Selepas beberapa ketika, Ariana mula tenang. Tiada lagi tangisan yang kedengaran dari mulut gadis itu. Tubuh badannya yang mengigil juga telah berhenti. Air mata yang dari tadi mengalir diseka oleh Adi Ashraf.
Keadaan Ariana Atilia jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang benar-benar menganggu dirinya. Adi Ashraf yang sedar dengan keadaan isterinya mengambil keputusan untuk tidak mempersoalkan apa-apa.
Dia tahu dalam keadaan seperti ini dia perlu memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Ariana. Tangan isterinya disulam bersama tangannya dalam gengaman yang erat. Manakala, sebelah tangannya lagi mengusap lembut pipi isterinya yang sudah kering dengan air mata gadis itu.
"Jangan nangis dah, okay. Buruk." ucap Adi Ashraf selamba. Cuba untuk menceriakan keadaan. Bibirnya mengulum senyuman.
Tindakannya berjaya apabila Ariana Atilia mula mengukir senyuman kecil. Tangan suaminya ditolak lembut daripada wajahnya. Dia tak dapat menafikan bahwa sentuhan suaminya itu membuatkan dia terasa selamat dan tenang.
"Mana ada buruk. Aku cantik, okay." balas Ariana cuba menafikan kata-kata suaminya. Walaupun sebenarnya dia tahu Adi Ashraf mahu mengalihkan perhatian dirinya daripada apa-apa perkara yang sedang menganggu dirinya sebentar tadi.
Oleh sebab itu, dia berasa lega. Lega kerana suaminya memahami keadaannya sekarang. Dia tahu pada akhirnya mahu tak mahu dia perlu berterus-terang dengan suaminya. Tetapi sekarang dia semakin yakin untuk melakukan sedemikian apabila melihat sisi Adi Ashraf yang begitu memahami.
"Aku lapar. Kau lapar tak?" soal Adi Ashraf cuba menarik perhatian isterinya. Mereka berdua sedang berjalan bersebelahan menuju ke kereta. Genggaman tangan mereka berdua juga masih erat. Dia risau apabila melihat isterinya hanyut dalam lamunan.
"Lapar." ringkas balasan daripada Ariana Atilia. Terhenti serta-merta lamunannya sebentar tadi. Pandangan matanya menemui riak wajah Adi Ashraf yang kerisauan.
"Aku nak makan aiskrim. Tapi kau belanja." tambah Ariana Atilia lagi sambil tersengih kerang. Mahu menunjukkan yang dia sudah okay sepenuhnya.
Adi Ashraf menjulingkan mata ke atas. Buat penat saja dia risaukan isteri dia tadi. Tapi sekarang boleh pula isteri dia fikirkan tentang aiskrim? Ceh.
Pada masa yang sama dia berasa lega apabila melihat isterinya sudah kembali seperti sedia kala. Sekurangnya dia tahu isterinya telah okay.
"Fine, Tapi nanti kita singgah mana-mana kedai makan. Sebab aku lapar nasi." maklum Adi Ashraf. Dia mengerling ke arah isterinya. Ariana Atilia mengangguk faham.
"Betul ni kau nak aiskrim je? Tak nak apa-apa?" soal Adi Ashraf lagi cuba mahukan kepastian. Dia membuka pintu kereta untuk membenarkan isterinya masuk. Ariana mengeleng.
"Nak aiskrim je lah. Lagipun aiskrim boleh buat aku happy tau. Kau tak nak tengok aku happy ke, Ash?" balas Ariana Atilia sambil mengerakkan kening. Terpamer senyuman nakal di bibirnya. Dia segera masuk ke dalam kereta.
Adi Ashraf mengeleng kepala. Dia turut memboloskan diri untuk masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang keledar dipakai. Anak matanya bergerak ke arah isterinya disebelah.
"Siapa kata aku tak nak kau happy hmmm? Kalau boleh, aku tak nak aiskrim yang buat kau happy tapi aku." tutur Adi Ashraf cuba meluahkan perasaan. Dia mahu isterinya tahu betapa dia mengambil berat tentang dirinya.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...