Haris Irfan melepaskan keluhan sesekali. Matanya yang terarah di jalan raya akan beralih pada Ariana Atilia yang berada di tempat duduk disebelahnya untuk memastikan keadaan sahabatnya.
Kini, mereka berdua dalam perjalanan ke pejabat Adi Ashraf. Ariana bertegas tidak mahu membuang masa lebih lama lagi. Dalam bila-bila masa sahaja dia boleh kehilangan suaminya, Adi Ashraf.
Jikalau satu-satunya cara untuk memiliki Adi Ashraf buat selamanya dengan meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu, dia akan lakukan. Walaupun sedari tadi hatinya tak sedap dia diamkan sahaja.
Mungkin itu semua perasaannya sahaja. Ataupun hanya disebabkan rasa gementarnya untuk meluahkan perasaannya kepada suaminya sebentar lagi. Dia mula tak senang duduk.
Haris Irfan mula menyedari Ariana seperti terganggu dengan sesuatu. Dia risau sekiranya rancangannya tidak menjadi. Ini semua adalah idea dia untuk Ariana berbaik semula dengna Adi. Dia cuma tak mahu Ariana dilanda kekecewaan sekali lagi.
"Riana, kau okay tak? Jangan risau tak ada apalah. Semua akan okay lepas ni. Adi takkan tinggalkan kau. Aku yakin." ucap Haris Irfan mahu mengurangkan kebimbangan Ariana.
Walaupun dia ada rasa ada sesuatu yang tak kena, dia memilih untuk tidak berkata apa-apa. Dia perlu tampak yakin untuk Ariana. Bagaimana Ariana mahu mempercayakan dia kalau dia tak mempercayakan dirinya sendiri bukan?
"Aku okay, Haris. Cuma takut itu je." luah Ariana jujur. Pandangannya dialihkan kepada Haris Irfan yang sedang memandu. Tangannya mula berpeluh kerana rasa gementar.
"Riana, aku ada. Jangan lupa tu. Walaupun Adi tinggalkan kau, aku takkan buat macam tu, faham?" tambah Haris Irfan lagi. Dia mengukir senyuman, menenangkan Ariana serta-merta.
Ariana tersenyum lega. Dia mengukir senyuman setelah sekian lama. Tangannya memukul perlahan lengan Haris Irfan yang berlapik. Sekurangnya dia masih ada sahabat sebaik Haris Irfan di sisinya.
Tak lama kemudian, mereka telah tiba di pejabat milik Adi Ashraf. Mereka berdua saling berpandangan. Haris Irfan memberikan pandangan bahwa segalanya akan baik-baik sahaja.
Ariana mengangguk kecil sebelum menghela nafas panjang. Dia mengagahkan diri untuk mengorak langkah bersama Haris Irfan di sampingnya. Tangannya yang terketar digenggam kuat.
"Eh Riana, kenapa datang sini tak cakap. Nak jumpa abang eh? Dia ada je ke dekat dalam bilik. Rindu ke?" tegur Akid Ahnaf yang kebetulan berada di situ. Terselit nada mengusik di dalam kata-katanya.
Ariana tersenyum kekok. Ternyata adik iparnya langsung tidak mengetahui apa yang berlaku diantaranya dan Adi Ashraf. Dia juga berharap ianya kekal begitu kerana tak mahu aib rumah tangganya diketahui oleh orang lain pula. Setakat hanya Haris Irfan sahaja yang tahu.
"Haah. Sorry kalau aku ganggu kau. Aku nak buat surprise untuk Ash sebenarnya. Dia pun tak tahu aku nak datang. Boleh ke kalau aku jumpa dia?" jawab Ariana dengan harapan dapat menemui suaminya. Haris Irfan pula meliarkan pandangan ke sekeliling.
"Oh kejap. Aku periksa dulu. Tak silap aku ada orang tadi masuk jumpa dia." maklum Akid Ahnaf mula memeriksa sesuatu di komputernya. Haris Irfan menyilangkan tangan ke dada. Ariana menunggu dengan sabar.
"Erm... Akid yang masuk tu lelaki ke perempuan?" tanya Ariana takut-takut cuba memastikan sesuatu. Bagaimana kalau Mawar Adriana yang bersama dengan suaminya sekarang ini? Sudah terlambatkah untuk dia menjelaskan segala-galanya?
Soalan Ariana membuatkan Haris Irfan turut tertanya-tanya. Dia memikirkan perkara yang sama. Mereka berdua menunggu jawapan daripada Akid Ahnaf. Hanya lelaki itu sahaja yang dapat memastikan persoalan mereka pada ketika itu.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...