✯✯✯
Hello my lovely readers!
Special thanks sebab sudi baca story ni!
Enjoy reading!
Don't forget to vomment!
Feel free to follow me for more❤️-ftnfzyyy-
✯✯✯
Kelihatan seorang lelaki sedang duduk di bahagian hujung di sebuah kafe. Matanya diliarkan ke sekeliling cuba mencari kelibat seseorang. Jam di tangan dikerling sekilas.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menghubungi sahaja gerangan orang yang ditunggunya sejak tadi. Dalam beberapa deringan, panggilan telefon tersebut masuk ke dalam mel suara.
Satu keluhan dilepaskan oleh lelaki itu. Sebelah tangannya naik meraup rambutnya ke belakang. Nombor yang sama dihubungi beberapa kali. Namun, semuanya gagal.
Kerisauan mula menguasai lelaki itu. Pada masa yang sama, dia tak mahu apa-apa perkara buruk menimpa buah hatinya.
"Sorry, Riana lambat. Trafik jammed." sergah satu suara secara tiba-tiba.
Serta-merta, lelaki itu mengukir senyuman sebaik mengenal pasti pemilik suara itu. Dia melepaskan nafas lega apabila mengetahui buah hatinya selamat.
"Hei, kenapa tengok Riana macam tu?" soal gadis itu lagi.
Pipi gadis itu mula kemerahan menahan malu. Lelaki tersebut hanya ketawa halus melihat reaksi tunangnya. Kedua-dua tangannya menongkat dagu sambil matanya memandang tepat ke arah tunangnya. Sebuah senyuman nakal terukir di bibir lelaki itu.
"Ady Ashraf, stop it. Kalau tak..." ugut gadis itu sambil menjongket kening.
"Kalau tak, apa akan jadi Mawar Adriana?" balas lelaki itu selamba.
Sebuah senyuman lebar masih terukir pada bibir lelaki itu. Dia langsung tidak terkesan dengan ugutan tunangnya. Malah, dia lebih suka melihat gadis itu malu kerana dia. Cute!
"Kalau tak, saya tak jadi kahwin dengan awak. Padan muka. Buwerk!" usik Mawar Adriana.
Lidahnya sengaja dijelirkan ke arah lelaki itu. Namun, lelaki itu hanya tertawa melihat telatah buah hatinya. Mawar Adriana pula sudah menarik muka apabila sedar dirinya ditertawakan.
"Ha gelaklah puas-puas. Saya buat betul-betul nanti baru tahu. Awak tunggulah. Satu hari nanti saya tinggalkan awak selama-lamanya baru reti nak menyesal. Huh!" ucap gadis itu dalam nada merajuk.
Lengannya disilangkan ke dada. Matanya dilarikan daripada pandangan lelaki itu. Bibirnya dimuncungkan dalam tidak sedar. Adi Ashraf hanya tersenyum melihat tunangnya.
"Merajuk ke tu? Siapa nak pujuk eh? Kejap, nak fikir." usik Adi Ashraf bersama sengihan.
Mawar Adriana menjulingkan mata ke atas. Menyampah dengan sikap tunangnya yang suka mengusik. Bertuah betul dia dapat tunang macam ni. Heh.
"Okay. Adi minta maaf. Adi salah. Janganlah merajuk, Riana. Siapa nak kahwin dengan Adi nanti? Ha siapa? Adi sayang Riana sorang. Adi nak Riana bukan orang lain. Jangan tinggalkan Adi. Please?" rayu lelaki itu bersungguh-sungguh.
Dia tak sanggup kehilangan buah hati kesayangannya. Bagi Adi Ashraf, Mawar Adriana adalah segala-galanya bagi lelaki itu. Gadis itu ialah cinta pertamanya. Dia tak dapat membayangkan sekiranya gadis itu tiada lagi bersama dirinya.
"Hmmm..saya maafkan. Tapi kalau awak buat lagi, saya tak janji saya akan jadi isteri awak. Siapa tahu, Adi dah ada orang lain kan?" usik Mawar Adriana memulangkan paku buah beras.
Malangnya, kata-kata itu mengguris hati Adi Ashraf. Walaupun lelaki itu tahu itu adalah sekadar gurauan, dia tetap tidak suka. Kata-kata Mawar Adriana bagai meragui cintanya terhadap gadis itu sendiri.
"Riana, jangan cakap macam tu, please? Awak tahu kan saya cintakan awak seorang. Tak ada yang lain. Lagi sebulan, kita nak kahwin. Saya tak nak kita kahwin kalau awak tak percayakan saya." jelas Adi Ashraf dengan nada yang serius.
Mawar Adriana terdiam seribu bahasa. Dia langsung tak bermaksud untuk membuat lelaki itu sedih. Dia cuma takut. Takut dengan keadaan tunangnya sekiranya dia tiada untuk lelaki itu.
"Awak, saya percayakan awak sepenuh hati saya. Kalau tak, saya dah lama tolak lamaran awak. Saya tahu awak cintakan saya. Saya pun cintakan awak, Adi Ashraf.
Tapi, saya nak awak bersedia dengan segala kemungkinan yang ada, boleh? Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan. " ucap Mawar Adriana tenang.
Bibir gadis itu mula mengukir senyuman. Matanya bersinar-sinar penuh pengharapan. Jari runcing gadis itu mula mengusap lembut cincin yang tersarung pada jarinya.
Pandangan Adi Ashraf jatuh ke arah cincin pertunangan mereka yang tersarung pada jari Mawar Adriana. Dalam diam, Adi Ashraf mengukir senyuman lemah.
Dia bersedia untuk apa-apa sahaja demi gadis itu. Tidak kira apa yang cuba menghalang mereka bersama, dia akan cuba melawannya demi cinta mereka berdua. Namun, hanya satu perkara sahaja yang dia tidak pernah bersedia.
Kehilangan cinta pertamanya.
"Saya tak bersedia untuk hilang awak, Mawar Adriana."
-To be continued..-
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...