Adi Ashraf menjatuhkan surat tersebut tanpa sengaja. Tak dapat menerima kenyataan bahawa surat itu daripada Mawar Adriana yang telah mati lima tahun yang lepas. Apakah maksud semua ini?
"Tak mungkin." ucap Adi Ashraf perlahan. Tangannya terketar-ketar mengambil semula surat tersebut lalu diteliti kembali. Sudah jelas tertera disitu nama Mawar Adriana.
Ketukan di pintu menarik perhatiannya serta-merta. Tanpa membuang masa, dia menyimpan semula surat tersebut di dalam sampulnya lalu disorokkan daripada pandangan isterinya.
"Ash, aku dah panaskan lauk. Kau dah mandi ke belum? Eh kenapa muka kau pucat." tegur Ariana Atilia pelik. Dia menghampiri suaminya. Tangannya naik mahu mengusap pipi Adi Ashraf tetapi suaminya bingkas bangun cuba mengelak.
Ariana mengerutkan muka. Sedikit terasa dengan tindakan suaminya. Dia ada buat salah apa-apa ke? Bukan tadi mereka berdua elok sahaja bermesra tetapi mengapa begini pula jadinya.
"Ash, kenapa ni?" tanya Ariana lagi mahu mengetahui perkara yang menganggu suaminya. Kini, tangannya pula cuba untuk memegang tangan milik Adi Ashraf. Namun sekali lagi suaminya mengelak.
Ariana terpempan. Sakit hatinya apabila usahanya untuk memujuk suaminya ditolak sebegitu sahaja. Tetapi dia diamkan sahaja. Mahu menyembunyikan perasaan seperti tindakan suaminya itu langsung tidak memberi kesan terhadapnya. Walaupun sebenarnya sebaliknya terjadi.
"Aku penat. Kau makanlah. Aku tak ada selera." balas Adi Ashraf dingin. Wajahnya langsung tak menunjukkan apa-apa riak. Fikirannya hanya tertumpu pada Mawar Adriana.
Kalau benar surat itu daripada Mawar Adriana, itu bermakna tunangnya masih hidup sehingga ke hari ini. Namun mengapa baru sekarang dia mahu muncul.
Entah mengapa juga, selepas mengetahui bahwa mungkin Mawar Adriana masih hidup lagi dia melayan isterinya seperti dulu. Bagai hubungan mereka kembali seperti sedia kala.
"Okay, aku keluar dulu." ucap Ariana mahu memberikan suaminya ruang untuk bertenang. Mungkin suaminya itu tertekan dengan tekanan kerja. Ya dia cuba berfikir positif. Mahu mengubat hatinya yang sakit.
Tetapi tiada balasan daripada Adi Ashraf. Suaminya melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri tanpa menoleh ke arah isterinya walau sekali. Seolah Ariana tidak wujud di situ.
Akhirnya, Ariana keluar dari bilik tidur mereka. Dia memejam mata, tangannya pula diletakkan pada dadanya lalu ditepuk perlahan. Tanda mahu menguatkan semangat walaupun sebenarnya dia hanya mahu menangis pada saat ini.
"Tak apa Riana. Ash sibuk. Bukan dia tak sayang kau cuma dia stres." ucap Ariana menyakinkan dirinya sendiri. Masih berusaha untuk positif.
Dia membawa diri ke ruang tamu. Dia menonton televisyen cuba mengalihkan perhatiaannya daripada suaminya yang tiba-tiba berubah dingin. Tiada angin tiada ribut suaminya bertindak sebegitu.
Surat yang diberikan kepada suaminya terlintas pada fikiran. Baru dia perasan tindakan suaminya berubah sebaik surat itu diberikan pada suaminya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Buat masa ini dia hanya berdiam diri sahaja.
Adi Ashraf yang sudah selesai mandi dan lengkap berpakaian melabuhkan punggung dihujung katilnya yang dikongsi bersama isterinya, Ariana Atilia. Surat daripada Mawar Adriana membuatkan perasaannya berkecamuk.
Tak tahu bagaiman mahu diungkapkan perasaannya pada ketika itu. Sepatutnya dia berasa gembira dan teruja selepas mengetahui Mawar Adriana masih hidup. Tetapi dia terasa kecewa kerana mengapa baru sekarang gadis itu mahu muncul dalam hidupnya.
Selepas lima tahun, dia menyangka wanita itu telah mati. Dia terasa seperti sudah curang pada Mawar Adriana kerana telah mengahwini Ariana Atilia. Jujur dia kata dia tak tahu mahu berbuat apa dengan khabar berita bahwa Mawar Adriana masih hidup.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...