Tadi I rasa macam nak menangis bila dah siap taip then bab ni hilang. I dah taip sampai 1k words tapi yang tinggal hanya 10 words. Kalau ikutkan hati taknak update dh hari ni tapi nasib baik bila cek dekat history boleh restored balik. So happy reading ya guys.. do vote n comment to support me.. thank you °_°
* * * *
ZAIM termenung seketika melepaskan lelah setelah berjam-jam mengadap komputer riba. Teringat sang isteri di rumah. Sejak dua menjak ini boleh dikatakan hari-hari Adeena tarik muka dengannya. Kesnya hanya satu iaitu dia balik lambat.
Dia bukan saja-saja balik lambat tapi tuntutan kerja membuatkan dia terpaksa untuk stay back lebih masa. Lagipula tak lama lagi Adeena bakal bersalin. Dia tak mahu cuti dalam keadaan banyak kerja yang tidak settle.
Namun Adeena tidak faham itu. Adeena lebih memikirkan yang bukan-bukan. Dia sayang Adeena, dia cinta Adeena. Tak mungkin dia akan buat perkara bukan-bukan dibelakang Adeena.
Semalam juga hampir tercetus pergaduhan besar apabila Adeena tuduh dia macam-macam. Mungkin lepas ini dia patut bawa balik kerja untuk settle di rumah yang mana bukan prinsip dia sebelum ini. Sebelum ini prinsip dia kerja hanya di tempat kerja. Tidak siap kerja bukan bermakna boleh bawa balik ke rumah tetapi nampak gayanya dia kena hiraukan prinsip itu demi Adeena.
Tok!
Tok!
Tok!
Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan Zaim. Pantas kerusi dipusingkan mengadap pintu setelah izin diberi.
Terjengul kepala Kak Su. Penyambut tetamu di syarikat ini.
Zaim bukan lah ada jawatan besar sehinggakan ada setiausaha sendiri. Ada bilik sendiri ini pun dia dah bersyukur.
"Encik Zaim! Ada orang nak jumpa."
"Siapa Kak Su?" Zaim bertanya sambil berfikir. Rasanya dia tak ada appointment dengan mana-mana klien hari ni.
"I.. " Sampuk satu suara selepas Kak Su membuka pintu dengan lebih luas.
Zaim terkedu.
"Kak su balik depan dulu lah."
"Okay kak Su. Terima kasih."
"Small matter la." Seloroh kak Su sebelum bergerak ke tempatnya.
"You nak apa?" Soal Zaim dingin.
Nida menutup pintu terlebih dahulu sebelum melangkah merapati Zaim. Tak nak orang luar mendengar percakapan dia dengan Zaim nanti.
"Kalau I cakap nak you?"
"Tak payah main-main lah. I ada banyak lagi kerja nak buat. Tak ada masa nak layan benda mengarut ni." Zaim memandang Nida yang selamba melabuhkan duduk di kerusi dihadapannya tanpa dipelawa.
"Alah janganlah serius sangat bie. Kita bukannya bermusuh pun."
"Straight to the point boleh? Memang kita tak bermusuh tapi kita tak ada ikatan pun sampai you nak panggil I macam tu." Balas Zaim.
"Siapa kata tak ada? I ni mummy anak you tau."
"Itu antara you dengan anak I. Tiada kaitan dengan I."
"I nak balik semula dengan you bie." Ujar Nida tanpa mempedulikan larangan Zaim.
Zaim tertawa. "Aih dah buang nak kutip balik? Dah ludah nak jilat balik?" Perli Zaim.
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...