BAB 25

7.6K 405 2
                                    

"What?" ujar Adi Ashraf tanda tak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Matanya mencerlung tajam ke arah lelaki yang tak bernama dihadapannya ini.

Adi Ashraf menahan diri daripada mahu menerpa ke arah lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki isterinya. Manakala, Izz Faris bertindak sebagai penghalang sebaik pengakuan itu diucapkan oleh lelaki yang tak dikenali itu.

Ariana Atilia mengeluh berat. Bukan ini yang diharapkan oleh dirinya. Kedua-dua tangannya yang dipegang dilepaskan dengan segera. Tindakan gadis itu membuatkan kedua-dua lelaki itu memandang ke arahnya serentak.

Ariana Atilia menarik nafas panjang sebelum menjelaskan keadaan yang sebenar kepada mereka berdua. Izz Faris memegang lengan Adi Ashraf. Risau sekiranya mahu mengamuk pula nanti kawan dia tu.

"Ash..." panggil Ariana Atilia lembut.

Adi Ashraf menoleh perlahan. Tangan lelaki itu diambil oleh isterinya lalu diusap sesekali. Cuba menenangkan perasaan lelaki itu yang sedang berkecamuk.

"Kenalkan ini kawan aku yang aku bagitahu kau pagi tadi. Yang paling penting dia bukan boyfriend aku." ucap Ariana Atilia cuba menjelaskan keadaan yang mengelirukan ini.

Mata Ariana Atilia dijegilkan ke arah lelaki yang sesuka hati mengaku sebagai teman lelakinya. Ada juga yang makan penumbuk dia hari ni.

Pandangannya beralih semula ke arah suaminya semula. Riak wajah lelaki itu tidak serius seperti tadi. Hanya beriak biasa membuatkan hatinya tenang sedikit. Dia meneruskan kata-katanya lagi.

"Ris, kenalkan ini husband aku." kata Ariana Atilia kepada lelaki yang dipanggil Ris itu.
Adi Ashraf melihat lelaki itu atas bawah. Lelaki itu hanya beriak bersahaja.

"Sebenarnya Ash, Ris memang nak jumpa kau. Tapi tak tahu pulak kau orang berdua jumpa dalam keadaan macam ni." jelas Ariana Atilia lagi kepada Adi Ashraf. Dia tersenyum kekok. Harap itu dapat mengurangkan lagi keadaan tegang diantara kedua-dua lelaki itu.

Adi Ashraf diam tak membalas. Matanya masih dihalakan ke arah lelaki yang bernama Ris itu dengan lebih lama. Huluran tangan daripada lelaki itu secara tiba-tiba membuatkan Adi Ashraf mengangkat kening.

"Aku Haris. Haris Irfan. Kawan Ariana." ucap lelaki yang bernama Haris Irfan itu. Perkataan kawan itu ditekan dengan sengaja.

Adi Ashraf menoleh ke arah isterinya semula. Dia mengecilkan mata ke arah Ariana Atilia. Ariana Atilia menunduk kerana takut dengan pandangan suaminya. Dia sedar yang dia salah.

Lalu, pandangan Adi Ashraf dihalakan kembali ke arah Haris Irfan. Matanya mengerling tangan lelaki itu seketika. Akhirnya, huluran tangan lelaki itu disambut.

"Aku Adi Ashraf. Husband Ariana." ucap Adi Ashraf senada. Pegangan tangannya semakin kuat. Haris Irfan terkerut menahan kesakitan akibat tindakan lelaki itu. Adi Ashraf melemparkan senyuman sinis.

Tindakan Adi Ashraf menarik perhatian Ariana Atilia. Tangan suaminya ditarik pantas. Mahu patah juga jari Haris Irfan tu nanti dibuatnya. Adi Ashraf menjeling tajam ke arah isterinya.

"Aku Izz. Izz Faris. Kawan Adi Ashraf." celah Izz Faris cuba berbaik dengan Haris Irfan. Dia menghulurkan tangan sambil melemparkan senyuman. Haris Irfan membalas senyuman lelaki itu semula.

Adi Ashraf menjegilkan mata kepada Izz Faris. Kecewa dengan tindakan sahabat baiknya. Takkan lelaki itu tak ingat apa yang dikatakan oleh Haris Irfan sebentar tadi?

Lelaki itu dengan sesuka hati mengaku sebagai teman lelaki kepada isterinya sendiri! Dia merengus kegeraman dalam diam.

"Tangan kau okay tak?" ucap Ariana Atilia dengan nada risau kepada Haris Irfan. Lelaki itu mengangguk kecil. Senyuman mengejek sengaja diberikan kepada Adi Ashraf. Cuba berlagak apabila Ariana Atilia lebih risaukan dirinya berbanding suaminya sendiri.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now