinta?" Korek Adeena. Nak juga dia tahu kenapa semua orang menggangap dia dan Harris bercinta.
"Dah kalau asyik special je kau dapat takkan tak ada apa-apa. Semua orang tahu la Encik Harris tu suka kau." Balas Adli lalu kembali ke tempatnya apabila selesai mengedar hadiah tadi.
Adeena diam. Malas dah nak komen apa-apa. Cakap tak pun orang takkan percaya kalau dah sikap Harris tunjuk sebaliknya.
Tbc
0710P/s: hai you alls.. suggest story yg best2 sikit please!! Nak release tension..
Tq -_-
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...