BAB 41

7.6K 383 13
                                    

"Thank you, sayang..." ucap Adi Ashraf penuh ikhlas. Kata-kata itu dibisikkan pada telinga Ariana Atilia. Kerana rasa malu, tubuh suaminya ditolak agar jauh daripada tubuhnya.

Mukanya dipalingkan cuba untuk menyembunyikan riak wajahnya yang memerah menahan malu. Tindakan mengejut isterinya membuatkan Adi Ashraf berasa hairan.

Tanpa amaran, lengannya dipukul pula oleh Ariana Atilia.

"Apa ni!" rungut Adi Ashraf sambil memegang lengan yang baru sahaja dipukul oleh isterinya tanpa sebab. Sedikit keliru dengan tindakan agresif isterinya yang secara tiba-tiba.

Ariana Atilia membulatkan mata apabila menyedari tindakannya. Tak sangka dia terpukul suaminya kerana terlalu malu. Dia berdehem sedikit.

"Sorry... tak sengaja. Tapi... semua ini salah kau jugak!" ucap Ariana tanpa berfikir dahulu. Adi Ashraf mengangkat kening. Salah dia? Bila pulak dia buat salah?

"Kenapa salah aku pulak-"

"Sebab kau panggil aku sayang!"

Adi Ashraf terdiam. Tak lama kemudian, bibir sudah mula mengukir senyuman nakal. Ariana sudah menyumpah seranah di dalam hatinya kerana mulutnya yang tiba-tiba sahaja lancang hari ini.

Apa kau buat ni, Ariana? Kau baru saja malukan diri kau sendiri depan suami kau sekarang ni.

"Awww, kau malu ke hmmm? Sayang malu eh?" usik Adi Ashraf yang mula menyakat isterinya. Dia mula mendekatkan jarak antara mereka. Membuatkan Ariana Atilia panik.

"Mana ada! Erm, siapa sayang kau? Bukan aku. " balas Ariana Atilia cuba menegakkan benang yang basah. Walaupun sebenarnya hanya tuhan saja yang tahu. Dia segera meninggalkan suaminya di situ. Sempat dijelirkan lidah pada suaminya.

Adi Ashraf melepaskan ketawa halus. Dia mengeleng kepala apabila melihat tindakan isterinya. Kadang kala dia tak tahu bagaimana dia boleh bersetuju untuk mengahwini isterinya. Tapi sekarang dia mula nampak mengapa.

"Riana... Riana... Riana."

Nama panggilan isterinya diulang dibibirnya beberapa kali bersama senyuman kecil. Dia mengikuti langkah isterinya dari belakang. Matanya ralit memerhatikan isterinya yang sedang leka berjalan.

Langkahnya terhenti sebaik melihat isterinya menghentikan langkah. Dia segera memeriksa tubuh isterinya sekilas risau sekiranya ada kecederaan di mana-mana. Namun tiada apa-apa. Bibir isterinya yang dimuncungkan disedari oleh Adi Ashraf.

"Kenapa ni?" soal Adi Ashraf akhirnya. Tak suka apabila melihat isterinya yang tiba-tiba sedih. Ada apa-apa yang dia tak perasan ke?

Macam mana nak perasan kalau dari tadi sibuk tengok Ariana?

"Hujan. Nanti basah. Habis lah barang-barang
yang kita beli nanti." adu Ariana apabila menyedari cuaca di luar yang sedang hujan lebat. Dia mengerling ke arah suaminya di sebelah.

"Oh aku ingatkan apa tadi." balas Adi Ashraf terasa lega. Dia menyelukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar. Mencari kunci kereta. Bukan jauh sangat pun kereta mereka diparkir tadi.

"Nak buat macam mana ni? Ataupun kau tunggu sini aku beli payung kejap." cadang Ariana Atilia. Dia tersenyum bangga kerana terfikir cadangan yang bernas itu.

Belum sempat dia mengorak langkah, lengan kanannya dipaut oleh Adi Ashraf. Serta-merta menghentikan tindakannya. Dia mengerutkan dahi mahukan penjelasan.

"Tak payah susah-susah. Biar aku je pergi ambik kereta. Kau tunggu sini. Bukan lebat sangat pun hujan." ucap Adi Ashraf sambil memandang ke arah isterinya. Kunci kereta yang sudah berada di tangan dipegang erat di dalam tangan.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now