BAB 52

8.5K 376 32
                                    

Ariana mengorak langkah ke bilik tidur mereka berdua dengan langkah yang berat. Terasa berat hatinya mahu meninggalkan Adi Ashraf sepertimana apa yang dimahukan oleh suaminya itu. Dia menoleh ke belakang mahu melihat suaminya selama yang boleh.

Retak hatinya apabila pandangan matanya tidak lagi bertembung dengan anak mata milik suaminya lagi. Dia mengetap bibir menahan tangis yang mahu dilepaskan semahunya. Kakinya kembali mengatur langkah ke bilik tidur mereka.

Air matanya sejak dari tadi tidak berhenti mengalir. Menangisi perpisahan mereka berdua selepas mengecapi kebahagiaan yang hanya seketika. Tangannya digenggam kuat cuba menabahkan diri. Dia mengagahkan diri sehingga sampai di depan bilik tidur mereka.

Sekilas matanya memandang ke sekeliling bilik tidur itu  hanya mengingatkan dia kepada saat bahagia dia bersama Adi Ashraf. Dia memejam mata cuba mengimbas kembali saat saat itu walaupun hanya untuk seketika.

Tangannya naik menutup mulut cuba menyembunyikan bunyi tangisan yang akhirnya tak dapat ditahan lagi. Pintu bilik itu ditutup. Belakang badannya disandarkan pada pintu. Kepalanya ditundukkan.

Dia terduduk sambil menangis semahu-mahunya. Tiada siapa yang tahu betapa sakitnya hati miliknya pada ketika itu sebaik mendengar permintaan daripada Adi Ashraf. Matanya yang masih terpejam ditutup serapat-rapat yang mungkin.

Tak mahu melihat realiti di hadapan matanya yang sukar untuk diterima olehnya lagi. Dia masih mengenangkan kembali memori bahagianya bersama Adi Ashraf sepanjang perkahwinan mereka berdua.

Kedua-dua lututnya dirapatkan ke dada sambil duduk. Wajahnya disembamkan pada tangannya yang disilangkan di atas kepala lututnya. Lengan bajunya mula basah dek kerana air matanya yang jatuh berjujuran.

Senyuman manis milik Adi Ashraf terbayang di fikiran membuatkan dia mengalirkan air mata buat sekian kalinya. Tangannya naik menyeka air mata dengan lemah. Tak lama kemudian, tangannya memegang seutas rantai yang berada di lehernya yang merupakan pemberian Adi Ashraf.

Perlahan-perlahan, dia memegang buah rantai itu, yang merupakan simbol penyatuan cinta mereka berdua. Air matanya mula bertakung kembali apabila kata-kata cinta mereka berdua luahkan pada saat itu kembali di fikiran.

Dia meninggalkan sebuah ciuman hangat pada rantai tersebut. Mengharapkan cinta mereka masih utuh walaupun berhadapan dengan perpisahan. Akhirnya, dia bangun dengan perasaan sebak yang masih memenuhi dada. Tetapi digagahkan juga tubuh dengan tabah.

Beg pakaiannya diambil dari dalam almari bersama dengan beberapa helai pakaiannya. Punggungnya dilabuhkan di atas katil sambil tangannya ralit mengemas bajunya untuk diletakkan ke dalam beg.

Usai itu, dia duduk dihadapan cermin. Melihat pantulan dirinya yang berwajah sembap kerana menangis. Sebuah keluhan panjang dilepaskan. Dia bergerak ke bilik air untuk menyegarkan wajahnya.

Matanya mula bergerak ke arah sebuah bingkai gambar yang terletak di atas sebuah meja sisi katil. Kelihatan gambar perkahwinan mereka berdua di situ. Wajah mereka yang gembira berseri di hari perkahwinan mereka dihiasi dengan senyuman lebar dibibir.

Dia mendekati meja tersebut untuk mengambil bingkai gambar tersebut. Senyuman lemah yang mahu terukir di bibir digantikan dengan air matanya yang mula mengalir kembali. Tangannya mengusap gambar itu penuh berhati-hati.

Tak mahu satu-satunya kenangan mereka bersama hilang untuk selamanya. Tak lama kemudian, bingkai itu dibawa ke dalam pelukan sebelum diletakkan bersama ke dalam beg pakaiannya. Dia menarik nafas panjang kerana tak mahu menangis di hadapan Adi Ashraf.

Air matanya diseka cepat-cepat. Dia bingkas berdiri. Tangannya menggosok pakaiannya untuk kelihatan kemas dihadapan suaminya untuk kali terakhir pada ketika perpisahan mereka. Beg pakaiannya diambil. Badannya menoleh melihat bilik tidur itu untuk kali terakhir.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now