Bau masakan nasi goreng air tangan Ariana memenuhi dapur. Apron yang dipakai dibuka sebelum digantungkan kembali di tempatnya semula. Dia menyanyi kecil sambil menyalin nasi itu ke dalam pinggan suaminya.
"Sedapnya bau." tegur Adi Ashraf yang baru tiba di dapur. Tas kerjanya diletakkan di sebelahnya sebelum mengambil tempat di meja makan.
"Mestilah sedap." balas Ariana ceria. Dia menuangkan jus oren ke dalam gelas suaminya. Usai itu, dia turut mengambil tempat yang bertentangan dengan Adi Ashraf.
Maklumlah, hari ini Adi Ashraf sudah bekerja semula seperti biasa. Begitu juga dengan Ariana. Masing-masing sudah kembali kepada rutin mereka seperti biasa.
Namun itu sedikit pun tidak menghalang hubungan mereka untuk semakin berkembang dari masa ke semasa. Harapnya lah. Dia tak mahu kesibukan di tempat kerja merenggangkan semula hubungan mereka.
"Kau tak makan ke?" tanya Adi Ashraf ingin tahu. Pelik apabila melihat isterinya hanya memerhatikan dia makan sejak dari tadi. Mulut dia comot ke apa?
"Tak nak. Kau makanlah. Biar aku teman." balas Ariana. Tangannya digoyangkan tanda tidak mengapa. Dia menghirup sedikit air minumannya.
Adi Ashraf mengerutkan muka tanda tak suka dengan jawapan isterinya. Dia mengerling jam di tangannya mahu memastikan dia tidak terlambat ke tempat kerja.
Dia terasa lega apabila menyedari masih awal pagi. Lantas, dia mengambil sesudu nasi goreng air tangan isterinya untuk menjamu selera. Matanya mengerling ke arah isterinya buat seketika.
"Kenapa? Tak sedap ke?" tanya Ariana mula panik. Bukan apa, tapi pandangan suami dia itu lain macam.
Adi Ashraf mengeleng tanda menafikan. Dia mengulum senyuman kecil. Dia mengambil sesudu lagi makanan tersebut namun kali ini disuakan kepada isterinya.
Ariana angkat kening tanda tidak faham dengan tindakan suaminya. Adi Ashraf menjulingkan mata. Dia segera memberi isyarat kepada isterinya untuk mengangakan mulut.
Walaupun pada mulanya Ariana tak mahu, akhirnya dia akur sahaja. Sebaik saja mulutnya dingangakan, laju sahaja Adi menyuapkan sesudu nasi tersebut ke dalam mulut isterinya. Ariana menerima dengan rasa tak puas hati.
"Rasalah sendiri. Sedap tak?" balas Adi Ashraf tidak bersalah. Dia menongkat dagu menunggu balasan isterinya.
Ariana mengangguk. Wajahnya dimasamkan. Pelik pelik je suami dia ni. Kadang-kadang romantik, kasar dan yang paling penting menjengkelkan.
"Sedap je. Kau makanlah. Aku masak untuk kau. Sampai hati kau tak nak habiskan." ucap Ariana sengaja berpura-pura sedih. Dia memuncungkan bibir.
"Salah ke aku nak kongsi makanan dengan isteri aku sendiri? Lagipun aku tak nak kau lapar bila aku dekat tempat kerja nanti." bidas Adi Ashraf selamba. Dia menyuakan sesudu lagi nasi untuk isterinya.
Ariana terdiam seketika. Tak sangka suaminya boleh menyatakan perkara itu dengan selamba. Tipulah kalau dia kata dia tak terharu mendengar kata-kata suaminya.
Laju sahaja dia menerima suapan daripada suaminya. Bukan selalu dapat suami dia suap. Lebih-lebih lagi, pada waktu sarapan awal-awal pagi ini. Fuh, nampaknya hari dia dimulakan dengan cara paling terbaik!
"Sedapnya! Mesti sebab kau suap, sebab itu bertambah sedap. Suaplah aku hari-hari, Ash. Lagipun, sharing is caring kan?" usik Ariana sambil mengerakkan keningnya. Adi Ashraf hanya tayang muka biasa.
Padahal, dia sudah melebarkan senyuman sampai ke telinga. Lebih-lebih pulak isteri dia seorang ini. Tetapi tak mengapa, dia lebih dari suka untuk lakukan perkara ini setiap hari.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
عاطفية𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...