"Cepatlah sikit." arah Adi Ashraf kepada Ariana Atilia yang masih tergopoh-gapah keluar dari kereta. Gadis itu merengus geram tanda tak puas hati. Beg tangannya disilangkan ke bahu dengan kasar. Dia berjalan melepasi Adi Ashraf dengan laju. Sempat dilagakan bahu mereka.
"Lah marah lagi ke?" ucap Adi Ashraf dari belakang. Dia mengikuti langkah Ariana Atilia supaya mereka dapat berjalan beriringan. Ariana Atilia segera memberhentikan langkah. Jelingan tajam ditujukan ke arah suaminya.
"Kau tanya aku marah lagi ke? Perempuan mana tak marah kalau kau rosakkan awning dia!" ucap Ariana Atilia meninggikan suaranya sedikit. Mulutnya meniup kasar awning tudungnya. Cuba menenangkan perasaan daripada mengamuk dekat situ juga.
Bayangkanlah punya lama dia bersiap nak pakai elok-elok siap jari dia tercucuk jarum, dah elok dah suami dia tolong rawat. Punyalah dia melting. Tapi boleh pula suami dia dengan selambanya sentuh awning dia yang cantik lagi indah. Sehingga jadi macam rumah nak roboh. Siapa tak marah? Siapa!
"Whoa, whoa, whoa... Aku dah mintak maaf kan? So, cepatlah beli barang nak masak nanti." balas Adi Ashraf tanpa serba salah. Dia menarik troli lalu ditolakkan ke arah isterinya.
Troli itu disambut oleh Ariana Atilia dengan segera. Risau terkena sesiapa yang sedang lalu. Gila ke apa suami dia ni? Troli itu tadi ditolak ke tempat barangan yang dikehendaki.
Senarai barangan yang perlu dibeli telah disediakan di dalam telefon pintar milik Ariana Atilia. Nasib dia sempat memeriksa barangan yang tiada di rumah mereka. Nak harapkan Adi Ashraf? Makan nasi lemak tepi jalan tu je la setiap pagi. Huh.
Ariana Atilia yang sedang sibuk memasukkan barangan di dalam troli menoleh ke arah suaminya. Sejak dari tadi lelaki itu asyik memegang telefon saja membuatkan Ariana Atilia naik rimas. Memang dia seorang saja perlu buat kerja. Haish.
"Ash, dah la tu. Kata cuti. Tapi dari tadi asyik pegang telefonnya. Tolonglah aku ni." rungut Ariana Atilia bercekak pinggang. Dah buat salah tak reti nak ambik hati orang balik. Kenapa dia dapat suami macam Adi Ashraf?
"Yelah. Ha nak beli apa ni?" balas Adi Ashraf acuh tak acuh. Dia menyelukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Perhatiannya diberikan kepada isterinya.
Ariana Atilia pergi mengambil sebiji troli lagi lalu diserahkan kepada Adi Ashraf. Senarai yang perlu dibeli dihantar kepada suaminya dengan segera. Dapatlah dia beli barang-barang dia pulak lepas ni. Yes!
"Senarai barang yang nak kena beli aku dah hantar kat kau. So, nanti kita jumpa balik dekat sini. Okay?" pesan Ariana Atilia kepada Adi Ashraf. Lelaki itu mengangguk berkali-kali tanda faham.
Ariana Atilia tersenyum lebar. Bagus. Adi Ashraf hanya menurut kata-kata isterinya. Mahu segera membeli barang agar dia dapat bekerja semula dengan segera juga.
Pasangan suami isteri itu berpisah. Seorang ke barangan basah, seorang lagi ke bahagian makanan ringan. Terpisat-pisat Adi Ashraf mencari ikan yang ditulis oleh isterinya. Mana satu pulak ikan kembung ni?
Sementara itu, Ariana Atilia sedang ralit memilih segala jenis makanan ringan untuk dijadikan kudapan. Bersinar-sinar mata gadis itu apabila melihat keropok kegemarannya kini didatangkan dengan perisa baru. Tanpa membuang masa, tangannya pantas mengambil keropok tersebut lalu dimasukkan ke dalam troli.
Kini, dia beralih pula ke bahagian aiskrim, jiwanya meronta-ronta dalam kegembiraan. Sebatang aiskrim Magnum diambil lalu diletakkan di dalam trolinya juga.
Tak cukup dengan itu lagi, beberapa aiskrim kon berjenama Cornetto diambil lalu diletakkan bersama barangan yang lain. Dia tersengih seorang diri. Matanya menangkap pula bar coklat berjenama Cadbury dari jauh. Bagai memanggil dirinya untuk mendapatkan coklat tersebut dengan segera.

YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...