KECIL besar kecil besar je Zaim pandang Adeena yang sedang bergelak tawa bersama seorang tetamu yang datang beraya di rumah mertuanya itu.
Apa lawak sangat ke celoteh lelaki tu?
Dia dengar macam tak je.Bau-bau orang jeles.
"Eh! Zaim kenapa terperuk kat sini? Pergi lah sana. Macam-macam makanan ada kat meja tu haa. Kalau segan pergi cari kat dapur." Ucap Puan Maryam ketika melintasi Zaim.
"Tak apa ibu. Belum rasa nak makan lagi." Balas Zaim. Dijeling lagi ke arah Adeena di ruang makan kedua rumah mertuanya itu.
"Tambah lagi Ris." Ujar Adeena lalu menghulur nasi tambah kepada Harris.
Hari ini Harris datang beraya ke rumah keluarga Adeena. Dah lama hasrat untuk berjumpa dengan Adeena. Mungkin bulan yang mulia ini akan menjernihkan segala yang keruh dahulu.
Dulu dia tak sempat untuk betul-betul memohon maaf dengan Adeena.
Adeena pula dengan hati terbuka menerima kedatangan Harris. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap Harris. Dia tidak berdendam. Dia juga tidak marah. Yang lepas biarkan lepas. Yang kehadapan kita lalui dengan minda yang terbuka.
"I dah kenyang lah. Dah dua kali I tambah. Sedap betul nasi tomato kali ini. Tak pernah I makan nasi tomato sesedap hari ni." Ujar Harris.
Adeena gelak perlahan. "Ada-ada je you ni."
"Eh! Mana anak you? Dari tadi tak nampak pun." Soal Harris. Dia dengar Adeena dah mempunyai anak sorang tapi dari tadi dia sampai tak nampak pula anak itu.
"Tidur. Penat main tidur tak ingat dunia lah dalam bilik tu ha."
"Biasalah budak-budak kan."
Tak lama kemudian Zaim datang sambil mendukung Eshal yang menangis.
"Eh! Anak mama dah bangun? Meh sini kat mama meh." Diambil Eshal ditangan Zaim.
"Jom sayang. Mama kenalkan dengan papa Harris.
Harris! Ni lah anak I. Anak manja busyuk masyam ni." Ujar Adeena sambil mengusik Eshal. Ketawa mengekek Eshal apabila dicium bertalu-talu oleh Adeena.
"Hai! Comel nye dia." Harris mencuit sedikit dagu Eshal tapi cepat-cepat Eshal berpaling menyorok muka didada mamanya.
Eshal malu!
"Salam papa Harris sayang!"
Harris terkaku. Dah dua kali Adeena bahasakan dia sebagai papa Harris. Motif Adeena dia tidak tahu sebab apa tapi yang pasti dia tahu yang Adeena sengaja untuk mengenakan Zaim. Bukan dia tak perasaan pandangan tajam Zaim sejak dia sampai tadi dan bukan dia tak perasaan juga situasi di antara Adeena dan Zaim yang agak dingin baginya.
Zaim pula mengherotkan bibirnya mengajuk percakapan Adeena. "Salam papa Harris sayang.
Daddy dia masih hidup lagi lah kat sini." Ujar Zaim perlahan.
"Eeee comellah. Malu-malu pula. Geram pula I. Berapa umur dak kecik ni?"
"Baru masuk setahun." Balas Adeena. Siapa je tak geram bila tengok Eshal. Dengan tubuhnya yang debab. Mata yang bulat. Rambut yang lebat. Setiap kali senyum mesti terlihat lesung pipitnya.
Comel!
"Memang lah comel. Tengok lah anak siapa." Omel Zaim perlahan.
Sudah setahun usia anaknya itu. Ini bermakna sudah setahun juga hubungan dia dengan Adeena dingin.
Dulu sewaktu kejadian Adeena mengamuk, dia ikutkan apa Adeena mahu.
Adeena mahu dia pergi. Dia pergi tetapi pergi dia bukan bermaksud untuk melepaskan Adeena. Pergi dia hanya untuk memberi ruang kepada Adeena bertenang juga ruang kepada dirinya untuk membetulkan diri sendiri.
Tiga bulan dia memencilkan diri daripada Adeena dan semua orang. Kemudian dia kembali dengan semangat baru. Semangat untuk membetulkan dan menjernihkan kembali hubungan mereka tapi macam keadaan sekaranglah Adeena memang membuatnya seperti halimunan. Sedikit pun Adeena tidak mengendahkannya. Mujur sahaja Adeena tidak memisahkan dia dengan Eshal.
Adeena masih lagi tinggal dengan mertuanya. Sekarang ni Adeena bekerja sebagai guru tuisyen di kampungnya itu.
Selalunya apabila dia datang Adeena akan berkurung di dalam bilik sehinggalah dia pulang. Tidak ada ruang dan peluang diberikan oleh Adeena untuk dia membetulkan kembali hubungan mereka tapi tak apa dia akan tunggu dan terus menunggu sehingga seribu tahun lagi. Dia tak akan pernah berputus asa.
"Senang-senang nanti datang je lah sini lagi. I memang ada je dekat kampung ni."
Suara Adeena memecahkan lamunan Zaim.
Adeena mengiringi Harris sehingga ke kereta lelaki itu.
"Lain kali bawak lah isteri dan anak you sekali." Pesan Adeena.
"InsyaAllah. Nak bawak dah tadi tapi yang kecik tu demam pulak. Taknak duduk dalam kereta. Itu yang I datang sorang je dulu. Apa pun I mintak maaf sekali lagi atas apa yang berlaku antara kita dulu." Balas Harris tenang.
"Dah berapa kali you nak mintak maaf? Tadi kan dah mintak maaf."
"Alah takpe lah. Saja je mintak maaf banyak banyak kali. Manalah tahu yang tadi you tak ikhlas maafkan. Kita mintak lah maaf lagi." Celoteh Harris
"Hey! Tak ada lah. I ikhlas tau. Yang lepas tu biarlah lepas. Dah memang bukan jodoh kita. I pun nak mintak maaf andai I ada silap dengan you."
"Tak ada apa silap lah you dengan I. I doakan you bahagia selalu. Jangan merajuk lama-lama rugi." Usik Harris sambil ketawa perlahan.
"Hisy! Mana ada I merajuk."
"Eleh! Sekilas ikan di air I dah tahu lah jantan ke betina. I pun ada isteri jugak."
Adeena terdiam. Malas untuk mengulas lanjut.
"Okay lah. I balik dulu lah. Kosong-kosong eh." Pamit Harris.
Zaim memerhati Adeena dan Harris di muka pintu rumah. Apa ke lama benor disembang kat situ pula tu. Nak balik tu balik je lah. Duk bersembang dengan isteri orang lama-lama buat apa?
"Ye lah. Hati-hati. Jangan lupa bawa Laila sekali nanti." Pesan Adeena.
"InsyaAllah." Balas Harris.
Adeena memerhati kereta Harris hilang daripada pandangan terlebih dahulu sebelum dia berpaling melangkah ke dalam rumah.
Tidak dihiraukan Zaim yang berada di muka pintu terus dia melencong ke pintu dapur.
Zaim mengeluh.
Tbc
070523
Hai!
Kita sambung apa yang tertangguh dalam special bab ni ya.
Dalam special bab ni tak ada konflik-konflik ya. Kita rungkaikan apa yang belum terungkai saja.
And sesi pujuk memujuk Zaim terhadap Adeena je eh.
Ada berapa bab?
The answer is i dont know. Just wait n see..
Tq for love n support.. see you next chap
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...