BAB 4

12.6K 695 21
                                    

✯✯✯

Hello my lovely readers!
Special thanks sebab sudi baca story ni!
Enjoy reading!
Don't forget to vote!

-ftnfzyyy-

✯✯✯

Dua minggu telah berlalu sejak mimpi ngeri itu kembali dalam hidup Adi Ashraf. Parut lama di hati lelaki itu kini berdarah kembali. Pelbagai cara dia lakukan untuk mengalih perhatian dirinya daripada terus mengingat kembali memori pahit tersebut.

Pada masa yang sama, dia tertanya-tanya tentang khabar berita gadis yang datang secara tiba-tiba ke pejabatnya hanya untuk mengajak dia kahwin dua minggu yang lalu. Tiada angin, tiada ribut gadis itu hilang begitu saja seperti mana dia datang ke dalam kehidupan Adi Ashraf sebelum ini.

Tak tahu apa perasaan atau harapan yang dimiliki oleh Adi Ashraf pada ketika ini terhadap gadis yang bernama Ariana Atilia itu? Dia berharap yang gadis itu benar-benar memaksudkan kata-kata dia ke? Atau dia mempunyai perasaan terhadap gadis itu dalam diam?

Walau bagaimanapun, penyiasat persendirian yang diupah oleh dia juga tidak dapat mendapatkan apa-apa maklumat yang berkaitan tentang gadis misteri itu. Latar belakang gadis itu juga dia tak dapat ketahui daripada syarikat. Seolah-olah gadis itu tak pernah wujud dalam hidup dia.

Mungkin gadis itu hanya berniat untuk mengusik dirinya dan tidak mahu dikenali lebih lanjut selepas itu. Namun, itu takkan menghalang Adi Ashraf daripada terus mencuba untuk mengenali gadis itu selepas ini. Ternyata Ariana Atilia berjaya menarik perhatian Adi Ashraf tanpa lelaki itu sendiri sedari.

Malas mahu berfikir dengan lebih mendalam, Adi Ashraf bercadang untuk berjoging bersama Akid Ahnaf pada pagi tersebut untuk menenangkan fikiran. Lagipun, adik dia dah bising kerana sudah lama mereka tak berjoging bersama.

Siapa je tak kenal, mulut Akid Ahnaf macam mana. Haih. Kuat complain betul adik dia tu.

Sempat lagi Adi Ashraf mengutuk Akid Ahnaf.
Sememangnya contoh abang yang baik. Tolong jangan contohi perangai ni. Memang mintak kaki. Hmm.

Kakinya melangkah keluar ke rumah sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Tanpa melengahkan masa, pedal kereta tersebut ditekan sehingga meluncur laju di jalan raya.

Selepas 30 minit memandu, akhirnya sampai juga Adi Ashraf ke tempat yang dijanjikan. Baru setapak langkah lelaki itu keluar dari kereta, sebuah figura yang dikenalinya muncul sekelip mata. Dia hanya menghiraukan saja.

"Oh, kau. Dah tak reti sapa adik sendiri eh." perli Akid Ahnaf. Geram apabila dipulaukan begitu saja.

Dia ajak lepak bukannya untuk kena pulau je! Haih, apa salah dia dapat abang tak berperasaan macam Adi Ashraf? Entah-entah abang dia anak pungut?

Merepek.

"Dah puas kutuk aku?" soal Adi Ashraf sambil meraup rambutnya ke belakang.

Menyerlahkan dahi lelaki itu yang putih bersih. Sebotol air mineral diteguk oleh dia sambil memandang ke arah Akid Ahnaf. Keningnya diangkat sedikit. Membuatkan lelaki itu tampak lebih kacak.

Beberapa orang gadis yang melintasi mereka mencuri pandang untuk melihat Adi Ashraf. Kedengaran juga suara mereka memuji rupa paras Adi Ashraf yang sememangnya mampu menarik hati mana-mana perempuan. Namun malangnya, Adi Ashraf langsung tak kisah tentang semua itu.

Walaupun dengan baju t-shirt hitam berlengan pendek dan berseluar sukan, lelaki itu masih berjaya mencuri hati kaum hawa. Apatah lagi apabila Adi Ashraf lengkap berpakaian sut.

C | LOVE HATE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang