20

2.9K 70 2
                                    

HARIS melangkah masuk ke dalam pejabatnya diikuti dengan Mona yang sedari tadi membototinya.

Sepatutnya hari ini dia sudah bercuti dan perlu get ready mental dan fizikal kerana esok dia bakal bernikah tapi apakan daya ada kerja tertunggak yang perlu diselesaikan sebelum dia bercuti panjang.

Hujung minggu yang sepatutnya tidak perlu lagi memikirkan soal kerja tapi demi tuntutan tugas terpaksa juga dia selesaikan.

Sebelum dia berangkat ke pejabat tadi pun umi dah berleter panjang. Petang nanti dah nak bertolak ke Perak tapi pagi ini sempat lagi dia masuk pejabat. Memang panjang la leteran yang dia dapat.

"Saya boleh settle kan semua ini sendiri Mona. Tak perlulah awak bersusah payah datang ke pejabat hujung minggu macam ni." Ujar Haris senada.

"Tak apa Encik Haris. Dah tugas saya sebagai setiausaha Encik Haris untuk membantu Encik Haris. Hujung minggu atau tak kalau dah Encik Haris kena bekerja so saya pun kena turun bekerja la." Balas Mona dengan senyuman manis. Bila lagi boleh rebut peluang macam ni? Bukan selalu.

"Tak ada apa pun yang awak boleh bantu saya Mona. Kerja saya tak ada melibatkan awak. Saya just nak siapkan dokumen ni pastu jumpa client. That all! Awak boleh balik." Halau Haris secara lembut. Serabut sebenarnya bila Mona asyik menempel dengan dia sedari tadi. Tambahan pula dengan pakaian Mona yang terlebih daring hari ini. Macam orang nak masuk club malam gayanya. Allahuakbar!

"Saya mungkin tak boleh bantu dari segi kerja itu tapi saya boleh bantu Encik Haris dari segi lain."

Haris memandang Mona tajam. Lain macam perempuan ni.

"Maksud saya, saya boleh buatkan air untuk Encik Haris. Saya boleh kemaskan pejabat encik Haris nanti." Sambung Mona membetulkan ayatnya apabila Haris memandangnya jengkel.

"Tak perlu! Saya boleh buat sendiri. Lagipun kerja saya ni tak sampai setengah jam pun. Nanti client tu nak jumpa saya dekat luar jugak. Bukan dipejabat."

"Tak apa. Saya boleh teman encik Haris."

Haris memicit kepalanya perlahan. Serabut dengan orang yang tak faham-faham ni. Macam mana lah Mona boleh tahu dia masuk pejabat hari ini? Sampai saja lobi pejabat tadi dia terserempak dengan Mona. Apa lagi? Terus mengekor dia la minah ni.

"Encik Haris sakit kepala ke? Nak saya ambilkan ubat?" Soal Mona prihatin lalu mendekati Haris.

"Stop there! Saya okay. Kalau awak taknak balik, tolong diam. Jangan ganggu saya." Tinggi nada Haris mengarah Mona.

Mona mencebik tanpa disedari Haris.

Sombong eh?

Tak apa!

Wait and see!

* * *

Adeena melangkah ke bahagian dapur yang dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga yang datang rewang untuk kendurinya esok hari. Matanya melilau mencari emaknya.

"Mak Ngah! Nampak ibu tak?" Soal Adeena kepada ibu saundaranya apabila kelibat ibunya tidak kelihatan.

"Cuba tengok dekat belakang. Tadi mak ngah nampak ibu kau bawak besin ke belakang." Balas mak ngah Aini adik kepada ibu Adeena.

Selepas mendapat respon daripada Mak Ngah Aininya, Adeena menapak ke pintu dapur untuk keluar ke bahagian belakang rumahnya.

"Ibu!" Panggil Adeena setelah kelibat ibunya kelihatan dibawah pohon jambu sana menolong makcik-makcik yang ada disitu.

"Haa kenapa?"

"Orang nak pi pekan sat ni. Ada nak kirim pape tak?"

"Nak buat apa pi pekan?" Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya.

"Nak cari barang sat. Ada tertinggal." Balas Adeena.

"Aih kamu ni! Esok dah majlisnya. Masih lagi ada barang tak cukup. Itu lah lain kali time orang berpesan ni dengar. Bukan buat tuli telinga kamu tu ja." Bebel Puan Maryam.

