SC 3

3.9K 87 7
                                    

"KENAPA tak cakap esok Mia bertunang?" Serang Adeena setelah Zaim melangkah masuk ke dalam bilik mereka di rumah Puan Zarina ini.

Terkejut dia bila masuk-masuk rumah tadi nampak pelamin kecil tersergam indah. Rupanya esok bukan sahaja majlis rumah terbuka tapi juga majlis pertunangan Mia. Adik bongsu Zaim.

"Ouh! Abang tak ada cakap eh sayang?" Soal Zaim balik.

Adeena menjeling Zaim geram. "Saya mana bawak baju lain." Dah la tadi Mia cakap esok semua kena pakai colour baby blue. Mana dia nak cekau baju baby blue nya. Yang dia bawak pun colour hijau, hitam, purle. Satu blue pun tak ada. Kalau Zaim bagitahu awal-awal senang lah dia nak prepare. Dah lah tentang majlis esok pun dia tak sumbang apa-apa. Rasa macam menantu tak guna je.

Zaim menapak ke almari baju sebelum membawa keluar sebuah kotak dan dihulurkan kepada Adeena. "Jangan lah risau sayang. Abang dah prepare semua untuk keluarga kita. Baju awak, baju Eshal semua saya sediakan. Tinggal awak berdua sarung je." Pujuk Zaim. Bukan dia tak cuba untuk bagitahu Adeena tapi Adeena yang langsung tak memberi peluang kepadanya untuk bercakap. Rasanya pagi tadi adalah patah perkataan yang paling banyak Zaim cakap. Itu pun kerana Adeena tak boleh lari kemana-mana kerana berada di dalam kereta. Kalau kat rumah? Potong jari dia cakap Adeena dah lama lari berkurung dalam bilik kalau dia ada.

Adeena membuka kotak yang dihulurkan Zaim. Sehelai gaun buat Eshal dan sepasang kebaya scallops buat Adeena.

Adeena mengacukan baju tersebut dekat badannya. Tidak dihiraukan Zaim yang memerhatikannya.

Cantik!

Kalau tolak rugi.

Ambil je lah dulu.

Lepas tu sambung rajuk balik.

"Padan tak?" Soal Zaim berbasi-basi. Confirm padan. Size isteri dia mesti lah dia tahu. Walau setahun tak dapat ingat dia tak boleh ukur ke apa?

"Ermm.. " Jawab Adeena sepatah.

"Sayang suka? Abang pergi beli dengan Mia. Bawak dia ingat boleh tolong suggest yang macam mana tapi hauk. Semua yang dia pilih tak cantik. Dia ingat sayang macam dia kut. Suka yang daring daring ni. Sekali abang juga yang pilih sorang-sorang. Dia soronok pilih untuk dia." Cerita Zaim.

Selepas mencuba baju tadi Adeena keluar mencari Eshal. Tak tahu lah kemana hilang. Seronok budak tu ramai yang nak dukung dia. Lepas orang tu dukung, orang ni pula dukung. Nasib baik lah Eshal jenis tak takut orang. Dapatlah Adeena melepaskan penat dia. Jangan bila balik nanti asyik nak berdukung je sudah.

"Hai sayang! Seronok dia ramai orang nak layan dia ya?" Agah Adeena setelah terpandang Eshal yang berada di riba Mia. Ramai sepupu sepapat Zaim disitu. Sedang berinai. Masing-masing hulur tangan untuk berinai sekali. Mujur tukang ukirnya ada tiga orang. Kalau tidak mahu sampai esok baru habisnya.

Adeena melabuhkan duduk salah satu ruang yang kosong di depan Mia. Cepat sahaja Eshal merangkak ke riba Adeena. Ini budak tak boleh jalan lagi. Tapi bila merangkak laju kalah Hussein Bolt berlari. Hiperbola sungguh Adeena.

"Kak jom lah berinai sekali." Ajak Mia.

"Eh! Takpe taknak lah akak." Tolak Adeena. Renyah pulak nak berinai dengan adanya anak kecik ni. Nanti kang nak menyusu lah nak itu lah nak ini lah.

"Pergi je lah sayang. Eshal biar abang yang jaga." Ujar Zaim yang baru datang melabuhkan duduk di sebelah Adeena. Diambil Eshal yang berada di riba Mia. Digomol-gomol muka Eshal sehingga Eshal ketawa kegelian apabila terkena kumis Zaim.

"Haa kak tu along dah bagi green light. Meh la." Ajak Mia lagi.

Antara nak taknak Adeena hulur juga tangannya. "Tapi akak taknak ukir. Nak pakai dekat kuku je boleh?" Dia tak minat sangat ukir-ukir inai ni. Setakat nak pakai dekat kuku je boleh la.

Demi kamuWhere stories live. Discover now