ZAIM ralit merenung dada langit yang dihiasi bintang. Fikirannya tiba-tiba teringat akan Adeena.
Sejak dua menjak ini hubungan persahatan antara dia dengan Adeena semakin renggang. Dia pun tak tahu dimana silapnya. Adeena yang mengelak ke atau dia yang sudah jarang berhubung dengan Adeena?
Semalam pun jumpa dengan Adeena disebabkan tentang hadiah Nida yang dikirim kepada Adeena itu. Itu pun terselit dengan pertelingkahan sedikit.
Dia bingung dan serabut sebenarnya. Nida tak habis-habis nak merajuk dengannya kerana Adeena. Nida tak suka dia keluar dengan Adeena menyebabkan sekarang jarang sekali dia bertemu dengan Adeena.
Kalau dulu boleh dikatakan hari-hari dia melepak dengan Adeena. Bila dia habis belajar pun sempat juga sekali sekala dia singgah ke universiti untuk berjumpa dengan Adeena. Tapi sekarang baru tiga kali je kut sejak dia berkerja ni. Itu pun sebab ada hal.
Terasa rindu ingin melepak dengan Adeena seperti selalu.
Aih! Deena.. Deena.. Kalau jumpa pun asyik nak balik awal je. Apalah yang disimpan kat rumah tu?
Ke Adeena dah ada boyfriend sekarang?
Aih! Tak mungkin lah. Adeena bukan ada rapat dengan siapa-siapa pun selain dia.
Tapi dia dengan Adeena sekarang bukan macam dulu dah. Yang asyik keluar je.
Eh! Mustahil lah Adeena dah ada boyfriend. Kalau ada pun mesti Adeena dah bagitahu dia kan? Dia kan kawan baik Adeena.
Dia suka Nida pun Adeena orang pertama yang di cari. Dan Adeena juga orang yang tolong dia dapatkan Nida. Takkan bila tiba part Adeena sukakan seseorang Adeena nak berahsia dengannya pulak?
Tak adil la macam tu.
"Aih! Termenung jauh nampak. Kenapa anak umi ni? Ada masalah?"
Zaim tersentak apabila tiba-tiba disergah oleh uminya, Puan Zarina.
"Tak ada apa lah umi. Saja layan perasaan."
Puan Zarina memandang Zaim tidak percaya. Ya ya je tak ada apa-apa. Macam lah dia tak nampak yang Zaim ralit termenung dekat sini. Niat tadi nak tutup pintu rumah yang dibiarkan terbuka tu sahaja tetapi apabila terlihat akan si anak yang jauh termenung di beranda rumah itu menyebabkan dia melangkah mendekati.
"Taknak kongsi dengan umi pun takpe. Iya lah, siapalah umi ni kan?" Sengaja Puan Zarina mengeluarkan suara yang lirih. Konon-konon berjauh hati.
"Ala umi ni. Sengaja je buat along serba salah kan?"
"Mana ada umi buat along serba salah. Umi cakap je"
"Umi?"
"Hmmm.. "
"Kalau along cakap along nak kahwin, umi kasi tak?" Berhati-hati Zaim menyoal Puan Zarina. Tiba-tiba terlintas soalan ini. Padahal tadi sibuk duk terpikir soal Adeena.
"Apa dia along?" Soal Puan Zarina terkejut.
"Along nak kahwin."
"Dengan siapa? Adeena?"
"Apa pulak Adeena nya umi? Dengan kekasih along la. Nida tu."
"Ooh.. Ingat dengan Adeena tadi."
"Umi tak suka Nida ke?"
"Umi suka je mana-mana tapi umi lebih berkenan dengan Adeena. Dah lama dia tak datang rumah. Deena sihat ke long? Rindu pulak umi dengan Deena." Sebenarnya jauh di lubuk hati Puan Zarina dia lebih mengharapkan Adeena yang menjadi menantunya tetapi kalau dah anaknya bercinta dengan orang lain dia nak cakap apa lagi kan? Lagi pun dia bukan yang jenis mengongkong anak nak kahwin dengan siapa. Mana yang anaknya rasa terbaik, insyaAllah dia turutkan saja.