"Ibu ni dah nak tertinggal nak buat macam mana." Patut tadi pergi je. Tak payah tanya ibu. Tak ada lah kena bebel depan orang ramai macam ni.

"Pergi lah. Tak ada apa rasanya ibu nak kirim. Pi tu jangan pi sorang. Bawak Najah dengan Ilah tu sekali. Jangan duk merayau pulak nanti. Banyak lagi kerja kat rumah ni. Pengantin tak pengantin, kerja pun kena buat jugak." Pesan Puan Maryam.

"Okay! Orang pi dulu." Laju Adeena melangkah memasuki dapur kembali. Lagi lama dia ada dekat situ, lagi lama ibu membebel nanti.

"Hello bie! Ada kat mana? Sayang nak pi pekan jap ni." Najah yang sedang membawa kereta itu menjeling sekilas Adeena yang berada di kerusi penumpang sebelahnya. Untung orang ada bie. Hmmm! Bila giliran dia nak ada bie pula ni? Jeles mak tengok orang 'berbie-bie'.

"Aik! Bukan bie dah cuti ke?" Berkerut dahi Adeena apabila Haris memaklumkan dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan klien.

"Ouh! Ye lah. Jangan balik lewat sangat pape hal bagitau saya nanti."

Adeena mengeluh perlahan selepas panggilan tamat. Hujung minggu pun kerja. Esok nak kahwin kut. Kerja juga yang dipikirnya.

"Aih dah kenapa mengeluh pulak? Orang tu esok dah boleh peluk bie kut?" Soal Najah sambil berseloroh.

"Entah lah rasa macam tak sedap hati tiba-tiba."

"Dah kenapa pulak? Tunang kau okay ke tak?" Soal Ilah yang berada di bahagian belakang prihatin. Mereka bertiga merupakan sepupu. Dari kecil memang selalu bersama.

"Okay je. Perasaan aku je kut." Balas Adeena.

"Jangan ikutkan sangat la perasaan tu. Doa yang baik-baik." Ujar Najah lalu mematikan enjin kereta setelah sampai tempat yang ingin dituju.

Pekan dengan rumah mereka dekat je. Tak sampai 15 minit. Naik motor pun tak sempat panas punggung orang kata.

Orang la kata. Dia tak tau sebab tak pernah pergi pekan naik motor. Hahahaha!

Setelah selesai membeli barang yang dicari, mereka beredar untuk balik ke rumah. Tak boleh lama-lama nanti membebel tak habis Puan Maryam dekat rumah tu.

Sambil berjalan kecoh tiga saudara itu bercerita. Macam-macam cerita yang keluar. Dari kisah zaman tok kaduk sampailah kisah artis yang tiada kena mengena dengan mereka. Tak hirau dah dengan orang yang berselisih dengan mereka. Kalau jumpa orang yang kenal mesti dicop sombong sebab tak pandang kiri kanan.

Tiba-tiba telefon Adeena berbunyi nyaring. Kuat betul nada dering minah ni buat. Sepuluh meter pun boleh dengar lagi kalau kuat macam ni sekali gayanya. Kalah mak dia kat rumah.

"Woi Deena! Fon kau bunyi la." Ujar Ilah. Minah ni pekak ke apa? Telefon bukan main kuat berbunyi, dia boleh ralit lagi bercerita.

Terkocoh-kocoh Adeena menyeluk begnya sambil tak berhenti melangkah ke kereta.

"Hello!.. "

"Haah.. iya.. "

"Hahh!!!!... "

Buukkk!

"Eh! Deena." Terjerit kecil Najah dan Ilah apabila sepupunya berhenti mendadak dan dilanggar orang yang berada di belakang mereka.

"Deena? Kau kenapa?" Soal Ilah panik apabila sepupunya tetap pegun diatas lantai dengan muka yang pucat. Telefon sudah selamat jatuh menyembah bumi.

"Deena?"

Najah panggung kepala melihat gerangan yang melanggar sepupunya tadi.

Eh! Kenal ke?

Siapa?

Dia tak kenal pun.

Eh! Lantak la.

Yang penting kenapa dengan sepupunya itu. Tiba-tiba menangis pula.

Panggilan apa yang dijawab Adeena tadi sampai begini sekali reaksinya.

* * *

Jeng! Jeng! Jeng!

14/02/2022


Jangan lupa vote and comment ya. See you all later.. muahhh!!!!

Demi kamuWhere stories live. Discover now