BAB 54

9.7K 371 99
                                    

Genap dua minggu sudah Adi Ashraf dan Alif Zafran mencari Ariana. Keberadaan isterinya bagai hilang begitu saja tanpa jejak. Nombor telefon Ariana juga tidak dapat dihubungi lagi. Malah nombor itu juga dikatakan sudah tiada dalam perkhidmatan.

Tiada satu tempat pun yang Adi Ashraf terlepas pandang untuk mencari Ariana. Rumah keluarga mertuanya dan rumah Tok Wan juga telah dia lawati untuk bertanyakan keberadaan Ariana. Namun semuanya menemui jalan buntu. Menunjukkan isterinya memang tak mahu ditemukan.

Dia melepaskan keluhan panjang. Dirinya hampir berputus asa. Buat sekian kalinya dia menyesal dengan keputusannya yang meminta Ariana meninggalkan dirinya pada mulanya lagi. Tidak pernah sekali dia berhenti menyalahkan dirinya sekiranya sesuatu yang buruk menimpa Ariana.

Dia juga takkan pernah dapat memaafkan dirinya jika perkara itu berlaku. Namun apakan daya semuanya sudah berlaku sebaik dia meminta Ariana meninggalkan dirinya. Dia tak dapat mengulang masa. Nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, tidak kira apa pun yang terjadi dia akan berusaha mencari sehingga jumpa.

Dia mahu meluahkan kata-katanya terhadap Ariana yang tidak dapat dia luahkan semasa mereka bersama. Terlalu banyak perkara yang dia mahu lakukan bersama isterinya. Dia sungguh berharap dia masih mempunyai peluang untuk berkongsi sisa hidupnya bersama Ariana disisi.

Akid Ahnaf yang menyedari keadaan abangnya melepaskan keluhan kecil. Dia segera mengambil tempat disebelah Adi Ashraf. Tangannya diletakkan pada bahu kanan milik abangnya. Tindakan itu membuatkan Adi Ashraf memandang ke arah adiknya.

"Abang, sabar. Aku tahu kita akan jumpa Ariana tak lama lagi. Kau kena kuat. Aku tahu kau kuat kan?" ucap Akid Ahnaf cuba menyalurkan semangat. Bersimpati dengan nasib abangnya. Dulu arwah Mawar namun kini Ariana pula.

Dia turut terkejut apabila mengetahui perpisahan abangnya bersama Ariana pada mulanya. Langsung tak menyangka pasangan suami isteri yang sedang bahagia itu berpisah. Dia juga turut bersedih kerana Adi Ashraf tidak memaklumkan itu kepada dirinya kerana tak mahu menganggu dirinya.

Sedangkan abangnya sentiasa bersama dia dikala di berada dalam kesusahan. Rasa serba salah apabila melihat Adi Ashraf merana dalam diam menyimpan perasaan itu sendirian. Namun kini mujurlah Adi Ashraf berkongsi masalahnya itu kepadanya pada akhirnya.

"Kau dah cuba tanya Maisarah ke?" tanya Adi Ashraf ingin tahu. Berharap bakal isterinya adiknya itu mempunyai maklumat tentang keberadaan isterinya.

"Dah. Tapi Mai kata dia pun tak tahu Ariana dekat mana. Dah lama dia orang berdua tak bersembang. Katanya kali terakhir dia orang bersembang masa majlis pertunangan kami berdua. Sejak dari tu Ariana dah tak hubungi dia atau apa. Dia ingatkan Ariana sibuk dengan kau. Rupanya tak." jawab Akid Ahnaf dengan nada kecewa. Namun dia tahu jawapannya itu lebih mengecewakan abangnya. Dia menumpang simpati. Berat mata memandang keadaan abangnya namun berat lagi bahu yang memikul.

Adi Ashraf mengeluh apabila mendengar kata-kata adiknya. Tiada satu pun petunjuk yang dapat dia menemukan isterinya. Dia tidak dapat menahan diri daripada merisaukan keadaan Ariana tidak kira di mana isterinya berada. Bagaimana jika isterinya sakit atau berada dalam kesusahan tetapi dia tiada untuk membantu isterinya. Dia meraup muka.

"Abang kau dah cuba tanya Haris? Mana tahu Haris tahu Ariana dekat mana. Dia kan rapat dengan Ariana." ucap Akid Ahnaf apabila teringatkan Haris Irfan. Adi Ashraf memandang adiknya bagai tersedar sesuatu.

"Aku belum tanya Haris. Tapi kalau betul dia tahu Ariana dekat mana. Aku tak rasa dia nak bagitahu aku. Dia dah tak percayakan aku, Akid." balas Adi Ashraf dengan berat hati. Kecewa kerana mengecewakan Haris yang mempercayakan dirinya sepenuh hati.

"Macam mana dengan Izz? Kenapa aku dah lama tak nampak dia." tanya Akid Ahnaf lagi. Hairan apabila Izz Faris turut menghilangkan diri. Langsung tiada khabar berita daripada lelaki itu sejak kebelakangan ini.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now