BAB 7

10.5K 608 50
                                    

Ariana Atilia tersenyum lebar. Yes! Dia menari-nari dalam kegembiraan. Rambutnya yang panjang beralun bersama rentak tariannya. Entah mana dia belajar dia menari pun dia tak tahu.

Nombor telefon Adi Ashraf ditekan untuk menghubungi lelaki itu. Dia menunggu dengan sabar. Tak lama kemudian, panggilan tersebut disambungkan. Suara garau Adi Ashraf menerjah ke dalam gegendang telinga milik Ariana Atilia.

"Helo, apa kau nak?" sapa Adi Ashraf dengan mesra. Tak ada cara lain ke lelaki ni nak buat daripada sakitkan hati dia?

"Adi, datang ambik aku cepat." arah Ariana Atilia sesuka hati. Sambil itu dia menilik baju didalam almarinya untuk dipakai ketika keluar bersama Adi Ashraf.

"Excuse me? Kau fikir aku apa? Driver kau?" bentak Adi Ashraf tak puas hati. Apa ingat dia kuli batak Ariana Atilia ke apa?

Ariana Atilia menepuk dahi. Bakal tunang dia ni bengap betul la. Tangannya pantas menarik keluar sepasang pakaian yang lengkap untuk dipakai nanti. Bibirnya mengukir senyuman.

"Memang kau bukan driver aku. Tapi sekarang ni kau tu tunang aku. So, tunggu apalagi? Siap la cepat. Kita pergi beli barang untuk majlis tu nanti. Takkan nak harapkan family kita je uruskan semua." bebel Ariana Atilia sambil mencekak pinggang.

Adi Ashraf yang berada dihujung talian hanya menjulingkan mata ke atas. Bosan mendengar bebelan daripada mulut gadis itu.

"Tapi aku ni bakal tunang kau bukan tunang kau lagi." balas Adi Ashraf cuba mempertahankan dirinya.

"Ada aku kisah? Kau tak datang siap kau!" tegas Ariana Atilia berkata sebelum menamatkan panggilan. Dia menyanyi kecil sambil mengatur langkah untuk membersihkan diri.

Dia berhasrat untuk menyampaikan berita gembira tersebut kepada ibu bapanya selepas bersiap. Terlalu gembira sehingga terlupa untuk memaklumkan kepada mereka.

Ah, tak sabar!

🌟🌟🌟

"Perempuan ni memang la. Kenapa aku setuju?" kata Adi Ashraf kepada dirinya sendiri. Dia melangkah dengan berat hati. Riak wajahnya dimonyokkan.

"Eh, abang. Jom keluar nak? Lama dah kau terperuk dalam rumah." ajak Akid Ahnaf sambil melagakan bahunya kepada Adi Ashraf.

"Tak boleh. Aku kena keluar dengan orang lain. Dah tepi sikit. Aku nak bersiap." balas Adi Ashraf acuh tak acuh. Jam digital di skrin telefonnya dikerling sekilas.

"Eh kau nak keluar dengan siapa? Kau tak ajak aku? Sampai hati kau. Jahat punya abang!" kata Akid Ahnaf berpura-pura kecewa. Dia meletakkan tangan di dada konon terasa hati. Ceh.

"Dengan kakak ipar kau. Kenapa? Ada masalah?" jawab Adi Ashraf selamba. Akid Ahnaf menutup mulut tanda tak percaya. Matanya dibulatkan. Betul ke apa yang dia dengar sekarang ni?

"Kau...kau setuju?" soal Akid Ahnaf mahukan kepastian. Tangannya menggoncang bahu Adi Ashraf dengan kasar.

"Ouch, sakitlah! Kau kenapa?" marah Adi Ashraf. Dia menampar kuat tangan Akid Ahnaf yang memegang bahunya dengan kuat. Mahu lebam jugak bahu dia tu.

Dia nak bersiap cepat. Kalau dia lambat nanti, mulalah Ariana tu membebel macam mak nenek. Telinga dia tu tak sanggup nak dengar.

"Adi, Akid, apa kamu buat ni? Dah besar pun nak bergaduh ke?" soal Encik Marzuki hairan. Baru saja dia mahu keluar, tiba-tiba terdengar perbualan antara adik-beradik itu.

"Papa, abang setuju!" jerit Akid Ahnaf teruja. Tubuh Adi Ashraf ditarik ke dalam pelukan. Encik Marzuki terkejut mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anak bongsunya.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now