Ariana Atilia terkedu saat mendengarkan kata-kata yang dilafazkan oleh Adi Ashraf. Dia mengangkat kepala menemui pandangan suaminya. Riak muka tidak percaya jelas ternyata pada wajahnya pada ketika itu.
Dia tidak berhalusinasi bukan?
Betulkah apa yang didengari oleh telinganya sendiri tadi? Mulutnya dibuka mahu mengatakan sesuatu tetapi suaranya tidak keluar. Masih terkejut dengan kata-kata suaminya sendiri.
Adi Ashraf yang seperti mengetahui apa yang difikirkan oleh isterinya mengambil tangan Ariana. Lalu, diletakkan pada dadanya. Membenarkan Ariana merasakan degupan jantungnya yang berdetak laju. Anak mata isterinya dicari sebelum dia mengembalikan pandangan pada wajah isterinya.
"Riana, maafkan aku. Aku tak boleh lepaskan kau. Aku cintakan kau sepenuh hati aku." luah Adi Ashraf ikhlas dari lubuk hatinya. Meluahkan perasaan yang sudah terpendam lama. Air matanya jatuh apabila mengatakan perkara itu.
"Aku minta maaf untuk segalanya. Aku minta maaf buat kau terseksa. Hati aku sakit bila tahu kau terseksa sebab diri aku sendiri. Tapi tolonglah Riana, jangan tinggalkan aku. Aku cintakan kau sangat-sangat. Aku tak nak kehilangan kau." rayu Adi Ashraf lagi. Tangan isterinya digenggan kuat pada dadanya. Hanya terfikirkan Ariana meninggalkan dirinya sahaja sudah cukup membuatkan dia menderita.
"Ash..." panggil Ariana lemah. Sedaya upaya dia cuba mengeluarkan suaranya akhirnya berjaya. Air matanya yang jatuh berjujuran langsung tidak diendahkan. Dia menarik tangannya yang ada pada dada suaminya. Adi Ashraf semakin sebak mendengar suara isterinya sebegitu.
Lalu, kedua-dua belah tangan Ariana naik memegang wajah suaminya. Adi Ashraf memejamkan mata menikmati sentuhan isterinya yang dirinduinya sepanjang minggu ini. Ariana menyeka air mata suaminya dengan penuh kasih sayang.
Pandangannya sarat dengan perasaan cintanya yang mendalam terhadap Adi Ashraf. Hatinya akhirnya terubat apabila mendengar kata-kata suaminya. Walau apa pun yang terjadi dia tetap mencintai Adi Ashraf. Itulah kenyataannya.
"Aku takkan tinggalkan kau, Ash. Selagi kau nak aku ada dengan kau, aku akan sentiasa ada. Aku cintakan kau." ucap Ariana lemah menghabiskan kata-katanya. Akhirnya, kata-kata itu terluah juga setelah sekian lama. Terasa bebanan yang berat pada dirinya diangkat serta-merta.
Adi Ashraf membuka mata dengan perlahan-perlahan. Anak mata mereka bertembung. Terasa bagai kesedihan yang menguasai diri mereka hilang sekelip mata. Digantikan dengan sinar kebahagiaan yang didambakan selama ini.
"Kau cintakan aku? Sayang aku?" tanya Adi Ashraf tidak percaya. Dia mahukan Ariana mengatakan perkara itu sekali lagi. Hatinya sudah lama membayangkan isterinya mengatakan perkara itu selama ini.
Ariana mengangguk sebagai balasan. Dia menahan senyuman apabila melihat reaksi Adi Ashraf yang terkejut. Bukankah sudah jelas lagi nyata dia mencintai lelaki itu selama ini? Takkan suaminya tak nampak?
Oh lupa, cinta itu buta.
"Kau betul-betul cintakan aku? Sayang aku, Adi Ashraf, suami kau?" tanya Adi Ashraf lagi. Tak puas dengan balasan isterinya yang menggunakan anggukan sebagai balasan. Dia mahukan kata-kata itu diucapkan oleh isterinya lagi.
Ariana menjulingkan mata ke atas dengan sengaja. Air matanya diseka. Tak dapat membayangkan wajahnya sekarang yang sembap kerana menangis. Tahu suaminya sengaja berbuat sedemikian. Dia tersenyum senget.
"Aku, Ariana Atilia, sayangkan Adi Ashraf selamanya! Ha, puas dah? Nak aku ulang lagi-"
Belum sempat Ariana menghabiskan kata-katanya, dia sudah dibawa ke dalam pelukan suaminya dengan erat. Kepalanya tersorok pada ceruk leher suaminya tanpa sengaja.
![](https://img.wattpad.com/cover/246070982-288-k382730.jpg)
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...