"Umi... Umi pun tahu kan yang along dengan Deena tu kawan baik je. Tak lebih pun umi. Entah, entah Deena tu pun dah ada pakwe umi. Lagi pun along sayang dan cintakan Nida bukan Deena umi.
Dan semalam along ada jumpa Deena. Alhamdulillah sihat dia. Nanti dia tak busy along suruh dia datang rumah jumpa umi ye." Balas Zaim. Susah hati Zaim kalau umi tak suka Nida.
"Ya lah. Ni nak kahwin ni dah bincang dengan family Nida ke? Family Nida macam mana?" Puan Zarina bertanyakan balik perihal kahwin yang dibangkit Zaim tadi.
"Belum. Dengan Nida pun along tak cakap lagi."
"Habis tu yang semangat bagitahu umi ni ingatkan dah ada kata putus."
"Nantilah along bincang dengan Nida."
"Nida tu dah tahun akhir sama dengan Deena kan? Nak ke dia kahwin waktu-waktu macam ni?" Puan Zarina tak rasa yang si Nida tu nak kahwin dengan anaknya selagi belum habis belajar.
"Tak tahu la umi. Kalau dia taknak along pujuk la. Umi doa la baik-baik biar Nida terbuka hati nak kahwin dengan along."
"Yang kemaruk sangat nak kahwin ni kenapa?" Soal Puan Zarina pelik. Tiba-tiba timbul isu kahwin pula.
"Umi taknak menantu ke?" Zaim pelik betul dengan uminya ini. Kalau mak orang lain ni rasanya tak sudah-sudah tanya bila nak kahwin tapi uminya ini langsung tak kisah. Bila cakap nak kahwin disoal pula kita kenapa. Ish! Ish! Ish!
"Bukan taknak tapi tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba cakap nak kahwin. Pelik la jugak umi. Ke along ada buat benda bukan-bukan belakang umi?" Soal Puan Zarina sangsi.
"Ish apa umi ni. Mana ada along buat bukan-bukan. Lagi pun kan umi tahu yang along ada kekasih, jadi ada la angin dengan ribut tu." Sempat lagi Zaim berjenaka.
Puan Zarina menjeling geram. Luku kepala baru tahu.
"Ye lah umi. Dah sampai jodoh untuk along kahwin la umi." Ujar Zaim dengan nada serius pula. Tak boleh berjenaka. Umi tak approve.
"Umi bukan tak bagi along kahwin tapi kalau boleh along fikir la masak-masak dulu. Si Nida tu boleh ke nak handle rumah tangga dengan kelas dia yang tak menentu tu? Dia dah sedia ke nak hidup sebumbung dengan along? Dah sedia ke nak masuk dalam keluarga kita ni?
Bincang la dulu betul-betul dengan Nida tu Long. Jangan la didesak dia pula kalau dia tak sedia. Umi taknak rumahtangga anak menantu umi bertahan kejap je. Fikir la masak-masak dulu Long." Sedikit panjang nasihat yang Puan Zarina berikan. Dia sebenarnya tak berapa berkenan dengan si Nida tu. Boleh nampak yang Nida tu tak berapa nak ngam dengan keluarganya tapi kalau dah itu pilihan anaknya apa dia boleh buat? Berdoa semoga Nida boleh terima anaknya seadanya dengan keluarga mereka yang serba sederhana ini saja lah.
"Umi! Along hanya luah hasrat along je dulu. Macam yang along cakap tadi la, nanti along bincang dengan Nida dulu apa semua. Kalau Nida setuju, InsyaAllah along memang nak teruskan hasrat along ini."
"Iya lah. Umi doakan yang terbaik la along."
"Terima kasih umi!"
Tbc
1908Please support me by vote n comment gais...
Tq - _ -
YOU ARE READING
Demi kamu
RomanceOrang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghad...