Adeena menanggalkan kasut selepas salam diberi. Pintu terbuka tapi orangnya tak ada.
"Mama? Berat la." Adeena tergelak kecil melihat Sofeaa yang bersusah payah nak menolongnya mengangkat plastik buah yang dibelinya tadi.
"Bak sini mama bawak. Mama dah cakap tadi berat tapi nak jugak angkat kan." Plastik berisi buah beralih kepada Adeena.
"Penatnya. Mana nenek mama? Senyap je." Tanya Sofea. Selalunya kalau dia datang mesti nenek sambut depan pintu rumah tapi hari ini tak ada pun. Kelibat atuk pun tak nampak.
"Entah. Dapur kut. Jom kita tengok dekat dapur." Mereka sama-sama melangkah ke dapur.
"Assalamualaikum!" Perlahan-lahan Adeena memberi salam apabila melihat kelibat ibu mertuanya berada di dapur itu. Kang bagi salam kuat-kuat terkejut pula orang tua tu.
Puan Zarina berpaling daripada sinki apabila mendengar orang memberi salam. "Waalaikumsalam. Ya Allah! Bila sampai? Terkejut umi." Tangan yang basah dilap kering sebelum bersalam dengan menantu dan cucunya itu. "Rindunya. Lama umi tak tengok cucu umi yang sorang ni." Pipi Sofeaa dicium bertalu-talu.
"Sorry umi. Tak sihat sangat lately ni. Itu yang tak berkesempatan nak datang sini." Ujar Adeena serba salah. Terasa macam mak tiri jahat la pula jauhkan cucu dengan neneknya. 'Drama seorang Adeena'.
"Eh! Tak ada apa lah. Ni okay tak ni? Meh duduk meh." Pelawa puan Zarina lalu menarik salah satu kerusi meja makan untuk Adeena duduk.
"Alhamdulillah. Harini rasa segar sikit umi. Umi buat apa tadi? Ingatkan tak ada orang kat rumah. Sunyi je kat depan tu tapi pintu rumah terbuka."
"Ouh! Umi bawak keluar lauk tadi nak masak lunch nanti. Makan sini eh. Nak makan apa? Cakap je. Umi masakkan." Ujar Puan Zarina. Excited menantu datang.
"Tak kisah apa pun umi. Deena makan je semua." Balas Adeena.
"Nenek tak tanya Sofeaa pun. Sofeaa pun nak request jugak." Muncung mulut Sofeaa. Merajuk! Nenek layan mama je. Nenek tak layan pun dia. Hmmm!
"Alololooo.. lupa cucu nenek sorang ni. Haa cucu kesayangan nenek ni nak makan apa? Special nenek masakkan nanti." Pujuk puan Zarina. Dah pandai tarik muka dah sejak ada mama ni.
"Cepat la. Offer nenek bila-bila boleh cancel ni." Sambung Puan Zarina lagi apabila Sofeaa hanya senyap dengan muncung itiknya yang panjang sedepa.
"Pia nak makan apa? Nenek tanya tu." Soal Adeena lembut.
"Hmm.. Pia nak makan sup ayam pecah telur yang nenek selalu buat tu." Slow sahaja Sofeaa menjawab.
"Alah tu je?"
Sofeaa mengangguk mengiakan soalan Puan Zarina.
"Kacang je tu. Nanti nenek buat eh? Nenek buat banyak-banyak untuk cucu nenek yang sorang ni." Ujar Puan Zarina sambil menggosok kepala Sofeaa.
"Along mana? Tak datang sekali ke?" Soal Puan Zarina memecah kesunyian.
"Kerja umi."
"Aih! Hujung minggu pun kerja ke?"
"Ada meeting dengan klien katanya tadi." Terang Adeena.
"Kalah menteri. Menteri pun berehat dengan anak bini hujung-hujung minggu macam ni." Bebel Puan Zarina.
"Daddy kerja la nenek. Kalau daddy kerja nanti dapat duit baaaanyak banyak. Boleh beli toys dekat Pia." Sampuk Sofeaa membela daddynya itu.
"Ermm padan kena gula dengan daddy kau je lah Pia oi." Balas Puan Zarina.
"Betul la nenek. Kan mama?" Muka Adeena dipandang untuk mendapat sokongan daripada mamanya itu.
"Iya lah. Betul-betul." Jawab Puan Zarina laju. Kalau disangkal lagi tak puas hati budak ni nanti jadi baik iya kan je lah.
"Umi nak masak apa je ni? Meh Deena tolong." Ujar Adeena lalu berlalu ke singki melihat lauk yang dibawa keluar oleh Puan Zarina untuk di depros.
"Eh! Tak apa lah. Duduk je depan. Biar umi masak. Sikit je tu. Ingat nak masak sambal udang dengan sayur kailan ikan masin je tadi pastu tambah menu permintaan budak kecik ni." Halang Puan Zarina. Taknak la bagi menantu dia penat. Over je aih mak mertuanya ini.
"Biar lah Deena tolong umi. Tak best la mai makan je."
"Tak apa. Hari ni biar umi treat Deena special punya. Deena duduk je depan main dengan Sofeaa."
"Alaa takmau la macam ni umi. Deena balik la macam ni." Ugut Adeena.
"Mama teman Pia amik toys dekat depan." Pinta Sofeaa tiba-tiba.
"Haa pergi teman Pia tu dulu." Sampuk Puan Zarina laju.
"Jom la mama." Sofeaa menarik-narik tangan Adeena apabila Adeena tidak berganjak dari duduknya.
"Okay! Okay! Jom. Nanti Deena tolong umi." Balas Adeena lalu melangkah keluar mengikut langkah Sofeaa.
"Tak tolong pun tak apa!"
Adeena tidak mendengar ujaran daripada Puan Zarina apabila dia sudah melangkah keluar daripada dapur itu.
"Pia nak ambil mainan apa? Pia bawak mainan ke datang sini?"
"Tak. Pia nak ambil mainan dalam bilik daddy yang Pia tinggal hari tu. Mama teman la Pia naik atas." Balas Sofeaa.
"Eee.. dah besar pun nak berteman lagi. Tak malu lah." Usik Adeena.
"Mana ada besar. Pia kecik lagi la. Pia baru enam tahun." Jawab Sofeaa polos.
"Enam tahun pun dah besar lah. Nanti nak ada adik dah. Nanti adik cakap kakak ni penakut la. Nak pergi amik toys pun kena teman." Usik Adeena lagi.
"Eee.. Pia bukan takut tapi.. "
"Tapi?"
"Ehemm!"
Masing-masing berhenti melangkah apabila bunyi deheman seseorang. Adeena mendongak memandang gerangan yang berada ditangga atas itu yang sekarang ini sedang mencerlung memandangnya itu bagaikan ada sesuatu yang tidak puas hati.
Air liur ditelan pahit.
Terkedu!
Terkelu!
30/04/2022
Hai.. do support me by vote n comment yaa..
Enjoy your reading!
Happy Eid Mubarak in advance you alls..
Till meet again after raya yaa..
Byeeeeeee!!
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...