BAB 37

6.6K 353 11
                                    

Sepanjang perjalanan, kepala Ariana Atilia dilentokkan di bahu suaminya. Sepasang tangan kekar milik Adi Ashraf dilingkarkan pada pinggang ramping Ariana Atilia. Sungguh lena tidurnya tanpa gangguan.

Mata-mata yang memerhatikan pasangan tersebut dihiraukan sepenuhnya oleh Adi Ashraf. Dengkuran halus daripada Ariana Atilia jelas kedengaran di telinga suaminya.

Seraut wajah Ariana yang sedang lena di dibuai mimpi itu diperhatikan oleh Adi Ashraf. Dia mengukir senyuman kecil. Lalu, anak matanya bergerak melihat anak rambut isterinya yang terkeluar dari anak tudungnya.

Lantas, jarinya menolak sedikit anak rambut tersebut ke dalam anak tudungnya kembali agar tidak terlihat lagi. Tindakannya itu membuatkan Ariana mula sedar dari tidur.

Tetapi, Adi Ashraf bertindak lebih pantas dengan mengusap kepala isterinya untuk memastikan isterinya terus lena. Salah seorang penumpang yang berada di sebelah mereka memerhatikan tindakan tersebut sejak dari tadi.

"Isteri?" soal penumpang tersebut kepada Adi Ashraf.

Adi Ashraf menoleh ke sebelah. Dia mengangguk sebagai balasan. Lelaki itu melemparkan senyuman. Adi Ashraf turut melakukan perkara yang sama.

Tidak lama kemudian, feri tersebut telah sampai ke destinasi yang ditetapkan. Orang ramai mula beransur-ansur keluar. Lelaki tadi sempat mendekati Adi Ashraf lalu menepuk bahunya.

"Semoga kekal bahagia." pesan lelaki itu sebelum beredar dari situ. Sekali lagi, sebuah senyuman penuh makna diberikan kepada mereka berdua. Adi Ashraf sempat membalas terima kasih atas pesanan tersebut.

Kini, hanya tinggal mereka berdua sahaja yang berada di situ. Namun, Ariana langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit dari lena. Adi Ashraf mengeleng kepala.

Walaupun dia tidak sampai hati untuk mengganggu lena isterinya, mereka perlu segera keluar dari situ. Tubuh isterinya digoncangkan sedikit. Nama isterinya dipanggil beberapa kali untuk menyedarkan gadis itu dari tidur.

"Riana... Riana..." panggil Adi Ashraf. Nampaknya usahanya berhasil apabila Ariana mula bergerak sedikit seperti mahu sedar dari lena. Tangan isterinya mula melingkar di pinggang Adi Ashraf sebelum dipeluk erat oleh gadis itu. Mukanya pula disembamkan pada leher suaminya sebelum menyambung lenanya kembali. Adi Ashraf mula kaku.

"Riana, bangun cepat kita dah sampai. Kau nak aku angkat kau keluar dari sini ke macam mana?" ugut Adi Ashraf pada telinga isterinya. Dia tahu isterinya masih dalam keadaan mamai. Semoga kata-kata tersebut mampu menyedarkan isterinya dari lena.

Sebaik kata-kata itu dituturkan oleh suaminya, serta-merta Ariana Atilia sedar dari lena. Kelopak matanya dibuka lalu diliarkan sekeliling. Mulutnya yang dibuka untuk menguap sesekali ditutup dengan sebelah tangannya.

Kepalanya yang masih berada di bahu suaminya diangkat sedikit cuba menemui pandangan mata suaminya. Namun hampa apabila kepalanya terhantuk secara tak sengaja terhantuk dengan rahang lelaki itu.
Dia mendesis kesakitan.

Urgh, siapa suruh jawline tajam sangat.

Rungut Ariana Atilia di dalam hati sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit itu. Adi Ashraf pula memegang rahangnya yang sakit akibat tindakan isterinya sebentar tadi. Dia memberikan jelingan tajam.

"Apa jeling-jeling? Sorry lah. Tak sengaja." ucap Ariana Atilia sambil memuncungkan bibir. Adi Ashraf hanya berdehem sebagai balasan. Dia segera bingkas berdiri.

"Kita kat mana?" soal Ariana Atilia sebelum turut berdiri sama. Dia melihat suaminya yang sedang mengeluarkan beg pakaian mereka berdua daripada tempat yang disediakan.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now