BAB 26

8.3K 434 19
                                    

Ariana Atilia terdiam mendengar kata-kata suaminya. Kelihatan Adi Ashraf melirik ke arahnya sambil menyilangkan tangan ke dada. Sebuah keluhan kecil keluar dari mulut gadis itu. Tak suka dengan kata-kata yang diucapkan oleh suaminya kepada Haris Irfan.

"Ash... Janganlah macam ni." rengek Ariana Atilia sambil menarik hujung baju suaminya. Telefon pintarnya yang masih dalam pegangan lelaki itu cuba diambil semula.

Adi Ashraf meninggikan tangan yang masih masih memegang telefon pintar isterinya. Terkapai-kapai Ariana Atilia cuba mencapai. Tindakan sia-sia isterinya diperhatikan oleh Adi Ashraf. Mahu melihat sejauh mana kesabaran gadis itu.

"Ash!" jerit Ariana Atilia tak puas hati. Matanya  mencerlung tajam ke arah suaminya. Adi Ashraf menjongketkan kening.

Dia menggoyangkan sesekali telefon pintar milik gadis itu dihadapan wajah isterinya. Baru saja Ariana Atilia mahu merampas, tangan lelaki itu cekap menarik semula. Ariana Atilia mula bercekak pingang.

"Nak ni? Ada rasa sakit hati?" soal Adi Ashraf cuba menduga isterinya. Matanya dialihkan ke arah skrin telefon pintar isterinya buat seketika. Ariana Atilia hanya membalas dengan deheman kuat.

"Sakit lagi hati aku." balas Adi Ashraf senada. Jarinya menekan sesuatu pada skrin telefon pintar Ariana Atilia. Gadis itu mula serba salah.

Namun tindakan Adi Ashraf yang mencurigakan itu membuatkan Ariana Atilia memanjangkan leher untuk melihat apakah yang sedang dilakukan oleh suaminya. Malangnya, pandangannya dihalang oleh Adi Ashraf sepenuhnya.

Ariana Atilia menyerah kalah. Malas mahu bertengkar dengan suaminya setelah apa yang terjadi. Tidak menyangka salah faham yang kecil dibesarkan sehingga begini. Dia sendiri tak tahu mahu menyalahkan siapa.

"Nah." ucap Adi Ashraf lalu menyerahkan semula telefon pintar isterinya. Ariana Atilia menyambut lambat-lambat huluran suaminya.
Bibirnya dicebikkan.

Dia membelek seketika kandungan telefon pintarnya mahu mencari jika ada sesuatu yang hilang. Sangkaannya benar sama sekali apabila menyedari hanya ada satu perkara yang hilang atau yang lebih tepat lagi telah dipadam oleh Adi Ashraf.

Iaitu nombor telefon rakan baiknya, Haris Irfan.

Dia menoleh ke arah suaminya dengan pandangan tajam. Lelaki itu berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pandangan daripada isterinya dihiraukan.

"Ash, kenapa kau delete nombor Haris?" soal Ariana Atilia geram. Riak wajahnya diseriuskan cuba menakutkan lelaki itu. Namun tak berjaya.

Adi Ashraf menoleh ke arah isterinya di sebelah. Riak wajah tidak bersalah ditayang. Rasa tak puas hati jelas tersisa dalam dirinya. Atau sebenarnya perasaan cemburu? Eh.

"Kenapa? Salah ke? Kalau nombor Haris tu kisah sangat. Cuba kalau nombor aku. Call pun tak nak. Kalau si Haris tu siap call, jumpa lagi. Sampai jadi BOYFRIEND la sekarang ni kan?" balas Adi Ashraf dengan nada menyindir. Matanya dihalakan ke arah televisyen.

Ariana Atilia mengecilkan mata ke arah suaminya. Perlu ke perli sampai sebegitu sekali? Nampaknya terpaksa lah dia melayan kerenah suami dia seorang ni.

"Ash, aku dah kata kan aku tak sengaja. Aku mintak maaf sebab tak kenalkan kau orang berdua awal-awal. Tapi Haris tu betul kawan aku je. Kawan. Tak pernah lebih dari tu." jelas Ariana Atilia bersungguh-sungguh cuba meyakinkan suaminya. Dia berharap sangat suaminya dapat memahami hubungan dia dengan Haris Irfan.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now