Lebih kurang seminggu lalu lamaran daripada Adi Ashraf diterima oleh Ariana Atilia. Gadis itu tersenyum kecil setiap kali memori tersebut terlayar di fikiran.
Pandangan mataya jatuh ke arah jari manisnya yang kosong tanpa sebarang aksesori. Hatinya tak sabar untuk menyarungkan cincin pertunangannya sebentar saja lagi.
"Riana, tengoklah muka aku ni. Susah aku nak touch up kalau kau tunduk. Apa yang lawa sangat jari kau daripada muka aku ni hah?" tegur Maisarah yang merupakan jurumekapnya pada hari itu.
Itupun Akid Ahnaf yang kenalkan dia kepada gadis tersebut. Sejak itu, dia baru mengetahui bahawa bakal adik iparnya itu mempunyai banyak kenalan perempuan. Tambah pula, semuanya bekerjaya. Sebut saja pekerjaan apa. Dari model sehingga cleaner pun Akid Ahnaf kenal.
Typical playboy.
Dagu kecil milik Ariana Atilia diangkat sedikit oleh Maisarah. Tindakan itu membuatkan Ariana Atilia terdongak menghadap wajah kuning langsat milik Maisarah. Bibir gadis itu tersenyum lebar. Kebetulan mereka berdua sebaya dan sudah selesa antara satu sama lain.
"Lama lagi ke, Mai? Lembab la kau ni. Baik aku upah orang lain." rungut Ariana Atilia cuba mengusik. Dia menyilangkan tangan ke dada.
Maisarah memberikan sentuhan terakhir kepada hasil kerjanya sebelum bercekak pinggang. Jari runcing gadis itu dijentik kuat pada dahi Ariana Atilia. Bibirnya tersenyum kemenangan.
"Kau kata aku lembab lagi kan. Ha padan muka. Dah, bangun. Tunang kau lari baru tahu." kata Maisarah sambil mengheret Ariana Atilia keluar dari bilik tersebut.
"Kejap!" ucap Ariana Atilia memberhentikan mereka berdua. Maisarah menoleh ke arah gadis itu mahukan penjelasan.
"Kau ni, sabarlah. Aku yang nak tunang bukan kau. Habis dahi aku ni sakit. Merah tak?" soal Ariana Atilia sambil menyapu dahinya yang masih pedih.
Lalu dia menoleh ke arah cermin panjang yang terletak di dalam bilik tidurnya. Tangannya menyapu kedutan pada baju kurung moden yang dipakai. Baju kurung moden berwarna biru laut bersama sedikit manik tabur diatasnya menjadi pilihan Ariana Atilia untuk majlis pertunangannya pada hari ini.
Kepalanya dililit dengan sehelai tudung shawl sutera berwarna putih untuk digayakan bersama baju tersebut. Wajahnya yang putih melepak dikenakan mekap yang natural oleh Maisarah. Dia kelihatan begitu ayu berada dalam pakaian itu.
"Mai, okay ke?" soal Ariana Atilia merujuk kepada pakaiannya. Terpamer kerisauan pada wajah gadis itu.
"Dah cantik dah. Aku yang mekapkan kau. Gila tak cantik? Jom." ajak Maisarah sambil menarik lembut tangan Ariana Atilia. Dia menghadiahkan senyuman untuk menenangkan hati gadis itu.
Mereka berdua berjalan beriringan ke ruang tamu. Anak mata Ariana Atilia diliarkan sekeliling. Beberapa wajah yang dikenalinya sempat ditangkap sekilas. Dia berjalan lemah lembut sambil menundukkan kepala sesekali.
Akhirnya, dia mengambil tempat yang disediakan di hadapan bakal ibu mertuanya, Puan Ratna. Wanita tua itu tersenyum sebaik melihat Ariana Atilia. Manakala, Puan Sandra duduk bersebelahan anak perempuannya. Dia menggosok lembut lengan Ariana Atilia untuk memberitahu semuanya adalah baik-baik sahaja.
Tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan dibalas dengan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Gubahan hantaran yang berisi makanan seperti kek cawan, coklat dan buah-buahan menghiasi majlis tersebut. Tidak lupa juga, pelbagai barangan lain yang diberikan oleh pihak lelaki.
Adi Ashraf terpaku melihat Ariana Atilia yang sedang duduk bersimpuh berhadapan dengan Puan Ratna. Tak percaya bahawa itu adalah gadis yang sama daripada sebelum ini. Dia cuba tahan senyum daripada terukir dibibirnya.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...