Keesokan harinya, Adi Ashraf bangun lebih awal dari biasa. Terasa segar tubuh badan setelah mendapatkan rehat yang secukupnya. Dia mengeliat buat seketika sambil mengerling jam di dinding.
"Awal lagi." monolognya sendiri. Tempat disebelahnya yang sudah kosong itu direnung. Mana pula Ariana Atilia pergi awal-awal pagi ni? Dia sendiri tak sedar bila isterinya masuk tidur semalam.
Selepas sahaja dia menunaikan solat fardhu dan makan malam, dia terus masuk tidur kerana terlalu penat. Sehinggakan tak sedar bila kali terakhir dia menemui isterinya itu.
Namun apabila terdengar bunyi pancuran air di dalam bilik air mereka, dia menghela nafas lega. Lega apabila mengetahui Ariana Atilia sedang mandi. Tetapi kenapa tak kejut dia?
Takkanlah isteri dia nak mengelak dia pasal semalam?
Bunyi pintu bilik air yang terbuka menarik perhatian Adi Ashraf daripada lamunannya serta-merta. Lantas, kepalanya ditolehkan ke arah tersebut. Menampakkan hanya kepala isterinya yang terjengul keluar dari situ.
"Ermmm, Ash boleh tolong ambik baju aku atas meja sebelah kau tu tak?" pinta Ariana Atilia sedikit kekok. Memori semalam masih segar di fikiran. Matanya melilau ke sekeliling bilik cuba mengelak pandangan suaminya.
Adi Ashraf mengangkat keningnya. Anak matanya bergerak ke arah meja yang disebut oleh isterinya sebentar tadi. Kelihatan sepasang baju dan seluar terlipat kemas berada di atas meja tersebut. Pandangan dialihkan ke arah isterinya semula.
"Kenapa tak ambik sendiri? Ada tangan, ada kaki." balas Adi Ashraf bersahaja. Kedua-dua belah tangannya sengaja disilangkan ke dada. Bibirnya sudah mengukir senyuman nakal.
Ariana Atilia mengepal penumbuk. Mula dah perangai tak semengah suami dia tu datang pagi-pagi buta ni. Kalau bukan dia terlupa bawa masuk sekali baju tu tadi kan takkan jadi macam ni. Urghhh.
Suami dia tu pun satu, awal sangat bangun dah kenapa? Selalunya elok je terbungkang lagi atas katil waktu sekarang ni. Omel hati kecil Ariana Atilia.
"Kalau aku boleh ambik dah lama aku ambik Ash. Tak adanya aku nak mintak tolong kau. Masalahnya sekarang aku tak boleh ambik, faham? So, boleh tak kau sebagai suami yang paling baik dalam dunia ni tolong ambikkan untuk isteri kau yang tengah kesejukan sekarang ni?" bidas Ariana Atilia dengan senyuman yang mengerikan. Akhirnya mata mereka bertembung.
Senyuman yang terpamer di wajah Adi Ashraf makin dilebarkan. Pakaian isterinya yang berada di sisi katil itu diambil sebelum dia mendekati Ariana Atilia. Tangannya menyuakan pakaian tersebut.
"Nah, ambiklah." ucap Adi Ashraf masih dengan senyuman yang sama. Matanya dijeling ke arah pakaian isterinya sekilas. Membuatkan Ariana Atilia berasa ragu-ragu.
Matanya dikecilkan kepada Adi Ashraf cuba membaca niat tersembunyi di dalam diri suaminya. Adi Ashraf sekadar mengangkat bahu tanda tidak cuba menyorokkan apa-apa.
Baru saja, tangan Ariana Atilia dihulurkan untuk mengambil pakaiannya daripada Adi Ashraf, suaminya menarik semula dengan pantas. Kepalanya digelengkan membuatkan Ariana Atilia naik geram.
"Not so fast, wifey." ucap Adi Ashraf sambil mengoyangkan pakaian itu di hadapan wajah isterinya. Apabila Ariana cuba mencapai semula pakaian itu, laju saja Adi Ashraf mengelak. Ariana merengus tanda geram.
"Ash, aku tak ada masa nak main-main sekarang ni. Bagilah cepat." rungut Ariana Atilia masih cuba mengambil pakaiannya daripada pegangan suaminya.
Tanpa amaran, pergelangan tangan Ariana Atilia dipegang oleh Adi Ashraf secara tiba-tiba. Sekali lagi, pandangan mata mereka berdua bertembung. Ariana Atilia menelan air liur dengan kesat.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...