Sejak dari tadi Izz Faris memeriksa sebaris nombor milik Ariana bersama nombor yang dia peroleh daripada gadis yang dia lawat di rumah yang disangka milik Naufal tempoh hari. Adakah itu suatu kebetulan?
Dia termenung sendiri sambil menghirup kopi di kafe yang merupakan tempat lepaknya bersama Adi Ashraf dan Akid Ahnaf. Adakah Ariana mengenali Naufal tanpa pengetahuan dia? Kalau benar, apakah hubungan mereka berdua?
"Assalamualaikum! Jauh termenung. Fikirkan siapa? Buah hati?" tegur Akid Ahnaf yang tanpa izin sudah mengambil tempat dihadapan Izz Faris.
"Waalaikumusalam, kau ni. Aku ingatkan siapa tadi. Kenapa datang tak cakap?" tegur Izz Faris. Mereka berdua bersalaman. Akid Ahnaf tersengih menunjukkan sebaris gigi yang putih.
Izz tersedar soalan yang ditanya oleh Akid sebentar tadi. Dia tersenyum kekok. Takkanlah dia nak kata yang dia teringat Ariana?
Lebih-lebih lagi, apabila Ariana merupakan kakak ipar Akid dan merupakan isteri kepada Adi. Tak ke pelik kalau macam tu?
"Tak ada apalah. Ha kau kenapa datang ni? Kau tak jawab lagi eh soalan aku tadi." balas Izz Faris mahu mengelak dirinya ditanya lebih lanjut.
Risau sekiranya dia terlepas cakap. Dia segera memanggil pelayan untuk mengambil pesanan untuk Akid.
"Tak ada apa-apa konon. Suka hati kau lah. Tapi kalau kau nak meluahkan apa-apa, aku ada disini, Izz. Jangan risau." balas Akid dengan cara yang penuh dramatik. Izz Faris melepaskan tawa kecil. Lengan Akid dipukul. Mereka berdua bergelak tawa.
"Argh, penatnya." keluh Akid. Dia menghirup air minuman yang baru sampai. Izz Faris mula hairan apabila mendengar keluhan sahabatnya.
"Kau penat buat apa Akid?" soal Izz Faris ingin tahu. Akid membetulkan rambutnya apabila melihat sekumpulan wanita yang berada di depan pintu kedai tersebut.
"Aku penatlah Izz. Aku merana dekat office, abang aku seronok honeymoon. Nasib abang." adu Akid sambil menikmati makanannya. Izz Faris menahan tawa. Sudah terlalu masak dengan sikap dua beradik itu.
"Alah macam tak biasa, kau ni." pujuk Izz. Akid mengangkat bahu. Sengaja mahu mengadu saja sebenarnya.
"Tapi sekurangnya berbaloi tau aku merana. Sebab sejak Adi kahwin dengan Riana, abang aku dah tak sedih macam selalu. Dia selalu senyum macam dulu. Kau tak perasan ke?" luah Akid bersama senyuman yang lebar. Dia betul-betul gembira melihat keadaan abangnya sekarang.
Kata-kata Akid Ahnaf membuatkan Izz Faris dihurungi perasaan bersalah. Rasa bersalah kerana berharap bahwa Ariana merupakan isteri kepada Naufal. Iaitu cinta pertamanya dahulu. Mungkin mereka berdua bukan orang yang sama.
Belum sempat Izz Faris membalas kata-kata Akid Ahnaf, kehadiran seseorang menarik perhatian mereka berdua.
"Assalamualaikum." tegur Haris Irfan yang baru saja tiba disitu. Terpamer senyuman lebar di wajah lelaki itu.
"Waalaikumusalam." Serentak mereka berdua membalas. Haris Irfan menggaru belakang kepala kerana kekok.
"Erm tak apa ke kalau aku join korang? Riana tak ada jadi aku tak tahu nak lepak dengan siapa. Aku jalan-jalan tadi tapi ternampak korang sebab tu aku datang ni." terang Haris Irfan panjang lebar.
Izz Faris dan Akid Ahnaf saling berpandangan buat seketika. Mereka mengukir senyuman sebelum memberikan isyarat rahsia antara mereka.
"Duduklah Haris. Kita orang berdua bergurau je. Duduklah. Buat macam rumah sendiri." balas Akid Ahnaf sambil tersengih. Izz Faris memanggil semula pelayan sebentar tadi untuk mengambil pesanan untuk Haris Irfan pula.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | LOVE HATE
Storie d'amore𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...