Air mata yang jatuh berlinangan di pipi gebu milik Ariana diseka oleh Adi Ashraf. Dirinya tak mahu lagi isterinya dilanda kesedihan mahupun menyembunyikannya daripada dirinya.Wajah isterinya pula diangkat bagi membenarkan dia melihat ke dalam anak mata isterinya. Pelukan mereka dileraikan. Tangannya naik mengusap lembut raut wajah isterinya.
Ariana menikmati belaian suaminya. Tangannya naik memegang tangan suaminya yang sedang mengusap wajahnya. Dia mengukir senyuman ikhlas.
"Thank you, Ash." ucap Ariana benar-benar memaksudkan kata-katanya. Sungguh tersentuh dia diperlakukan sebegitu. Apatah lagi apabila suaminya sudi berada di sisinya.
Adi Ashraf membalas senyuman isterinya. Tangan isterinya dicium sekilas. Membuatkan Ariana tersenyum malu. Manakala, dia tersenyum simpul.
"Most welcome, wifey. Anything for you." ucap Adi Ashraf sambil memandang tepat ke dalam mata isterinya. Membuktikan dia amat serius apabila menuturkan kata-kata tersebut.
Malangnya Ariana menganggap kata-kata tersebut hanya kata-kata manis yang selalu suaminya tuturkan untuk menenangkan dirinya. Dia menongkat dagu sambil melihat pemandangan laut yang luas terbentang.
"Jom." ajak Adi Ashraf tiba-tiba. Dia sudah menarik tangan isterinya. Ariana hanya mengikut langkah suaminya.
Mereka berdua berjalan ke arah pinggir pantai. Terasa air ombak membasahi kaki mereka sehingga buku lali. Ariana menundukkan badan cuba merasai air laut yang sejuk.
"Sejuknya!" ucap Ariana mula teruja. Dia mengerling ke arah suaminya di sebelah.
"Kan, apalagi mandilah. Alang-alang dah ada dekat sini." ucap Adi Ashraf yang sudah masuk ke dalam air. Dia menghulurkan tangan untuk mencapai tangan isterinya.
Ariana berpeluk tubuh. Berkira-kira untuk menyertai suaminya. Adi Ashraf mengharapkan isterinya bersetuju. Dia mahu isterinya itu tidak lagi memikirkan perkara yang menganggunya lagi.
"Tak naklah, Ash. Kau je lah mandi. Aku tengok dari situ tau." balas Ariana sambil menudingkan jari ke arah sebuah batu besar yang tidak jauh dari situ. Adi Ashraf mengeleng kepala tanda tak setuju.
"Riana, jomlah." pujuk Adi Ashraf. Ariana mengeleng kepala tanda tak mahu. Dia bercekak pinggang.
Tanpa amaran, Adi memercikan air ke arah isterinya. Menyebabkan pakaian Ariana serta-merta basah. Dia membulatkan mata. Senyuman kemenangan sudah terbit di bibir Adi.
"Ash! Apa ni! Habis basah dah." rungut Ariana sambil mengelap wajahnya yang sedikit basah. Dia membalas semula tindakan suaminya sebagai tanda membalas dendam. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
Wajah suaminya yang disimbah air itu membuatkan Ariana menghamburkan tawa. Tanpa dia sedari, tangannya ditarik ke dalam air. Hampir lemas dia dibuatnya.
Kini, giliran Adi Ashraf yang galak mentertawakan isterinya. Rambutnya yang basah diraup ke belakang. Wajahnya diraup sekilas membolehkan dia melihat isterinya dengan lebih jelas. Tudung isterinya yang senget membuatkan dia melepaskan tawa sekali lagi.
Ariana memasamkan wajah. Matanya dikecilkan. Sebuah jelingan tajam diberikan kepada suaminya. Dia menyilangkan tangan ke dada. Geram dengan sikap suaminya itu.
"Ei, jahat!" marah Ariana penuh geram. Dia menarik kepala suaminya masuk ke dalam air bersama dirinya. Adi Ashraf yang tidak bersedia dengan serangan mengejut isterinya tertelan air laut yang banyak.
Sebaik tiba di permukaan dia terbatuk-batuk mengeluarkan air tadi. Ariana mempamerkan riak muka tak bersalah. Dia tersenyum kepuasan.
"Padan muka." balas Ariana berpuas hati. Lidahnya sengaja dijelirkan ke arah suaminya. Adi Ashraf menyembunyikan senyuman sebaik melihat senyuman yang terbit di bibir isterinya. Asalkan isterinya bahagia, dia tak kisah tentang apa-apa.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...