Adi Ashraf tersenyum lebar saat melihat gerangan yang berada disebalik pintu. Rasa tak percaya dengan apa yang dilihat dengan matanya sendiri. Figura itu hanya tersengih melihat reaksi Adi Ashraf.
"Izz! Bila kau balik?" soal Adi Ashraf bangun berdiri. Mereka berdua bersalaman sebelum saling berpelukan.
"Semalam. Tu aku datang nak buat surprise untuk kau ni." balas Izz Faris mesra. Dia mengambil tempat dihadapan Adi Ashraf.
"Lama betul kita tak jumpa. Kau apa khabar? Tiba-tiba hilang tak ada khabar berita." kata Adi Ashraf cuba memulakan perbualan. Dia berasa gembira dapat berjumpa kembali teman lamanya semula. Lebih kurang lima tahun jugalah mereka terpisah.
"Aku sihat. Cuma tulah aku kena uruskan syarikat ayah aku dekat Kedah sebelum ni. Sekarang, alhamdulilah abang ipar aku yang tolong uruskan. Aku balik sini pun sebab nak usahakan syarikat aku sendiri." terang Izz Faris panjang lebar. Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Dia berasa kagum dengan pencapaian sahabatnya itu.
"Jangan risau. Aku ada kalau kau perlukan apa-apa. Lagipun banyak benda yang kita kena sembang ni. Tapi lepas ni aku ada meeting dengan klien." jelas Adi Ashraf pula. Sedih dirasakan apabila tak dapat berbual dengan lebih lama dengan lelaki itu.
Izz Faris menghamburkan tawa sambil mengeleng kepala. Adi Ashraf mengerutkan dahi melihat perbuatan sahabat baiknya. Tangannya menumbuk lembut lengan Izz Faris. Dah tak betul ke kawan dia ni?
"Aku...akulah klien kau, Adi. Ya Allah. Aku datang sini bukan semata-mata nak buat surprise tau. Aku datang nak melabur untuk syarikat kaulah." kata Izz Faris berusaha untuk bercakap dengan lancar. Adi Ashraf melihat kembali nama yang tertera di jadualnya.
Dia menepuk dahi. Macam mana dia tak boleh tak perasan tadi? Bibirnya mengukir senyuman. Nampaknya bolehlah dia sambung berbual lagi bersama dengan lelaki itu. Terlalu banyak perkara yang mereka berdua ketinggalan sepanjang lima tahun ini.
"So, macam mana dengan isteri kau? Eh, mesti kau dah jadi ayah kan? Sorry sangat aku tak dapat datang majlis kahwin kau. Tak apa, jangan risau. Aku belanja pakej honeymoon kedua untuk kau. Okay?" kata Izz Faris teruja. Keningnya dijongketkan beberapa kali sambil mengukir senyuman nakal.
Namun, soalan itu membuatkan Adi Ashraf terdiam. Dia tersenyum lemah. Dia tak salahkan Izz Faris yang belum sedia maklum tentang kematian Mawar Adriana. Cuma kata-kata sahabatnya membuatkan dia rasa hiba.
Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabatnya. Mungkin sekarang dia telah bergelar seorang ayah dan menjadi seorang suami kepada Mawar Adriana. Namun kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.
"Mawar...dah tak ada Izz. Dia meninggal dalam kemalangan sebelum hari perkahwinan kita orang." ucap Adi Ashraf tenang. Bibirnya digagahkan untuk mengukir senyuman. Walaupun dia sendiri susah untuk menerima kenyataan itu.
Izz Faris terkedu. Tak sangka dengan nasib malang yang ditimpa oleh sahabatnya selama ini. Dia mula rasa serba salah kerana tidak mengambil tahu tentang perihal lelaki itu sepanjang dia di Kedah. Dia fikirkan bahawa Adi Ashraf telah bahagia bersama isterinya. Malangnya, tanggapannya salah sama sekali.
"Aku mintak maaf, Adi. Aku tak tahu. Aku ingatkan kau-" kata-kata Izz Faris segera dipintas oleh Adi Ashraf segera.
"Aku tak salahkan kau. Tak apa aku okay. Jangan risaulah. Ramai sangat dah yang risaukan aku. Bagilah aku peluang untuk risaukan orang lain pulak." seloroh Adi Ashraf cuba menjernihkan keadaan antara mereka. Dia tak nak menambahkan lagi bilangan orang yang merisaukan dirinya.
Izz Faris tersenyum bangga. Bangga melihat sahabatnya yang menghadapi ujian yang ditimpa dengan tenang. Dia menarik lelaki itu ke dalam pelukan dengan erat.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...