Alif Zafran menilik jam di tangannya yang menunjukkan sudah lebih kurang 30 minit Adi Ashraf tidak menghubunginya semula. Dia segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan keadaan Adi Ashraf yang berkemungkinan dalam bahaya. Lokasi Adi Ashraf juga diserahkan kepada pihak polis untuk memudahkan lokasi itu dijejaki.
Kini, dia sedang dalam perjalanan ke lokasi itu bersama bantuan. Dia masih mencuba menghubungi Adi Ashraf untuk mengetahui keadaan di tempat kejadian tetapi tidak berjaya. Alif Zafran memecut kereta untuk sampai dengan lebih cepat memandangkan trafik yang sesak dan lokasi yang terletak jauh dari situ.
Takut sekiranya terlambat dia tidak sempat untuk membantu Adi Ashraf. Perkara ini dia sudah dapat jangka tetapi apabila Adi Ashraf bertegas untuk bertindak sendirian dia tak mampu melakukan apa-apa.
Sebuah peranti penjejak yang menunjukkan dot merah yang masih menyala menandakan lokasi Adi Ashraf yang masih aktif. Dia berharap Adi Ashraf masih dapat bertahan buat masa ini sementara menunggu pihak bantuan datang.
••●══••●۩۞۩●••══●•Adi Ashraf melonggarkan pelukan pada tubuh Ariana dengan berhati-hati. Tangannya dilingkarkan pada pinggang milik isterinya. Tubuhnya bergerak ke hadapan Ariana cuba melindungi isterinya daripada figura di depannya kini. Ariana berdiri di belakang suaminya tanpa mengeluarkan kata-kata. Masih tidak faham apa yang sedang berlaku disitu.
Riak wajah yang penuh dengan tanda tanya jelas terpamer pada wajah milik Adi Ashraf dan Ariana. Namun lain pula reaksi yang diberikan oleh Izz Faris. Lelaki itu mengetap rahang dalam diam. Penumbuk di sisi digenggam kuat. Dia bergerak ke hadapan Adi Ashraf dan Ariana. Sekelip mata, penumbuk itu dilayangkan mengenai wajah si empunya suara.
Buk!
"Dasar tak guna kau!" ucap Izz Faris dengan penuh rasa benci pada lelaki dihadapannya ini, Haris Irfan. Sebuah lagi penumbuk mahu diberikan pada wajah lelaki tak guna itu namun sempat dihalang oleh Adi Ashraf.
"Izz, sabar. Jangan buat benda bodoh!" marah Adi Ashraf cuba menyedarkan sahabatnya yang sedang panas hati. Izz Faris mendengus geram mendengar kata-kata Adi Ashraf. Dia cuba melepaskan diri daripada pegangan Adi Ashraf dengan mudah.
"Kau suruh aku sabar? Kau tahu tak punca semua ni Haris! Haris yang buat kau berpisah dengan Riana bukannya aku! Aku cuba nak bagitahu kau tadi tapi kau langsung tak nak dengar apa aku cakap! Sekarang kau nak suruh aku sabar? Tolonglah, Adi!" jelas Izz Faris menerangkan keadaan yang Adi Ashraf tersalah faham sejak dari mula lagi. Dia menggoncangkan bahu Adi Ashraf seolah menyedarkan sahabatnya.
Adi Ashraf tersentak dengan kata-kata Izz Faris. Izz Faris melepaskan keluhan panjang melihat reaksi sahabatnya. Dia memberikan jelingan tajam pada Haris Irfan yang sedang tersenyum sinis.
Kelihatan Haris Irfan memegang bibirnya yang sedikit luka dek kerana serangan daripada Izz Faris. Namun begitu, dia masih mengukir senyuman sinis sebaik mendengar kata-kata yang meniti di bibir Izz Faris. Atau dengan kata lain, rahsianya sudah terbongkar.
"Kenapa Adi? Terkejut? Masih tak percaya aku yang buat semua ni? Nampaknya lakonan aku terlampau bagus sampai kau masuk tepat ke dalam perangkap aku dengan mudah." ucap Haris Irfan dengan nada memerli. Tangannya diseluk ke dalam seluar. Darah dibibirnya dikesat tidak meninggalkan sebarang kesan.
"H-Haris..." panggil Ariana dengan nada yang tidak percaya. Siapa sangka rakan baiknya selama ini yang selalu berada bersama dia di kala senang dan susah tergamak membuatkan dirinya sebegitu. Dia segera menyorokkan diri di belakang Adi Ashraf sebagai perlindungan. Adi Ashraf mengetatkan pegangan pada pinggang isterinya.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...